Hanja

Hanja ialah nama Korea untuk aksara Cina, khususnya aksara yang dipinjam daripada bahasa Cina dan dikandungkan ke dalam bahasa Korea dengan fonetik Korea. Hanja-mal atau hanja-eo bererti perkataan yang boleh ditulis dalam bentuk hanja, manakala hanmun ialah penulisan bahasa Cina Klasik, namun "hanja" kadang-kadang digunakan untuk merangkumi konsep-konsep lain ini. Oleh sebab tidak pernah mengalami apa-apa pembaharuan besar, Hanja rata-rata seiras dengan aksara Cina tradisional dan Kyūjitai. Hanya sebilangan kecil aksara Hanja diubah suai atau hanya digunakan dalam tulisan Korea.

Hanja
Nama Korea
Hangul한자
Hanja漢字
Perumian SemakanHanja
McCune–ReischauerHancha
Aksara Cina
Cina Tradisional
Aksara kelainan
Cina Ringkas
Cina Ringkas pusingan kedua
Kanji
- Kyujitai
- Shinjitai
Hanja
- Gugyeol
- Hyangchal
Chu Nom
- Han Tu
Seni khat Asia Timur
- Tulisan tulang ramalan
- Tulisan gangsa
- Tulisan mohor
- Tulisan kerani
- Tulisan biasa
- Skrip Separa Kursif
- Skrip Kursif
Kaedah Input

Sungguhpun pernah menjadi amat penting kepada para cendekiawan di Korea, kini Hanja tidak lagi digunakan untuk menulis perkataan bahasa Korea asli, dan kata pinjaman bahasa Cina pun — hanja-eo (한자어, 漢字語) — biasanya ditulis dalam bentuk Hangul.

Sejarah

Dorongan utama pengenalan aksara Cina ke Korea ialah penyebaran agama Buddha. Bagaimanapun, catatan China utama yang memperkenalkan Hanja kepada orang Korea bukanlah catatan keagamaan, sebaliknya merupakan Cheonjamun (Thousand Character Classic Teks Seribu Aksara).

Orang Korea perlu belajar bahasa Cina klasik agar betul-betul celik huruf bagi kebanyakannya, tetapi terdapat beberapa sistem yang direka untuk menggunakan bentuk ringkas aksara Cina yang mentranskripsi bahasa Korea secara fonetik, iaitu hyangchal (향찰; 鄕札), gugyeol (구결; 口訣), dan idu (이두; 吏讀).

Salah satu cara menyesuaikan Hanja dalam penulisan bahasa Korea mengikut sistem-sistem ini (seperti Gugyeol) adalah untuk melambangkan partikel tatabahasa bahasa Korea asli dan perkataan-perkataan lain hanya mengikut sebutannya. Contohnya, Gugyeol menggunakan aksara 爲尼 untuk mentranskripsi perkataan "hăni", atau "hani" dalam bahasa Korea moden, yang bermaksud "buat". Akan tetapi, dalam bahasa Cina, aksara-aksara yang sama ini boleh dibaca sebagai "wéi ní" yang bermaksud "menjadi biarawati." Ini ialah satu contoh perkataan Gugyeol yang mana radikal (爲) disebut dalam bahasa Korea untuk ertinya (hă — "buat") dan akhiran 尼, ni ("biarawati"), yang digunakan untuk tujuan fonetik.

Hanja ialah satu-satunya bentuk penulisan bahasa Korea sehingga Raja Sejong yang Agung memupuk ciptaan hangul pada abad ke-15. Namun begitu, selepas hangul direka pun, kebanyakan cendekiawan Korea masih menggunakan hanmun.

Pada abad ke-20, barulah hangul betul-betul menggantikan hanja. Secara rasmi, hanja tidak pernah digunakan di Korea Utara sejak Jun 1949 (tambahan pula, segala teks dicetak secara mengufuk dan bukan menegak), kerana Kim Il-sung menganggapnya sebagai tinggalan pendudukan Jepun dan halangan kepada kecelikan huruf.[perlu rujukan]

Tambahan lagi, kebanyakan kata pinjaman bahasa Cina telah diganti dengan perkataan Korea asli di Korea Utara. Bagaimanapun, masih terdapat sebilangan besar kata pinjam bahasa Cina yang masih digunakan secara meluas di Utara (itupun ditulis dalam Hangul), dan aksara hanja masih wujud bagi konteks khas dan juga muncul dalam kamus Korea Utara yang terkini [1] Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine.

Pembentukan hanja

Setiap hanja terdiri daripada salah satu daripada 214 radikal yang biasanya disertai satu atau lebih unsur tambahan. Majoriti besar hanja menggunakan unsur-unsur tambahan itu untuk menunjukkan bunyi aksara, manakala sebilangan kecil hanja betul-betul berupa piktograf, dan ada yang terbentuk dengan cara lain.

Eumhun (bunyi dan erti)

Untuk membantu pemahaman erti sesuatu aksara, atau menghuraikannya secara lisan untuk membezakannya daripada aksara-aksara lain yang sama sebutannya, kamus-kamus aksara dan buku-buku teks sekolah menyebutkan setiap aksara dengan gabungan bunyinya dan satu perkataan yang menyatakan ertinya. Bacaan berganda erti-bunyi aksara ini dipanggil eumhun (음훈;音訓; daripada "bunyi" + "erti," "ajaran").

Contohnya, aksara dinyatakan dalam kamus aksara sebagai sarang ae (사랑 애), iaitu sarang ialah perkataan Korea asli untuk "cinta" (erti aksara ini) dan ae pula sebutannya. Begitu juga, aksara dinyatakan sebagai saram in (사람 인), iaut "saram" bererti "orang" dan "in" pula sebutannya. Apabila dua aksara contoh ini digabungkan untuk membentuk kata愛人, maka sebutannya ialah aein (애인) yang bermaksud "orang yang dikasihi" ("cinta" + "orang").

Perkataan-perkataan yang digunakan untuk menandakan erti selalunya berasal daripada bahasa Korea (iaitu bukan Cina), dan kadang-kadang merupakan perkataan lama yang tidak digunakan dengan kerap lagi. Contohnya, aksara dinyatakan sebagai me san atau moe san (메산, disebut "meh sahn"; atau 뫼산, disebut "moeh sahn"), yang mana me atau moe ialah perkataan lama untuk "gunung" yang hampir diganti sepenuhnya oleh perkataan san yang berasal daripada bahasa Cina.

Pendidikan

Hanja masih diajar sebagai kursus di sekolah menengah Korea Selatan. Pendidikan hanja formal bermula di Tingkatan 1 (sekolah menengah rendah) dan berterusan sehingga tamat sekolah menengah tinggi di Tingkatan 6. Sejumlah 1,800 Hanja diajar: 900 untuk sekolah menengah rendah, dan 900 lagi untuk sekolah tinggi (mulai Tingkatan 4). Pendidikan Hanja selepas sekolah menengah diteruskan di beberapa universiti sastera.[1] Pengisytiharan Hanja asas untuk tujuan pendidikan tahun 1972 diubah pada 31 Disember 2000, untuk menggantikan 44 Hanja dengan 44 Hanja yang lain. Pilihan aksara untuk dihapuskan dan dikecualikan mencetuskan perdebatan hangat sebelum dan selepas pengisytiharan 2000.[perlu rujukan]

Meskipun Korea Utara menghentikan penggunaan am hanja sejurus selepas kemerdekaan, namun bilangan hanja yang diajar di sekolah rendah dan menengah lebih berbanding 1,800 yang diajar di Korea Selatan. Mula-mulanya, Kim Il-sung mendukung penghentian pendidikan hanja secara beransur-ansur, namun menjelang 1960-an, beliau berubah pendirian itu; kata beliau pada tahun 1966, "Sungguhpun kita perlu mengurangkan istilah Cina yang digunakan sejauh mungkin, para pelajar mesti didedahkan kepada aksara-aksara Cina yang perlu dan diajar cara menulisnya." Kesannya, buku teks aksara Cina telah direka untuk kegunaan sekolah Korea utara dari gred 5 hingga 9, mengajar 1,500 aksara, dengan 500 lagi untuk sekolah tinggi.[2] Pelajar kolej pula didedahkan kepada 1,000 lagi aksara, menjadikan jumlahnya 3,000.[3]

Dalam program-program bahasa Korea dan kajian Korea di universiti seluruh dunia, para penuntut biasanya wajib memberi satu contoh Hanja. Untuk menjadi pelajar siswazah dalam bidang-bidang ini, penuntut biasanya dikehendaki mempelajari 1,800 Hanja asas.

Rujukan

Nota

Sumber

  • Brown, R.A. (1990). "Korean Sociolinguistic Attitudes in Japanese Comparative Perspective". Journal of Asia Pacific Communication. 1: 117–134.
  • DeFrancis, John (1990). The Chinese Language: Fact and Fantasy. Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 0-8248-1068-6.
  • Hannas, William. C. (1997). Asia's Orthographic Dilemma. Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 0-8248-1892-X (paperback); ISBN 0-8248-1842-3 (hardcover).
  • Hannas, William. C. (2003). The Writing on the Wall: How Asian Orthography Curbs Creativity. Philadelphia: University of Pennsylvania Press. ISBN 0-8122-3711-0.
  • Taylor, Insup (1983). The psychology of reading. New York: Academic Press. ISBN 0-12-684080-6. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Lihat juga

Pautan luar