Menteri Besar Johor

ketua kerajaan Johor

Menteri Besar Johor (Jawi: منتري بسر جوهر) ialah ketua kerajaan bagi negeri Johor Darul Takzim. Menteri Besar Johor dilantik oleh Sultan Johor dalam kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor pada hemat Sultan Johor. Menteri Besar Johor juga merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang turut dianggotai oleh ahli Dewan Negeri Johor yang lain.

Menteri Besar
Johor Darul Ta'zim
Menteri Besar Johor
Penyandang
Dato' Onn Hafiz Ghazi
sejak 15 Mac 2022
Kerajaan Negeri Johor
GelaranYang Amat Berhormat
Lapor kepadaDewan Negeri Johor
Bidang kuasaJohor Edit the value on Wikidata
KediamanSaujana, Johor Bahru, Johor
PusatAras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Dilantik olehSultan Ibrahim
Sultan Johor
Tempoh jawatanSelagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Penjawat sulungDato' Jaafar Haji Muhammad
Dibentuk1886; 138 tahun yang lalu (1886)
Tapak webProfil Menteri Besar
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dalam sejarah Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar Haji Muhammad ialah Menteri Besar Johor paling lama dengan memegang jawatan selama 33 tahun, diikuti Tan Sri Abdul Ghani Othman selama 18 tahun, Tan Sri Othman Saat selama 15 tahun, Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid selama 12 tahun dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selama 9 tahun.

Senarai Menteri Besar Johor

Berikut merupakan senarai Menteri Besar Johor sejak 1886:[1][2]

Kunci warna (untuk parti-parti politik):
      Bebas      UMNO      Perikatan      Barisan Nasional      Pakatan Harapan

No.PotretNama
(Kelahiran–Kematian)
Kawasan pilihan raya
Parti politik[a]Tempoh jawatanPilihan
raya
(Dewan Negeri)
Dilantik secara langsung oleh Sultan Johor
1 Dato' Jaafar Haji Muhammad
(1838–1919)
Tiada18861919
Kosong191916 Julai 1920
2 Dato' Mohamed Mahbob
(1852–1923)
Tiada16 Julai 19201922
Kosong1922September 1923
3Dato' Abdullah Jaafar
(1875–1934)
TiadaSeptember 192316 September 1928
4Dato' Mustapha Jaafar
(1862–1946)
Tiada16 September 192823 November 1931
5Dato' Abdul Hamid Yusof
(1876–1934)
Tiada23 November 193128 Disember 1934
Kosong28 Disember 1934April 1935
6Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid
(1887–1951)
TiadaApril 19351 Jun 1947
7Dato' Onn Jaafar
(1895–1962)
UMNO1 Jun 194718 Mei 1950
Kosong18 Mei 195018 Februari 1952
8Dato' Syed Abdul Kadir Mohamed
(1900–1960)
UMNO18 Februari 19525 Jun 1955
Perikatan (UMNO)
Kosong5 Jun 19551 Oktober 1955
9 Dato' Wan Idris Ibrahim
(1888–1973)
Perikatan (UMNO)1 Oktober 195516 Jun 1959
Kosong16 Jun 195927 Jun 1959
Dilantik melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN)
10 Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus
(1907–1968)
Ahli Majlis Perundangan Negeri Tanah Melayu untuk Muar Inland, 1954–1959
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang, 1959–1968
Perikatan (UMNO)27 Jun 195931 Januari 1967

1959 (pertama)
1964 (ke-2)

11Tan Sri Othman Mohamed Saat
(1927–2007)
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Jorak, 1959–1974
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kesang, 1974–1982
Perikatan (UMNO)4 Februari 19674 April 1982

– (ke-2)
1969 (ke-3)
1974 (ke-4)
1978 (ke-5)

BN (UMNO)
12Dato' Abdul Ajib Ahmad
(1947–2011)
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Endau, 1982–1986
BN (UMNO)29 April 198212 Ogos 1986

1982 (ke-6)

13Tan Sri Muhyiddin Yassin
(lahir 1947)
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang,
1986–1995

Ahli Dewan Negeri Johor untuk Gambir,
2018–2022
BN (UMNO)12 Ogos 19863 Mei 1995

1986
(ke-7)
1990
(ke-8)
2018
(ke-14)

14Tan Sri Abdul Ghani Othman
(lahir 1946)
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Serom, 1995–2013
BN (UMNO)3 Mei 199514 Mei 2013

1995 (ke-9)
1999 (ke-10)
2004 (ke-11)
2008 (ke-12)

15Dato' Mohamed Khaled Nordin
(lahir 1958)
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Permas, 2013–2018
BN (UMNO)14 Mei 201312 Mei 2018

2013 (ke-13)

16Dato' Osman Sapian
(1951–2021)
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kempas, 1999–2013, sejak 2018
PH (PPBM)12 Mei 20188 April 2019

2018 (ke-14)

Kosong9 April 201913 April 2019
17Dato' Dr. Sahruddin Jamal
(lahir 1975)
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Kepong, sejak 2018
PH (PPBM)14 April 201928 Februari 2020

– (ke-14)

18Dato' Haji Hasni Mohammad
(lahir 1959)
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Benut, sejak 2008
BN (UMNO)28 Februari 202015 Mac 2022

– (ke-14)

19 Dato' Onn Hafiz Ghazi
(lahir 1979)
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Layang-Layang, 2018-2022
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Machap, sejak 2022
BN (UMNO)15 Mac 2022kini2022 (ke-15)

Keistimewaan Menteri Besar Johor

Senarai bekas Menteri Besar Johor yang masih hidup

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan bekas Menteri Besar Johor yang pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi di dewan perundangan, iaitu kerusi Dewan Rakyat Malaysia untuk Pagoh dan kerusi Dewan Negeri Johor untuk Gambir (9 Mei 2018 hingga 22 Januari 2022).

NamaTempoh perkhidmatanTarikh lahir
Tan Sri Muhyiddin Yassin1986–199515 Mei 1947 (umur 76)
Tan Sri Abdul Ghani Othman1995–201314 November 1946 (umur 77)
Dato' Mohamed Khaled Nordin2013–201830 November 1958 (umur 65)
Dato' Dr. Sahruddin Jamal2019–202026 Mei 1975 (umur 48)
Dato' Hasni Mohammad2020–202227 Mac 1959 (umur 65)

Lihat juga

Rujukan