Hannibal

Ahli politik dan komander tentera Punic

Hannibal, anak lelaki Hamilcar Barca (247 SM183/182 SM) lebih dikenali sebagai Hǎnnibal) adalah seorang negarawan dan jeneral Carthage. Beliau merupakan musuh utama kepada Republik Rom. Beliau terkenal atas apa yang dilakukan di dalam Perang Punic Kedua. Beliau mara dengan sepasukan tentera dari Iberia merentasi pergunungan Pyrenees dan Alps ke dalam utara Itali dan mengalahkan Rom dalam satu siri pertempuran. Beliau meninggalkan sepasukan tentera di Itali buat beberapa tahun. Satu serangan Rom ke Afrika Utara membuatkan beliau kembali ke Carthage. Beliau kalah dan Rom membuatkan beliau terpaksa meninggalkan Carthage. Beliau tinggal di istana Seleucid, dan mempengaruhi maharaja bagi menentang Rom. Apabila beliau kalah dalam satu pertempuran di laut, Hannibal melarikan diri ke istana Bithynia. Apabila Rom menggesa beliau untuk menyerah, beliau kemudian membunuh diri.

Hannibal, anak lelaki kepada Hamilcar Barca
Fail:HannibalTheCarthaginian.jpg
Sebuah patung marmar, kononnya dari Hannibal, asalnya dijumpai di negara kota purba Capua di Itali. Beberapa ahli sejarah ragu-ragu akan keaslian potret beliau.[1][2][3][4][5]
KesetiaanCarthage
PangkatJeneral, ketua komander tentera Carthage
PertempuranPerang Punic Kedua: Pertempuran Tasik Trasimene, Pertempuran Trebia, Pertempuran Cannae, Pertempuran Zama

Hannibal disenaraikan sebagai seorang komander tentera terulung dalam sejarah. Sejarawan tentera Theodore Ayrault Dodge pernah memanggil Hannibal sebagai "bapa strategi" kerana meskipun musuhnya, Rom, meniru idea-idea ketenteraan beliau.

Kejayaan paling terkenal Hannibal adalah menyeberangi pergunungan Alps dengan gajah perang mengatasi lagenda-lagenda Eropah: satu perincian, ca. 1510, Capitoline Museums, Rome

Rujukan


Bacaan lanjut

Pautan luar