Mashable

Mashable (Mashable Inc.) ialah laman web media digital yang diasaskan oleh Pete Cashmore pada tahun 2005.[9]

Mashable[1][2]
JenisSwasta[3][4]
Diasaskan19 Julai 2005; 18 tahun yang lalu (2005-07-19)
PengasasPete Cashmore
Perancang utamaPete Cashmore, CEO
Adam Ostrow, Ketua Pegawai Strategi[5]
Pekerja120[perlu rujukan]
Anak syarikatCineFix[6]
Mashable Studios[7]
Slogan"Mashable is the leading media company for the Connected Generation and the voice of digital culture."
Laman web[1]
Kedudukan Alexanegative increase 50(October 2016)[8]
Jenis laman webBerita & blog
Tersedia dalamInggeris, Perancis
Status terkiniAktif

Mashable dirintis oleh Pete Cashmore di rumahnya di Aberdeen, Scotland, pada Julai 2005. Time mengakui Mashable sebagai satu dari 25 blog terbaik di Internet pada tahun 2009.[10] Mashable digelar sebagai "kedai serba boleh" untuk media sosial.[11] Per November 2015, Mashable memiliki lebih dari enam juta pengikut Twitter dan 3 juta pengikut Facebook. Pada Jun 2016, Mashable memperoleh sebuah saluran YouTube, CineFix, dari Whalerock Industries.[12]

Versi dan anak syarikat

  • Mashable UK
  • Mashable Asia
  • Mashable with France 24 (bekerja sama dengan France 24)
  • Mashable Australia
  • Mashable India
  • Mashable Studios
  • CineFix

Lihat juga

Rujukan