Anugerah Puskás FIFA

Anugerah Puskás FIFA telah diperkenalkan pada 20 Oktober 2009 oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di bawah Presiden Sepp Blatter. Anugerah ini diperkenalkna untuk pemain bola sepak lelaki atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau "fantastik" secara tahunan.

Ferenc Puskás, penjaring terbanyak bola sepak ketika abad ke-20.

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás, bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an. Beliau juga sebahagian daripada pasukan gemilang Hungary pada 1950an. Puskás dianggap secara meluas sebagai pemain bola sepak yang paling berkuasa di Eropah dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa. Beliau adalah salah satu daripada penjaring terbanyak pada abad ke-20 dengan 512 gol dalam 528 perlawanan.

"Penting untuk mengekalkan ingatan mereka yang bermain bola sepak yang telah meninggalkan sejarah kepada kita. Ferenc Puskás bukan sahaja pemain berbakat besar yang memenangi banyak anugerah tetapi beliau juga seorang lelaki yang luar biasa. Oleh itu, FIFA gembira untuk memberikan penghormatan kepadanya dengan mendedikasikan anugerah ini kepada ingatan beliau," kata Blatter ketika merasmikan anugerah ini di Budapest.

Tempoh anugerah ini buat kali pertama ialah dari Julai 2008 hingga Julai 2009. Anugerah tahunan telah dilangsungkan buat kali pertama di Switzerland yang dimenangi oleh pemain Portugal, Cristiano Ronaldo.

Kriteria

  • Ia haruslah menjadi gol yang indah (subjektif & nbsp; — penyebaran gol harus merangkumi sepakan jarak jauh, gol bersama pasukan, tendangan atas kepala, bermain individu, dan lain-lain).
  • Ia haruslah dianugerahkan "tanpa perbezaan kejohanan, jantina atau kewarganegaraan".[1]
  • Ia tidak boleh menjadi hasil daripada nasib, kesilapan, pemesongan oleh pemain lain atau pemain dalam kedudukan ofsaid.
  • Ia harus disokong dengan adil, iaitu pemain itu tidak sepatutnya berkelakuan buruk dalam permainan atau telah didakwa dengan penggunaan dadah, sebagai contoh.


Pemenang dan Calon

Jaringan gol dan keputusan pemain dari kelab disenaraikan terdahulu.

2009

Ked.PemainPasukanLawanJaringanKejohananPeratus undian
1 Cristiano Ronaldo Manchester United Porto1 – 0Liga Juara–Juara UEFA 2008–0917.68%
2 Andrés Iniesta Barcelona Chelsea1 – 1Liga Juara–Juara UEFA 2008–0915.64%
3 Grafite Wolfsburg Bayern Munich5 – 1Fußball-Bundesliga 2008–0913.39%
4 Eliran Atar Bnei Yehuda Maccabi Netanya1 – 1Liga Perdana Israel 2008–0913.36%
5 Fernando Torres Liverpool Blackburn Rovers4 – 0Liga Perdana Inggeris 2008–099.44%
6 Nilmar Internacional Corinthians1 – 0Campeonato Brasileiro Série A 20098.71%
7 Michael Essien Chelsea Barcelona1 – 1Liga Juara–Juara UEFA 2008–097.85%
8 Luis Ángel Landín Cruz Azul Morelia1 – 1Primera División de México Clausura 20097.30%
9 Emmanuel Adebayor Arsenal Villarreal1 – 1Liga Juara–Juara UEFA 2008–094.04%
10 Katlego Mphela Afrika Selatan Sepanyol2 – 3Piala Konfederasi FIFA 20092.59%

2010

Ked.PemainPasukanLawanJaringanKejohananPeratus undian
1 Hamit Altıntop  Turki  Kazakhstan0 – 2Kelayakan UEFA Euro 201240.55%
2 Linus Hallenius Hammarby IF Syrianska FC2 – 0Superettan 201013.23%
3 Matty Burrows Glentoran Portadown1 – 0Liga Perdana Ireland Utara 2010–1110.61%
Tiada Giovanni van Bronckhorst Belanda Uruguay1 – 0Piala Dunia FIFA 2010Tiada
Lionel Messi Barcelona Valencia3 – 0La Liga 2009–10
Samir Nasri Arsenal Porto5 – 0Liga Juara–Juara UEFA 2009–10
Neymar Santos Santo André2 – 1Campeonato Paulista 2010
Arjen Robben Bayern Munich Schalke 041 – 0DFB-Pokal 2009–10
Siphiwe Tshabalala Afrika Selatan Mexico1 – 1Kumpulan A Piala Dunia FIFA 2010
Kumi Yokoyama Jepun Korea Utara2 – 1Piala Dunia Wanita B-17 FIFA 2010

2011

Ked.PemainPasukanLawanJaringanKejohanan
1 Neymar Santos Flamengo4 – 5Campeonato Brasileiro Série A 2011
Tiada Lionel Messi Barcelona Arsenal4 – 3Liga Juara–Juara UEFA 2010–11
Wayne Rooney Manchester United Manchester City2 – 1Liga Perdana Inggeris 2010–11
Benjamin De Ceulaer Lokeren Club Brugge1 – 2Liga Pro Belgium 2011–12
Giovani dos Santos Mexico Amerika Syarikat4 – 2Piala Emas CONCACAF 2011
Julio Gómez Mexico Jerman3 – 2Piala Dunia B-17 FIFA 2011
Zlatan Ibrahimović Milan Lecce1 – 1Serie A 2010–11
Lisandro López Arsenal de Sarandí Olimpo2 – 2Torneo Apertura 2011
Heather O'Reilly Amerika Syarikat Colombia3 – 0Piala Dunia Wanita FIFA 2011
Dejan Stanković Internazionale Schalke 042 – 5Liga Juara–Juara UEFA 2010–11

2012

Ked.PemainPasukanLawanJaringanKejohananPeratus undian[2]
1 Miroslav Stoch Fenerbahçe Gençlerbirliği6 – 1Süper Lig 2011–1278%
2 Radamel Falcao Atlético Madrid América de Cali2 – 1Persahabatan15%
3 Neymar Santos Internacional3 – 1Copa Libertadores 20127%
Tiada Emmanuel Agyemang Ghana Guinea1 – 1Piala Negara-Negara Afrika 2012Tiada
Hatem Ben Arfa Newcastle United Blackburn Rovers2 – 1Piala FA Inggeris 2011-12
Eric Hassli Vancouver Whitecaps Toronto1 – 1Kejohanan Bola Sepak Kanada 2012
Olivia Jimenez Mexico Switzerland2 – 0Piala Dunia Wanita B-20 FIFA 2012
Gastón Mealla Nacional Potosí The Strongest2 – 2Liga de Fútbol Profesional Boliviano
Lionel Messi Argentina Brazil4 – 3Persahabatan
Moussa Sow Fenerbahçe Galatasaray2 – 2Süper Lig 2011–12

2013

Senarai berikut termasuk calon untuk anugerah 2013. Pengundian adalah mungkin melalui laman web FIFA.com sehingga 9 Disember 2013, selepas pusingan kedua pengundian diadakan antara ketiga-tiga penjaring gol utama dari pusingan pertama. Anugerah untuk gol kemenangan dari pusingan kedua telah dibentangkan pada 13 Januari 2014.

Ked.PemainPasukanLawanJaringanKejohananPeratus undian[3]
1 Zlatan Ibrahimović Sweden England4 – 2Persahabatan antarabangsa48.7%
2 Nemanja Matić Benfica Porto2 – 2Primeira Liga 2012–1330.8%
3 Neymar Brazil Jepun3 – 0Piala Konfederasi FIFA 201320.5%
Tiada Peter Ankersen Esbjerg Aarhus5 – 1Liga Super Denmark 2013–14Tiada
Lisa De Vanna Sky Blue Boston Breakers5 – 1Liga Bola Sepak Wanita 2013
Antonio Di Natale Udinese Chievo3 – 1Serie A 2012–13
Panagiotis Kone Bologna Napoli2 – 3Serie A 2012–13
Louisa Nécib Lyon Saint-Etienne5 – 0Divisyen 1 Féminine 2012–13
Daniel Ludueña Pachuca UANL2 – 1Liga MX 2013–14
Juan Manuel Olivera Náutico Sport Recife2 – 0Copa Sudamericana 2013

2014

Anugerah ini akan berlangsung pada 12 November. Di bawah merupakan calon-calon Anugerah Puskás tahun 2014.[4]

Ked.PemainPasukanLawanJaringanKejohananPeratus undian<[5]
1 James Rodríguez  Colombia  Uruguay2 – 0Piala Dunia FIFA 201442%
2 Stephanie Roche Peamount United Wexford Youths2 – 0Liga Wanita Ireland 2013–1433%
3 Robin van Persie  Belanda  Sepanyol5 – 1Piala Dunia FIFA 201411%
Tiada Tim Cahill  Australia  Belanda2 – 3Piala Dunia FIFA 2014Tiada
Diego Costa Atlético Madrid Getafe7 – 0La Liga 2013–14
Marco Fabián Cruz Azul Puebla1 – 0Liga MX clausura 2014
Zlatan Ibrahimović Paris Saint-Germain Bastia4 – 0Ligue 1 2013–14
Pajtim Kasami Fulham Crystal Palace4 – 1Liga Perdana Inggeris 2013–14
Camilo Sanvezzo Vancouver Whitecaps Portland Timbers2 – 2MLS 2013
Hisato Satō Sanfrecce Hiroshima Kawasaki Frontale2 – 1Liga J1 2014

2015

FIFA mengumumkan senarai 10 calon pada 12 November 2015.[6]

Ked.PemainPasukanLawanJaringanKejohananPeratus undian[7]
1 Wendell Lira Goianésia Atlético Goianiense2 – 1Campeonato Goiano 201546.7%
2 Lionel Messi Barcelona Athletic Bilbao3 – 1Copa del Rey 2014–1533.3%
3 Alessandro Florenzi Roma Barcelona1 – 1Liga Juara-Juara UEFA 2015–167.1%
Tiada David Ball Fleetwood Town Preston North End2 – 2Liga Satu 2014–15Tiada
Chory Castro Real Sociedad Deportivo La Coruña1 – 1La Liga 2014–15
Carli Lloyd Amerika Syarikat Jepun5 – 2Piala Dunia Wanita FIFA 2015
Philippe Mexès Milan Inter Milan1 – 0Juara Piala Antarabangsa 2015[nota 1]
Marcel Ndjeng Paderborn Bolton Wanderers4 – 1Persahabatan
Esteban Ramírez Herediano Deportivo Saprissa3 – 2FPD Invierno 2014-15
Carlos Tevez Juventus Parma7 – 0Serie A 2014–15

2016

FIFA mengumumkan senarai 10 calon pada 21 November 2016.[8]

Ked.PemainPasukanLawanJaringanKejohananPeratus undian
1 Mohd Faiz Subri Pulau Pinang Pahang4 – 1Liga Super Malaysia 201659.46%
2 Marlone Corinthians Cobresal3 – 0Copa Libertadores 201622.86%
3 Daniuska Rodríguez  Venezuela  Paraguay1 – 0Kejohanan wanita B-17 CONMEBOL 201610.01%
Tiada Mario Gaspar  Sepanyol  England1 – 0Persahabatan7.68%
Hlompho Kekana  Afrika Selatan  Cameroon2 – 1Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2017
Lionel Messi  Argentina  Amerika Syarikat2 – 0Copa América Centenario
Neymar Barcelona Villarreal3 – 0La Liga 2015–16
Hal Robson-Kanu  Wales  Belgium2 – 1UEFA Euro 2016
Saúl Ñíguez Atlético Madrid Bayern Munich1 – 0Liga Juara-Juara UEFA 2015–16
Simon Skrabb Åtvidabergs Gefle1 – 0Allsvenskan 2015

2017

FIFA mengumumkan senarai 10 calon pada 22 September 2017.[9]

Ked.PemainPasukanLawanJaringanKejohananPeratus undian
1 Olivier Giroud Arsenal Crystal Palace1–0Liga Perdana Inggeris 2016–1736.17%
2 Oscarine Masuluke Baroka Orlando Pirates1–1Divisyen Perdana Afrika Selatan 2016–1727.48%
3 Deyna Castellanos Venezuela Cameroon2–1Piala Dunia Wanita U-17 FIFA 201620.47%
Tiada Kevin-Prince Boateng Las Palmas Villarreal1–0La Liga 2016–17N/A
Alejandro Camargo Universidad de Concepción O'Higgins3–1Chilean Primera División Apertura 2016
Moussa Dembélé Celtic St Johnstone5–22016–17 Scottish Premiership
Avilés Hurtado Tijuana Atlas1–1Liga MX Clausura 2017
Mario Mandžukić Juventus Real Madrid1–1Liga Juara UEFA 2016–17
Nemanja Matić Chelsea Tottenham Hotspur4–2Piala FA 2016–17
Jordi Mboula Barcelona Borussia Dortmund4–1Liga Belia UEFA 2016–17

Lihat juga

Nota

Rujukan