Johor Darul Ta'zim F.C.

Kelab bola sepak yang bertempat di Johor, Malaysia

Johor Darul Ta'zim Football Club[2] atau ringkasnya JDT ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpusat di Johor BahruJohor, Malaysia. Kelab ini diasaskan pada 1972 sebagai PKENJ FC dan kini bersaing di divisyen teratas bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim.[3] Pada 2014, JDT memperoleh penghormatan besar pertama mereka dengan memenangi liga kebangsaan pada musim pertama di bawah pengurus Croatia Bojan Hodak. Di bawah bimbingan Mario Gómez dari Argentina, mereka memenangi Piala AFC 2015 dan Liga Super 2015. Dengan memenangi Piala AFC, JDT menjadi pasukan Malaysia kedua sejak 1967 yang memasuki perlawanan akhir pertandingan utama peringkat benua, dan kelab Malaysia yang pertama memenangi kejohanan benua. Antara 2014 dan 2021, JDT memenangi lapan kejuaraan liga berturut-turut. Sebelum pencapaian ini, tiada pasukan Malaysia pernah memenangi kejohanan liga lebih daripada dua kali berturut-turut sejak sistem liga mula diperkenalkan di Malaysia pada 1979.

Johor Darul Ta'zim FC
Nama penuhJohor Darul Ta'zim Football Club
GelaranHarimau Selatan
Nama pendekJDT
Diasaskan2020; 4 tahun yang lalu (2020) (KBPKENJ)
2021; 3 tahun yang lalu (2021) (KB Johor)
2013; 11 tahun yang lalu (2013) (Johor Darul Ta'zim FC)
StadiumStadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor
(Kapasiti: 40,000)
PemilikEmiriah Arab BersatuRoyal Football Fund (30%)
JohorTunku Ismail Sultan Ibrahim (70%)[1]
PresidenJohor Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
PengurusVenezuela Héctor Bidoglio
LigaLiga Super Malaysia
2023(Gelaran ke-10)
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Sejak 2012, Johor Darul Ta'zim FC dikenali dengan nama panggilan baharu mereka, Harimau Selatan menggantikan nama panggilan lama Kalajengking. Nama jolokan baharu itu adalah berdasarkan lambang Majlis Negeri Johor. Padang tuan rumah pasukan ialah Stadium Sultan Ibrahim berkapasiti 40,000 orang. Sejak 2013, kelab itu telah membina saingan sengit dengan Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC.

Sejarah

Dasawarsa Awal Johor FC (1996–2011)

JDT pertama kali ditubuhkan pada tahun 1972 dengan nama yang berbeza iakni PKENJ FC. Selepas memenangi Piala FAM Malaysia dua kali, Johor Corporation (perbadanan yang dibiayai oleh kerajaan negeri) memutuskan untuk mengambil alih kelab itu pada 1996 dan menukar namanya kepada Kelab Bola Sepak Johor (Johor FC). Kelab ini menjadi naib johan di musim 1996.

Pada tahun 1998, Johor FC mendapat promosyen ke liga bola sepak Malaysia peringkat kedua, Liga Perdana 2 dan memenangi gelaran pada tahun 2001 yang membuat kelab ini mendapat promosyen ke pucuk liga iakni divisyen Liga Perdana 1.[4] Selepas dua tahun di bahagian teratas, Johor FC telah direlegasyenkan ke divisyen kedua baharu, Liga Perdana Malaysia selepas gagal mempertahankan posisi mereka di bagan peringkatan. 3 tahun kemudian, kelab ini memperoleh kenaikan secara automatik ke Liga Super Malaysia pada musim 2006–07 selepas keputusan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk mengembangkan liga dari 14 kelab dan kelab-kelab itu merupakan penyudah 5 teratas langganan dalam liga. Johor FC adalah kelab pertama dalam sistem liga bola sepak Malaysia yang memasuki Piala Malaysia pada tahun 2000 di bawah pengurus Inggeris Bruce Stowell . Kejohanan Malaysia sebelum ini didominasikan kelab yang berpenjakan dari negeri dan dengan menewaskan ATM secara agregat dalam pusingan kedua kelayakan kumpulan, Johor FC juga merekodkan satu lagi kegemilangan dalam pertandingan itu. Kelab itu juga menyertai Piala AFC pada 2009 bagi menggantikan Negeri Sembilan. Meski sebenarnya Kelab dari Negeri Sembilan layak, mereka memilih untuk berundur dan Johor pun maju untuk pertandingan AFC musim itu.[5]

Penukaran Nama Baharu, Johor Darul Ta'zim (2013–sekarang)

Bermula dari tarikh 2 Februari 2012, bekas pemain bola sepak antarabangsa Singapura, Fandi Ahmad memulakan kontrak tiga tahunnya dengan Johor FA berkhidmat sebagai penasihat teknikal dalam kelab itu.[6] Kemudian pada tahun itu juga, Fandi mengambil alih peranan sebagai ketua jurulatih pasukan. Pasukan itu akhirnya menduduki tempat keempat pada musim Liga Perdana Malaysia 2012 .

Tunku Ismail secara rasmi dilantik sebagai Presiden Johor FA (PBNJ) yang baharu dalam kongres persatuan yang diasaskan bertarikh 16 Februari 2012. Semasa musyawarah itu, sang jurulatih kelan mula-mula mengemukakan cadangan untuk merombak keseluruhan struktur dan aktiviti bola sepak Johor FC. Sebahagian daripada rancangan itu adalah untuk menyatukan pasukan bola sepaknya menjadi wakil tunggal yang bersaing dalam Liga Malaysia . [7]

Sepanjang musim ini, terdapat beberapa dakwaan negatif tentang penetapan perlawanan (match fixing) yang melibatkan pemain dari pasukan yang berpangkalan di Johor. [8] [9] Pada penghujung musim 2012, bola sepak Johor berada dalam keadaan yang daif dan terseok-seok. Pasukan yang berpangkalan di Johor menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam perlawanan Liga Malaysia. Johor FC hampir-hampir tidak mampu mengelak dari relegasyen dalam Liga Super Malaysia, manakala kelab lain yang berpangkalan di Johor seperti  – Johor FA, Johor Bahru City FC, and MP Muar FC – berjaya serta bersaing memperebutkan peringkat pertama di Liga Perdana Malaysia.[10] Hanya beberapa bulan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan presiden Johor FA, satu rombakan strategik yang berani dalam Johor FA (PBNJ) telah dimulakan.

Langkah itu adalah untuk menjajarkan semula dan menyatukan pasukan bola sepak dan kelab yang mewakili Johor. Ia menyaksikan kedua-dua pasukan, Johor FC dan Johor FA diletakkan di bawah pengurusan tunggal bagi memastikan kestabilan kedua-dua pasukan. Semua kelab yang berpangkalan di Johor kecuali Johor FC dan Johor FA telah ditarik balik daripada Liga Malaysia. Kedua-dua pasukan telah dikembalikan semula dengan nama yang sama dan diletakkan dalam susunan berangka. [11] [12] Pada Disember 2012, FAM mengumumkan bahawa mereka telah menerima permohonan izin bagi pertukaran nama kelab menjadi Darul Ta'zim FC untuk musim 2013 yang akan datang.[13] Pasukan itu kemudiannya dinamakan sebagai Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim .

Secara rasmi, 2013 adalah tahun pertama di mana Harimau Selatan membuat penampilan sulungnya di bawah inisiatif transformasi baharu. Stadium Larkin yang telah diubah suai sepenuhnya telah dibuat untuk menempatkan lebih ramai peminat. Dengan pengenalan pas musim, ia membenarkan peminat masuk ke semua perlawanan kompetitif untuk keseluruhan musim. Pada awal musim 2013, Fandi Ahmad dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan dalam Liga Super Malaysia, manakala pasukan Liga Perdana Malaysia dikendalikan oleh bekas pemain antarabangsa dan Johor, Azmi Mohamed, dengan bantuan rakan senegara Ismail. Ibrahim . [11] Sebelum permulaan musim, Johor menandatangani bekas pemain antarabangsa Sepanyol Dani Güiza dan pemain tengah Itali Simone Del Nero . Bagaimanapun, kedua-duanya pergi pada pertengahan musim. JDT berjaya mara ke final Piala FA Malaysia 2013 menerusi peraturan gol di tempat lawan, menewaskan Pahang FA . [14] [15] Dalam perlawanan akhir, JDT tewas 1–0 kepada Kelantan FA . [16]

Pada pertengahan musim 2013, Fandi Ahmad telah dilepaskan daripada tugas kejurulatihannya, tetapi akan kekal sebagai pengurus pasukan. [17] [18] Azmi Mohamed menjadi jurulatih JDT secara sementara sementara menunggu ketibaan ketua jurulatih baharu. [19] [20] Pada musim pertama selepas transformasi kelab, JDT berjaya menduduki tempat ketiga dalam Liga Super Malaysia 2013 . [21] [22] Kemudian, hanya sehari sebelum Piala Malaysia 2013 bermula, Fandi Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan dan berpisah dengan Johor FA secara baik. [23] Dengan motivasi untuk menghidupkan semula zaman kegemilangan masa lalu ke masa depan, JDT melantik bekas pengurus dari Kelan Valencia dan Atlético Madrid , Cesar Ferrando Jimenez sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu. [24] [25]

Pada Februari 2014, Bojan Hodak dilantik sebagai pengurus pasukan untuk membantu Cesar Jimenez dalam tugas pengurusan kelab. [26] [27] Pada tarikh 26 Jun 2014, 4 bulan setelah jawatan jurulatih dipegang Jimenez, JDT berjaya dalam kejohanan liga kebangsaan pertama mereka dengan menewaskan Sarawak FA 1–0. [28] [29] Dalam kempen Piala Malaysia 2014, JDT berjaya mara ke final buat kali pertama dalam tempoh 23 tahun, mencontohi bekas Johor FA yang memenangi kejuaraan berganda (kemenangan liga dan Piala Malaysia) kelab itu digelar sebagai "Heavyweight Fighter". Perlawan kelab yang begitu dinanti-nantikan ialah antara JDT (juara liga) vs Pahang (juara Piala FA Malaysia). [30] JDT tewas 5–3 dikalahkan lawannya dalam penentuan sepakan penalti . [31]

Pada 31 Januari 2015, JDT beraksi dalam Piala Sumbangsih buat pertama kali dalam sejarah kelab, melayakkan diri ke pertandingan itu sebagai juara Malaysia 2014. Mereka menewaskan Pahang 2–0 untuk memenangi piala. [32] [33] Kelab ini muncul secara mengejutkan di Piala AFC pada tarikh 24 Februari 2015 dengan kemenangan 4–1 atas East Bengal FC dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan. [34] [35] Pada akhir April 2015, ketua jurulatih Bojan Hodak meninggalkan kelab dan digantikan oleh Roberto Carlos Mario Gómez . [36] Sebagai ketua jurulatih baharu, beliau turut diberi kuasa untuk merombak program pembangunan belia di JDT khususnya skuad pembangunannya daripada JDT II kepada JDT V. [37]

Pada 12 Julai 2015, satu pengumuman telah dibuat bahawa Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meninggalkan jawatannya sebagai presiden Johor FA; sebaliknya, beliau akan tetap berkhidmat atas kapasitinya sebagai Penaung Diraja Johor FA. Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, dilantik sebagai penggantinya berkuat kuasa serta-merta. [38] Pada Ogos 2015, JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super Malaysia, menjadi juara kebangsaan untuk tahun kedua berturut-turut. [39] Pada 31 Oktober 2015, JDT menjadi kelab Malaysia pertama mara ke perlawan akhir Piala AFC. Pada pertandingan itu yang diadakan di Dushanbe, Tajikistan, JDT mampu menewaskan pasukan tuan rumah FC Istiklol 1–0 dengan gol yang dijaringkan oleh Leandro Velazquez. JDT pun merekodkan diri sebagai kelab pertama di Serantau Asia Tenggara yang mampu memenangi kejuaraan benua.[40] [41] [42]

Pada pembukaan musim 2016, JDT mengetepikan Selangor dalam kemenangan penentuan sepakan penalti 7–6, berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih. [43] Pada musim yang sama pula, JDT merangkul kejuaraan Piala FA Malaysia buat pertama kalinya selepas mencatat kemenangan semula 2–1 ke atas PKNS FC. Ini adalah kali pertama kelab menjulang piala itu sejak penubuhannya pada tahun 1990. [44] [45] JDT memperoleh kejuaraan liga ketiga berturut-turut pada Hari Perlawanan 20 musim 2016 dengan kemenangan 3–0 ke atas Terengganu . [46] Kelab itu menjadi kelab pertama yang sanggi0 memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut - satu pencapaian yang tidak pernah dicapai sebelum ini oleh mana-mana kelab sejak penubuhan kejuaraan liga kebangsaan pada 1982.

Pada musim 2016 juga, JDT berjaya menamatkan liga tanpa kalah, sekaligus menjadi kelab pertama di Malaysia yang melakukannya. [47] [48]

Pada 18 Januari 2017, JDT mengumumkan bahawa mereka telah berpisah dengan Mario Gómez hampir dua hari sebelum pembukaan musim. [49] [50] Kelab itu menaikkan pangkat Mexico Benjamín Mora daripada JDT II untuk melatih skuad untuk musim 2017. [51] [52] Pada 21 Januari 2017, walaupun mendahului 1–0 pada separuh masa, JDT tak mampu mempertahankan Piala Sumbangsih bagi yang ketiga kaliselepas tewas 5–4 dalam penentuan sepakan penalti kepada Kedah. [53] Dalam play-off kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2017, JDT mara ke pusingan play-off buat kali pertama dalam sejarah mereka, selepas menyingkirkan Bangkok United pada pusingan awal kedua selepas penalti. [54] [55] Dalam pusingan play-off, JDT tewas 3–0 kepada pasukan Jepun, Gamba Osaka . [56] [57] Susulan daripada itu, Perak menewaskan JDT 2–1 dan menamatkan rekod tanpa kalah kelab itu dalam 26 perlawanan liga sejak perlawanan pembukaan musim 2016. [58]

Semasa rehat pertengahan musim 2017, JDT menurunkan semula Mora ke kedudukan sebelumnya sebagai ketua jurulatih pasukan kedua. [59] [60] Kelab itu melantik Portugis Ulisses Morais sebagai pengurus baharu skuad utama. [61] [62] Morais mengetuai pasukan itu merangkul kejuaraan liga keempat berturut-turut; dengan JDT disahkan telah merangkul kejuaraan Liga Super 2017 pada 5 Ogos 2017 dengan baki tiga perlawanan. [63]

Semasa Kongres JDT yang diadakan pada awal Oktober 2017, Tunku Ismail telah membuat beberapa langkah besar di negeri Johor. Semua persatuan bola sepak berasaskan kaum di negeri ini dibubarkan. Bagaimanapun pasukan-pasukan ini akan dibenarkan untuk terus menyertai sebagai kelab bola sepak dalam pertandingan negeri. Bagi kelab, penstrukturan semula besar-besaran organisasi telah dibuat untuk memastikan kejayaan masa depan di luar dan di padang. Antaranya ialah pelantikan Martín Hugo Perst sebagai Pengarah Sukan baharu, manakala Pengarah Sukan sebelumnya, Alistair Edwards telah ditugaskan semula sebagai Pengarah Teknikal kelab, bertanggungjawab ke atas semua pasukan pembangunan termasuk JDT II, dengan pasukan itu bermain dalam Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan pembangunan dan bukannya kelab pengumpan. [64] [65] [66] [67]

Selepas melengkapkan perlawanan liga pada penghujung Oktober 2017, JDT bertanding di final Piala Malaysia menentang Kedah, pemenang Piala FA Malaysia 2017, yang mereka temui pada awal musim pembukaan pada Januari. Beraksi di hadapan 80,000 penyokong di Stadium Shah Alam, JDT merampas gelaran daripada "Helang Merah" dengan kemenangan 2–0 dan meraih dua gol pada musim 2017. [68] [69]

Pada 2018, JDT tersingkir pada suku akhir Piala FA Malaysia 2018 selepas tewas kepada Pahang dengan agregat 3–0. [70] JDT juga gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, tewas kepada Terengganu pada separuh akhir. Pada musim yang sama, Johor memenangi kejuaraan liga kelima berturut-turut. [71]

Perubahan Nama

  • 19721996 : Kelab Bola sepak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor FC (KB PKENJ)
  • 19962012 : Kelab Bola sepak Johor (KB Johor)
  • 20122013 : Kelab Bola sepak Darul Ta'zim (KB Darul Ta'zim)
  • 2013–kini : Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim (KB Johor Darul Ta'zim)

Warna Jersi dan Logo Pasukan

Jersi

Rumah 1996-2012
Rumah 2013
Rumah 2nd 2013
Pelawat 2013
Pelawat 2nd 2013
Ke-3 2012-2013
Rumah 2014
Pelawat 2014
Ke-3 2014
Rumah 2016
Pelawat 2016

Stadium

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos

Stadium Larkin

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[72]

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk.[73]

Bermula era baru penamaan Johor Darul Ta'zim FC yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dinaikkan ke Liga Super, peminat sudah mula menyokong dan membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan. Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagai Boys Of Straits (B.O.S.) mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim FC.

Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan Sultan negeri Johor Darul Takzim iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Stadium baru ini akan menjadi gelanggang rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim FC untuk saingan Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium ini menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020.

Penajaan

TempohPengeluar KitPenaja
2013 Kappa Johor Corporation
2014–2015 Nike Country Garden Diarkibkan 2016-07-28 di Wayback Machine
Johor Corporation
2016 Adidas
2017– Nike
Fastrack Iskandar Sdn. Bhd.
Salim Group
UNICEF

Pasukan

Pasukan utama

Templat:Menurut tarikh 13 Ogos 2023[74]Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
20MF Juan Muñiz
21MF Nazmi Faiz
22DF La'Vere Corbin-Ong
23MF Endrick
27FW Nicolao Dumitru
30MF Natxo Insa
32DF Shahrul Saad
33GK Syihan Hazmi
37FW Heberty (Dipinjam oleh Bangkok United)
42FW Arif Aiman Hanapi
45FW Fernando Forestieri
77MF Syamer Kutty Abba
81FW Daryl Sham
91DF Syahmi Safari

Sedang dipinjam

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
DF Declan Lambert (ke Kuala Lumpur City F.C.)
FW Syafiq Ahmad (ke Kedah Darul Aman F.C.)

Anugrah Individu Pemain

Pemenang Kasut Emas Liga Malaysia

SeasonPlayerGoals
2016 Jorge Pereyra Díaz[75]18
2017 Mohammed Ghaddar[76]23
2022 Bergson[77]29

Pegawai Kejurulatihan Pasukan

JawatanNama
Penaung Diraja Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Presiden Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
Pengarah Bolasepak Alistair Edwards
Pengarah Pemasaran Romain Biesse
Pengarah Sukan Martin Hugo Prest
Pengurus & Jurulatih Hector Bidoglio
Penolong Jurulatih Mohd Hamzani Omar
Jorge Alvarez
Jurulatih Penjaga Gol Orkatz Martin Egana
Aziz Kifah
Fisioterapi Pedro Miguel Silva Do Vale
Saintis Sukan Constantinos Rostantis
Pegawai Penerangan Nor Asniera Jasni
Pelatih Sukan Fariq Mohamed Yusof
Masseur Mohamad Rafienudeen Ramlee
Kitman Jaafar Abdul Manaf
A Aziz Hamid
Pegawai Sekuriti Farouk Yahya
Ismail Shawal
Doktor Pasukan Dr. Abdul Razak Ahmad
Pegawai Pentadbiran Kelly Sathiraj Kalimuthu
Penganalisis Pasukan Amar Nadzif Othman
Pengurus Pembangunan K Sukumaran
Ketua Pembangunan Belia Wan Jamak Wan Hassan[78]

Senarai pengurus pasukan

TahunPengurus
1999 – 2005 Othman Odanu
2006 – 2011 Mohd Faizal Abdullah
2012 Wan Nizam Wan Omar
2013 Fandi Ahmad
2013 Azmi Mohamad *(Pemangku)
2013 – 2014 Cesar Ferrando Jimenez
2014 – April 2015 Bojan Hodak
Mei 2015 – Januari 2017 Mario Gómez
Januari 2017 – Jun 2017 Benjamin Mora
Jun 2017 – Feb 2018 Ulisses Morais
Februari 2018 – Ogos 2018 Raul Longdhi *(Pemangku)
Ogos 2018 – Oktober 2020 Luciano Figueroa
Oktober 2020 - Julai 2022 Benjamin Mora
28 Julai 2022 - 1 Disember 2022 Héctor Bidoglio
1 Disember 2022 - Kini Esteban Solari

Senarai jurulatih pasukan

TahunJurulatih
10 Ogos 2018 – 27 Julai 2022 Benjamin Mora
9 Ogos 2018 – 10 Ogos 2018 Luciano Figueroa
26 Februari 2018 – 9 Ogos 2018 Raul Longdhi* (juga Pemangku Pengurus)
19 Jun 2017 – 25 Februari 2018 Ulisses Morais
18 Januari 2017 – 18 Jun 2017 Benjamin Mora* (juga Pemangku Pengurus)
26 April 2015 – 18 Januari 2017 Mario Gomez
25 Februari 2014 – 25 April 2015 Bojan Hodak
21 Ogos 2013 – 25 Februari 2014 Cesar Ferrando Jimenez
30 Julai 2013 – 21 Ogos 2013 Azmi Mohamad* (juga Pemangku Pengurus)
3 Februari 2012 – 30 Julai 2013 Fandi Ahmad
2012 Sazali Saidon
Januari – April 2012 K.Devan
2011 Azuan Zain
2005 – 2010 Ramlan Rashid
2005 Raul Carrizo
2000 – 2001 Bruce Stowell
1999 Ron Smith

Rekod Kelab

Domestik

Nota *P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Pos = Posisi

      Juara      Naib-juara      ke-3      Promosi      Tersingkir      Tiada perlawanan (Covid-19)

MusimLigaPiala
DivisyenPMSKJBMtPosSumbangsihMalaysiaFA
1998Perdana 214446192416ke-5 — —Pusingan 2
1999Perdana 21895[a]4241733ke-3 — —Pusingan 1
2000Perdana 218567161821ke-7 —Suku-akhirPusingan 2
2001Perdana 2221453422047Juara —Peringkat kumpulanSuku-akhir
2002Perdana 1261259372741ke-6 —Peringkat kumpulanPusingan 2
2003Perdana 12410410423234ke-7 —Peringkat kumpulanSuku-akhir
2004Liga Premier241455432547ke-3 —Peringkat kumpulanSuku-akhir
2005Liga Premier211065271636ke-4 —Peringkat kumpulanPusingan 1
2005–06Liga Premier21984382735ke-3 —Peringkat kumpulanPusingan 1
2006–07Liga Super241167352639ke-6 —Peringkat kumpulanPusingan 2
2007–08Liga Super241446402746ke-3 —Separuh-akhirPusingan 1
2009Liga Super261538532748ke-4 —Suku-akhirPusingan 1
2010Liga Super261349442943ke-4 —Separuh-akhirPusingan 1
2011Liga Super268108262834ke-7 —Peringkat kumpulanPusingan 2
2012Liga Super2610511293135ke-9 —Suku-akhirSuku-akhir
2013Liga Super221174322640ke-3 —Suku-akhirNaib-juara
2014Liga Super221354392244Juara —Naib-juaraSeparuh-akhir
2015Liga Super221444361846JuaraJuaraSuku-akhirPusingan 1
2016Liga Super221840561458JuaraJuaraPeringkat kumpulanJuara
2017Liga Super221543501949JuaraNaib-juaraJuaraSuku-akhir
2018Liga Super22192147959JuaraJuaraSeparuh-akhirSuku-akhir
2019Liga Super221651491953JuaraJuaraJuaraPusingan 3
2020Liga Super Malaysia1192033829JuaraJuaraTiada perlawanan (COVID-19)Tiada perlawanan (COVID-19)
2021Liga Super Malaysia22183150957JuaraJuaraNaib-juaraTiada perlawanan (COVID-19)
2022Liga Super Malaysia221750611256JuaraJuaraJuaraJuara
2023Liga Super Malaysia12120049136TBDJuaraTBDTBD

Source:[79][80]

Asia

Semua keputusan (tempat sendiri dan lawan) senaraikan jaringan pasukan JDT dahulu.

MusimKejohananPusinganKelabTempat sendiriTempat lawanAgregat
1996–97Kejohanan Kelab AsiaPusingan 1 Công an Thành phố Hồ Chí Minh1–1 (s.m.t.)1–02–1
Pusingan 2 Yokohama Marinos1–10–21–3
2009Piala AFCKumpulan F VB Sports Club0–00–2ke-4
PSMS Medan0–11–3
South China1–40–2
2015Liga Juara-Juara AFCPeringkat Awal Pusingan 1 Bengaluru FC2–1 (s.m.t.)
Peringkat Awal Pusingan 2 Bangkok Glass0–3
Piala AFCKumpualan F East Bengal4–11–01
Balestier Khalsa3–01–0
Kitchee2–00–2
Pusingan 16 Ayeyawady United5–0
Suku-akhir South China1–13–14–2
Separuh-akhir Al-QadsiaDibatalkan1–3JDT layak
Akhir Istiklol1–0Juara
2016Liga Juara-Juara AFCPeringkat Awal Pusingan 2 Muangthong United0–0 (s.m.t.)
(0–3 p)
Piala AFCKumpulan H Ayeyawady United8–12–11
Bengaluru FC3–01–0
Lao Toyota3–04–1
Pusingan 16 Kaya7–2
Suku-akhir South China2–11–13–2
Separuh-akhir Bengaluru FC1–11–32–4
2017Liga Juara-Juara AFCPeringkat Awal Pusingan 2 Bangkok United1–1 (s.m.t.)
(5–4 p)
Peringkat Kelayakan Gamba Osaka0–3
Piala AFCKumpulan F Boeung Ket Angkor3–03–0ke-2
Magwe3–11–1
Global Cebu4–02–3
Separuh-akhir Zon ASIAN Ceres Negros3–21–24–4 (gol tempat lawan)
2018Liga Juara-Juara AFCPeringkat Awal Pusingan 2 Muangthong United2–5
Piala AFCKumpulan H Persija Jakarta3–00–4ke-3
Sông Lam Nghệ An3–20–2
Tampines Rovers2–10–0
2019Liga Juara-Juara AFCKumpulan E Kashima Antlers1–01–2ke-4
Gyeongnam FC1–10–2
Shandong Luneng0–11–2
2020Liga Juara-Juara AFCKumpulan G Vissel Kobe1–5
Suwon Samsung Bluewings2–1
Guangzhou Evergrande

Pencapaian di kejohanan AFC

  • Liga Juara-Juara AFC: 6 penampilan
    2015: Peringkat awal Pusingan 2
    2016: Peringkat awal Pusingan 2
    2017: Peringkat kelayakan
    2018: Peringkat awal Pusingan 2
    2019: Peringkat kumpulan
    2020: Sedang berlangsung
  • Piala AFC: 5 penampilan
    2009: Peringkat kumpulan
    2015: Juara
    2016: Separuh-akhir
    2017: Separuh-akhir Zon ASIAN
    2018: Peringkat kumpulan

Pencapaian

Era PKENJ

Era Johor FC

  • 1996 Naib Juara Piala FAM
  • 1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
  • 1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
  • 1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
  • 2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
  • 2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
  • 2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
  • 2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
  • 2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir *Piala FA
  • 2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
  • 2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
  • 2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
  • [perlu rujukan] bagi tahun 2009 hingga 2012

Era Johor Darul Ta'zim F. C.

  • 2017 Separuh Akhir - Zon Asia Timur. Ditewaskan oleh Ceres Negros FC dengan agregat 4-4 mengikut peraturan kelebihan gol di tempat lawan.
  • 2017 Juara Liga Super Malaysia buat kali ke-4 berturut-turut dan Piala Malaysia buat kali pertama.
  • 2018 Juara Liga Super Malaysia buat kali ke-5 berturut-turut & Juara Piala Sumbangsih.
  • 2019 Juara Liga Super Malaysia 6 tahun berturut-turut, Juara Piala Sumbangsih dan Juara Piala Malaysia.
  • 2020 Juara Liga Super Malaysia 7 tahun berturut-turut Dan Juara Piala Sumbangsih.
  • 2021 Juara Liga Super Malaysia 8 tahun berturut-turut dan Juara Piala Sumbangsih.
  • 2022 Juara Piala Sumbangsih, Juara Liga Super Malaysia 9 tahun berturut-turut , Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia.
  • 2023 Juara Piala FA


Domestik

KejohananJuaraNaib Juara
Divisyen 1 / Perdana 1 / Liga Super2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020 , 2021 , 2022
Piala FA Malaysia2016, 2022, 20232013
Piala Malaysia2017, 2019, 20222014, 2021
Piala Sumbangsih Malaysia2015, 2016, 2018, 2019, 2020 ,2021 , 20222017
Divisyen 2 / Perdana 2 / Liga Premier2001[83]
Divisyen 3 / Liga FAM1994,[84] 1995[84]1996

Asia

KejohananJuaraNaib Juara
Liga Juara-Juara AFC
Piala AFC
2015[85]

Ranking

Ranking Kelab AFC

Sehingga 2 Julai 2017.[86]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan
32 Ulsan Hyundai F. C.
33 Al Jazira
34 Johor Darul Ta'zim
35 Kashiwa Reysol
36 Seongnam Ilhwa Chunma

Ranking Kelab Dunia

Sehingga 09 Januari 2016.[87]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan
137 Buriram United
152 Johor Darul Ta'zim
153 Southampton
153 AC Milan
Sehingga 17 Julai 2017[88]
Kedudukan Semasa (Mata) Negara Pasukan
892 (146.0) Johor Darul Ta'zim

Persatuan yang menyelia

Kelab Gabungan

Rujukan

Pautan luar