Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955

kabinet menteri di Malaysia 1955-1957

Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955 merupakan jemaah menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diumumkan pada 1 Ogos 1955. Kabinet ini dibentuk semasa British masih lagi menjajah Tanah Melayu. Kabinet ini dibentuk selepas parti Perikatan menang besar 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum 1955 di seluruh Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.

Kabinet Jemaah Menteri ini masih lagi mengandungi pegawai tinggi British. Kesemua 15 jemaah menteri ini diumumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gillivary pada 4 Ogos 1955 di King's House, Kuala Lumpur setelah Raja-raja Melayu mengesahkannya mengikut Perjanjian Persekutuan. 15 jemaah menteri ini mengangkat sumpah taat setia menjalankan tugas dan akuan rahsia pada 9 Ogos 1955 di hadapan Ketua Hakim Mr. Prethaser.

Kepimpinan kabinet ini dilanjutkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, walaupun terdapat beberapa rombakan dengan penambahan portfolio baharu selepas kemerdekaan. Kabinet ini dibubarkan dengan sebuah pilihan raya umum pertama pascakemerdekaan yang diadakan pada 19 Ogos 1959.

Senarai anggota (1955-1957)

Anggota Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955. Duduk dari kiri: C.J. Thomas (Setiausaha Kewangan), H. S. Lee (Menteri Pengangkutan), Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Donald MacGillivray (Pesuruhjaya Tinggi), D.J. Watherson (Ketua Setiausaha), J.P. Hogan (Peguam Negara), dan Dr. Ismail Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi). Berdiri dari kiri: Bahaman Samsuddin (Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Abdul Razak Hussein (Menteri Pelajaran), O.J. Spencer (Setiausaha Ekonomi), Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian), A.H.P. Humphrey (Setiausaha Pertahanan), Suleiman Abdul Rahman (Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar), V. T. Sambanthan (Menteri Buruh), Sardon Jubir (Menteri Kerjaraya), Leong Yew Koh (Menteri Kesihatan), Ong Yoke Lin (Menteri Perhubungan, Telekom dan Pos), A.S.H. Kemp (Setiausaha Negeri), dan Too Joon Hing (Timbalan Menteri Pelajaran).
Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955-1957[1]
PortfolioNamaPerwakilan
Ketua MenteriTunku Abdul Rahman Putra Alhaj[2]Sungei Muda
Menteri
Menteri Hal Ehwal Dalam NegeriTunku Abdul Rahman Putra AlhajSungei Muda
Menteri PelajaranAbdul Razak bin Hussain[3]Semantan
Menteri Kesihatan (termasuk portfolio Kebajikan Masyarakat)Leong Yew Koh[4]Ipoh-Menglembu
Kementerian Hasil Bumi (termasuk portfolio Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan)Dr. Ismail Abdul RahmanJohor Timor
Menteri PengangkutanKolonel H. S. LeeLantikan
Menteri Pertanian (termasuk portfolio Perhutanan, Perikanan dan Penempatan Bekas Polis Khas)Aziz IshakSelangor Barat
Menteri Kerja RayaSardon Haji Jubir[5]Segamat
Menteri BuruhV. T. Sambanthan[6]Kinta Utara
Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan BandarSuleiman Abdul RahmanJohor Bahru
Menteri Perhubungan, Pos dan TelekomOng Yoke LinKuala Lumpur Barat
Timbalan Menteri dan Pembantu Menteri
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam NegeriBahaman SamsuddinTelok Anson
Timbalan Menteri PelajaranToo Joon HingKinta Selatan
Pembantu Menteri Pertanian dan KerjasamaMohd Khir JohariKedah Tengah
Pembantu Menteri KesihatanAbdul Rahman TalibPahang Timor
Pembantu Menteri Kerja rayaAbdul Khalid Awang OsmanKelantan Selatan
Anggota (Pegawai British)
Setiausaha KewanganC. J. Thomas
Setiausaha EkonomiOscar A. Spencer
Setiausaha PertahananA.H.P. Humphrey
Peguam NegaraM. J. Hogan
Ketua Setiausaha NegaraD. C. Watherston

Senarai anggota selepas kemerdekaan 1957

Kabinet persekutuan selepas merdeka mengandungi anggota berikut::[7]

PortfolioPemegang jawatanPartyPerwakilan
Perdana MenteriTunku Abdul RahmanUMNOSungei Muda
Timbalan Perdana MenteriAbdul Razak HusseinUMNOSemantan
Menteri
Menteri Hal Ehwal LuarTunku Abdul RahmanUMNOSungei Muda
Menteri PelajaranMohd Khir JohariUMNOKedah Tengah
Menteri PertahananAbdul Razak HusseinUMNOSemantan
Menteri Dalam Negeri dan KehakimanSuleiman Abdul RahmanUMNOJohor Bahru
Menteri KewanganH. S. LeeMCANominated
Menteri Hasil BumiBahaman SamsudinUMNOTelok Anson
Menteri PengangkutanAbdul Rahman TalibUMNOPahang Timor
Menteri Pertanian dan Kerjasama (Koperasi)Abdul Aziz IshakUMNOSelangor Barat
Menteri KesihatanV. T. SambanthanMICKinta Utara
Menteri Kerja raya, Pos dan TelekomSardon JubirUMNOSegamat
Menteri Buruh dan Kebajikan MasyarakatOng Yoke LinMCAKuala Lumpur Barat
Menteri Perdagangan dan PerusahaanTan Siew SinMCAMalacca Central

Mesyuarat kabinet pertama pascamerdeka

Mesyuarat Menteri Kabinet yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 10 September 1957 di bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Tanah Melayu telah memangku jawatan itu sebelum merdeka lagi. Sebelum itu dijawat oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Inilah kali pertama anak peribumi ambilalih pucuk pimpinan kerajaan.[8]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno