Canselor Jerman

Canselor Jerman (Jerman: Bundeskanzler(in) von Deutschland) mengetuai pemerintahan Republik Persekutuan Jerman. Pemegang jawatan ini dilantik dalam kalangan ketua parti majoriti dalam Bundestag yang bertindak setaraf parlimen dalam negara tersebut; oleh itu, jawatan ini mempunyai persamaan dari segi pelantikan dengan jawatan Perdana Menteri di negara-negara lain yang berparlimen. Ketua Negara bagi Jerman pula ialah Presiden.

Canselor
Republik
Persekutuan Jerman
Bundeskanzler der Bundesrepublik Deutschland
  • Helang Persekutuan
  • Jata negara Kerajaan Jerman
Panji Canselor
Penyandang
Olaf Scholz
sejak 08 Disember 2021 (2021-12-08)
Jemaah Menteri
Kerajaan Persekutuan Jerman
Gelaran
  • Herr Bundeskanzler / Frau Bundeskanzlerin (b. Jerman: "Tuan/Puan Canselor")
  • Tuan/Puan Yang Terutama (dalam panggilan antarabangsa)[1]
Bidang kuasaJerman, North German Confederation (en) Terjemah, Empayar Jerman, Republik Weimar dan Jerman Nazi Edit the value on Wikidata
InstitusiKabinet Jerman Edit the value on Wikidata
Pusat
Dilantik olehPresiden Jerman
Tempoh jawatan4 tahun; boleh diperbaharui
Penjawat sulungOtto von Bismarck
Dibentuk
  • 1 Julai 1867
  • 21 Mac 1871
  • 24 Mei 1949
Pemegang pertamaKonrad Adenauer
Gaji€220,000 p.a.
SenaraiList of chancellors of Germany (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Tapak webbundeskanzlerin.de
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatan ini kini disandang Olaf Scholz selaku pemimipin parti Parti Demokrat Sosial dilantik Disember 2021.

Gambaran umum

Sejarah pejabat

Jawatan ini wujud sejak Empayar Rom Suci di mana pada ketika ini pejabat kanselor utama Jerman biasanya diketuai Uskup Agung Mainz yang berperanan sebagai ketua agama bagi pihak Istana yang telah wujud dari zaman Empayar Carolus lagi. Gelaran ini (dalam bahasa asal - Kanzler, daripada Latin: cancellarius) sedemikian kerana peranannya dalam mentadbir atas pihak Maharaja (rujuk juga peranan chancellor dalam konteks pendidikan); gelaran tersebut turut dipakai beberapa kerajaan berbahasa Jerman di Eropah Barat pada ketika ini.

Sidang gereja bertindak sebagai Pejabat Maharaja yang mengeluarkan perbuatan dan kapitulari. Sejak zaman Ludwig si Jerman, Uskup Agung Mainz adalah ex officio Canselor Utama Jerman, posisi yang dia pegang sampai akhir Empayar Suci Rom pada tahun 1806, sedangkan secara de jure, Uskup Agung Köln adalah Kanselor Itali dan Uskup Agung Trier dari Bourgogne. Tiga Uskup Agung Putera itu juga menjadi Putera pemilih dari pemilihan Empayar yang memilih Raja Romawi. Sudah dari abad pertengahan, Canselor Jerman memiliki kekuasaan politik seperti Uskup Agung Willigis (Arskanselir 975-1011, wali penguasa Raja Otto III dari Jerman 991-994) atau Rainald von Dassel (Canselor 1156-1162 dan 1166-1167) di bawah Maharaja Frederick Barbarossa.

Pada tahun 1559, Maharaja Ferdinand I mendirikan suatu lembaga Pejabat Canselor Empayar (Reichshofkanzlei) di Istana Hofburg,Vienna pimpinan Naib Canselor di bawah kuat kuasa nominal Uskup Agung Mainz. Pada Pertempuran Gunung Putih tahun 1620, Maharaja Ferdinand II mewujudkan suatu kantor Pengadilan Kanselor yang bertanggungjawab atas urusan ehwal dalam dan luar negeri Monarki Habsburg bagi pihak Austria. Dari tahun 1753 dan seterusnya, kantor Kanselor Negara Austira diketuai oleh Raja Kaunitz. Keutuhan jawatan ini dikurangkan sejak itu sehingga ia setakat berupa istiadat atau seremonial pada zaman Maria Theresa dan Joseph II, hanya ada di atas kertas. Setelah pembubaran Empayar Rom Suci, Raja Metternich menjabat sebagai Kanselor Negara Empayar Austria (1821-1848), demikian juga Putera Hardenberg bertindak sebagai Canselor kepada Prusia (1810-1822).

Kantor Kanselor modern didirikan dengan Konfederasi Jerman Utara di mana Otto von Bismarck menjadi Kanselor pada tahun 1867. Setelah Penyatuan kerajaan-kerajaan kecil dalam Jerman pada tahun 1871, kantor menjadi dikenal di Jerman sebagai Reichskanzler (lit. "Kanselor Alam"), meskipun terus disebut sebagai Kanelir dalam bahasa lain. Dengan perlembagaan Jerman tahun 1949, gelar Bundeskanzler (Kanselor) digunakan kembali di Jerman.

Dari 1867 hingga 1871, gelar Bundeskanzler (kanselor) digunakan kembali dalam bahasa Jerman pada waktu Konfederasi Jerman Utara. Dari tahun 1871 sampai tahun 1945, pejabat bernama Reichskanzler (Canselor Empayar). Sejak tahun 1949, gelaran rasmi pejabat dalam bahasa Jerman sekali lagi bernama Bundeskanzler.

Ketika adanya Republik Demokratik Jerman dari tangg 7 Oktober 1949 hingga penyatuan semula dengan Republik Federal Jerman pada 3 Oktober 1990, jabatan Canselor sendirinya tidak ada melainkan dengan jawatan yang setara sama ada dengan gelaran Presiden Menteri (Ministerpräsident) atau Ketua Dewan Menteri (Vorsitzender des Ministerrats).

Peranan

Peranan jawatan ini banyak berubah mengikut keadaan negara Jerman itu sendiri sejak pembentukannya. Dari 1871-1918, Kanselor hanya bertanggungjawab kepada Maharaja. Dengan berdirinya republik dan reformasi konstitusi pada tahun 1918, parlimen diberikan hak untuk memberhentikan jawatan Reichskanzler. Menurut Perlembagaan Weimar tahun 1919, Kanselor dilantik Presiden dan bertanggungjawab kepada kedua-dua pihak Parlimen dan Presiden.

Ketika Parti Sosialis Nasional mula mendapatkan kuasa mereka pada 30 Januari 1933, Perlembagaan Weimar diabaikan secara de facto. Setelah kematian Presiden Hindenburg pada tahun 1934, Adolf Hitler secara rasminya mendapat gelaran Führer und Reichskanzler ("Pemimpin dan Kanselor Alam") sambil menjadi suatu diktator ke atas pemerintahan baharunya yang diberikan kekuatan yang lebih besar daripada pemerintahan Weimar sebelumnya sambil mengurangkan banyak peranan Presiden Jerman itu sendiri.

Jerman pada saat ini sering disebut sebagai "demokrasi canselor" yang mencerminkan peranan Canselor sebagai kepala negara eksekutif yang memiliki kewenangan konstitusional untuk menetapkan pedoman untuk semua bidang dasar pemerintah.

Senarai pemegang jawatan

Sejak penubuhan jawatan ini dalam bentuk paling baharunya pada 1867, sebanyak 32 orang telah menjawat sebagai kepala pemerintahan Jerman atau pendahulunya dengan Konfederasi Jerman Utara, sebagian besar bergelar Canselor.

Zaman Konfederasi Jerman Utara, Bundeskanzler (1867–1871)

Konfederasi Jerman Utara ditubuhkan setelah runtuhnya Konfederasi Jerman, yang disebabkan oleh kemenangan Prusia dalam Perang Austro-Prusia tahun 1866. Canselor dilantik oleh Raja Prusia.[2]

NamaMula berkhidmatHinggaParti
1Otto von Bismarck1 Julai 186721 Mac 1871Bebas

Zaman Empayar, Reichskanzler (1871–1918)

Kerajaan Empayar Jerman lahir dari Konfederasi Jerman Utara akibat Perang Franco-Prusia. Maharaja yang baru diciptakan menamakan Canselor untuk bertanggungjawab kepada Maharaja.[3]

NamaMula berkhidmatHinggaParti
Otto von Bismarck21 Mac 187120 Mac 1890Bebas
2Leo von Caprivi20 Mac 189026 Oktober 1894Bebas
3Chlodwig zu Hohenlohe-Schillingsfürst29 Oktober 189417 Oktober 1900Bebas
4Bernhard von Bülow17 Oktober 190014 Julai 1909Bebas
5Theobald von Bethmann Hollweg17 Julai 190913 Julai 1917Bebas
6Georg Michaelis14 Julai 19171 November 1917Bebas
7Georg von Hertling1 November 191730 September 1918Parti Tengah
8Maximilian dari Baden3 Oktober 19189 November 1918Bebas

Zaman Revolusi, Reichskanzler (1918–1919)

Pada 9 November 1918, Max von Baden meletakkan jawatan kepada Canselor. Friedrich Ebert dipilih sebagai Canselor ke-9 selama tiga bulan di antara berakhirnya Empayar Jerman pada November 1918 dan penubuhan perhimpunan pertama Majlis Nasional pada Februari 1919. Beliau dilantik sebagai Ketua Majlis Wakil Rakyat, hingga 29 Disember 1918 bersama-sama dengan pemimpin USPD, Hugo Haase.[4]

NamaMula berkhidmatHinggaParti
9
Friedrich Ebert
Hugo Haase
(Pengerusi Majlis Wakil Rakyat)

10 November 1918
10 November 1918

13 Februari 1919
29 Disember 1919

SPD
USPD

Zaman Republik Weimar, Reichskanzler (1919-1933)

Perlembagaan Weimar tahun 1919 menetapkan kerangka untuk Republik Weimar. Canselor sering bergantung pada sokongan daripada Presiden.

NamaMula berkhidmatHinggaParti
10Philipp Scheidemann (Reichsministerpräsident)13 Februari 191920 Jun 1919SPD
11Gustav Bauer (Reichskanzler)21 Jun 191926 Mac 1920SPD
12Hermann Müller (tempoh pertama)27 Mac 19208 Jun 1920SPD
13Konstantin Fehrenbach25 Jun 19204 Mei 1921Tengah
14Joseph Wirth10 Mei 192114 November 1922Tengah
15Wilhelm Cuno22 November 192214 Ogos 1923
16Gustav Stresemann13 Ogos 192330 November 1923P. Rakyat
17Wilhelm Marx (tempoh pertama)30 November 192315 Januari 1925Tengah
18Hans Luther15 Januari 192512 Mei 1926
(17)Wilhelm Marx (tempoh ke-2)17 Mei 192612 Jun 1928Tengah
(12)Hermann Müller (tempoh ke-2)28 Jun 192827 Mac 1930SPD
19Heinrich Brüning30 Mac 193030 Mei 1932Tengah
20Franz von Papen1 Jun 193217 November 1932
21Kurt von Schleicher4 Disember 193228 Januari 1933

Zaman pemerintahan NSDAP (1933-1945)

Macholfgreifung (rampasan kuasa) Adolf Hitler menandakan berakhirnya Republik Weimar dan permulaan Jerman Nazi. Hitler memerintah sebagai diktator dan menggabungkan semua kuasa untuk dirinya sendiri.

NamaMula berkhidmatHinggaParti
22Adolf Hitler ("Führer dan Kanselor" )30 Januari 193330 April 1945Nazi
23Joseph Goebbels30 April 19451 Mei 1945Nazi
24Lutz Schwerin von Krosigk (pemangku)2 Mei 19458 Mei 1945-

Zaman Republik Persekutuan Jerman, Bundeskanzler (sejak 1949)

Pada tahun 1949, dua negara Jerman yang terpisah ditubuhkan iaitu Republik Persekutuan Jerman (dikenali sebagai Jerman Barat) dan Republik Demokratik Jerman (dikenali sebagai Jerman Timur). Senarai di bawah memberikan Canselor Jerman Barat; pemerintah Jerman Timur diketuai oleh Ketua Majlis Menteri.[5] Pada tahun 1990, Jerman Timur dibubarkan dan bergabung dengan Jerman Barat. Negara Jerman disatukan semula dan mengekalkan nama Republik Persekutuan Jerman.[6]

NamaMula berkhidmatHinggaParti
25Dr. Konrad Adenauer15 September 194916 Oktober 1963CDU
26Dr. Ludwig Erhard16 Oktober 19631 Disember 1966CDU
27Kurt Georg Kiesinger1 Disember 196621 Oktober 1969CDU
28Willy Brandt21 Oktober 19697 Mei 1974SPD
Timbalan Kanselor Walter Scheel (pemangku)7 Mei 197416 Mei 1974FDP
29Helmut Schmidt16 Mei, 19741 Oktober, 1982SPD
30Dr. Helmut Kohl1 Oktober 198227 Oktober 1998CDU
31Gerhard Schröder27 Oktober 199822 November 2005SPD
32Dr. Angela Merkel22 November 20058 Disember 2021CDU
33Olaf Scholz8 Disember 2021KiniSPD

Rujukan

Pautan luar