Gloster Meteor

Gloster Meteor merupakan sebuah pesawat pejuang berkuasa jet dan operasi pertama Britain dan Bersekutu. Pesawat ini direka oleh George Carter, dan membuat penerbangan sulung pada tahun 1943 dan mula beroperasi pada 27 Julai 1944 bersama Skuadron 616 Tentera Udara Diraja. Meskipun Gloster Meteor bukan merupakan sebuah pesawat aerodinamik yang maju tetapi pasukan rekabentuk Gloster telah berjaya dalam mengeluarkan sebuah jet pejuang yang cekap dan memberi khidmat kepada Tentera Udara Diraja dan banyak lagi pasukan tentera udara yang lain selama berdekad-dekad. Meteors digunakan oleh Tentera Udara Diraja Australia di dalam Perang Korea dan kekal digunakan dalam beberapa tentera udara sehingga tahun 1970-an. Dua buah pesawat Meteor, WL419 dan WA638, masih lagi digunakan oleh syarikat Martin-Baker sebagai pelantar ujian kerusi lenting.

Gloster Meteor
Sebuah pesawat Gloster Meteor milik Tentera Udara Diraja Denmark
PerananPesawat pejuang
PengeluarGloster Aircraft Company
Armstrong-Whitworth
Direka olehGeorge Carter
Penerbangan sulung5 Mac 1943
Diperkenalkan27 Julai 1944
Dihentikan1980-an (peranan penarik sasaran/tempur Tentera Udara Diraja/Ecuador)
Pengguna utamaTentera Udara Diraja British
Tentera Udara Diraja Australia
Tentera Udara Belgium
Tentera Udara Israel
Jumlah dibina~3,900

Lihat juga

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  • Senarai pesawat jet Perang Dunia II

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar