Hafizul Kamal

Hafizul bin Ahmad Kamal (lahir 25 April 1985) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan juara rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran, On Air di Astro Ria.

Hafizul Kamal
Kelahiran
Hafizul bin Ahmad Kamal

(1985-04-25) 25 April 1985 (umur 38)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian1.77 m (5 ka ​9 1116 in)
PasanganNurul Fariza Ibrahim (k. 2016)
Anak-anak2

Kehidupan dan kerjaya

Hafizul Kamal dilahirkan pada 25 April 1985 di Ipoh, Perak. Beliau memiliki ijazah dalam bidang Petrokimia dan Proses.

Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Dahlia Shazwan, Syakirin Husnal, Hefny Sahad dan CK Faizal, di mana beliau merupakan juara.[1]

Pada tahun 2013, beliau berpasangan bersama rakan seangkatannya dalam On Air, Hefny mengambil bahagian dalam rancangan Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Dato' Aaron Aziz, yang mana mereka merupakan naib juara di belakang Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin yang merangkul gelaran juara.[2]

Hafizul membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem aksi ketenteraan, PASKAL arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi dan Jasmine Suraya Chin yang ditayangkan pada 27 September 2018.[3]

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Nurul Fariza Ibrahim yang mesra dengan panggilan Mieja pada 13 Februari 2016.[4] Pada 25 Oktober 2017, beliau dan isteri dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang diberi nama Raisya Amanda yang dilahirkan di Pusat Perubatan Rampai Puteri.[5][6] Pada 10 Disember 2019, beliau dan isteri dikurniakan seorang lagi cahayamata perempuan yang diberi nama Sara Erina.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2018PASKAL The MovieIman Tamrin bin Radzi / YanFilem pertama
2020Pasal Kau!Yop

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2014MirandaIzwan / Izuan / Iswan / IsuanTV3Drama pertama
Jauh Dari CintaFarish AqilAstro Prima
Hanya Dengan Bismillah 2AdamTV1
2015Satu HariRizuanTV9
MencintaimuFirdausTV3
2016BodyguardRashidTV3
Mr. Boss Miss StalkerAkmalTV3
Sayangku Kapten MukhrizZakuanTV3
Cinta FBShahHyppTV
Tentang Hati 2MalikTV2
2017Papa RickyDr GibranAstro Prima
2024SeOfisHadiTonton

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2013Pengancam PerkahwinanElyasAstro Ria
2014Cahaya CintaZahirTV AlHijrah
Dendam Roh AliaZamriAstro Ria
Abangku PatriotZaimiTVi
2015Perangkap PerkahwinanElyasAstro Ria
Kayaku KayapAdrianTV3
Dia ImamkuAzharTV3
2017Bini MudaTuan MudaTV9
2021Pang Pokok Ketapang!Awesome TV

Televisyen

TahunTajukSaluran TVCatatan
2012On AirAstro RiaDirinya sendiri/Peserta
2018Adrenalin XTV Okey

Rujukan

Pautan luar