Mob (permainan video dan komputer)

Mob, singkatan untuk mobile,[1][2][3][4] ialah sejenis watak bukan pemain (NPC) yang dikawal oleh komputer dalam permainan komputer seperti MMORPG[5] atau MUD.[1][3] Bergantung kepada konteks, setiap satu dan mana-mana watak dalam permainan boleh dianggap sebagai "mob,"[2][1] namun kegunaan perkataan ini juga boleh dihadkan kepada NPC ganas dan/atau NPC yang rentan kepada serangan.[5] Kegunaan biasa perkataan mob boleh merujuk kepada sama ada satu watak atau sekumpulan watak.

Dalam kebanyakan permainan grafik moden, "mob" digunakan untuk merujuk kepada NPC raksasa biasa yang mana pemain patut buru dan bunuh, mengecualikan NPC yang terlibat dalam dialog, menjual item, atau NPC yang tak boleh diserang.[5] "Mob bernama" dibezakan dengan mempunyai nama khas dan bukannya dirujuk sebagai jenis am ("goblin," "penduduk," dll.).[6] "Mob dungu" pula mereka yang tiada perlakuan rumit selain menyerang atau bergerak di suatu tempat.[2]

Kegunaan mob

Mengalahkan mob mungkin diperlukan untuk mengumpul mata pengalaman,[7] duit,[8] item,[9] atau untuk melengkapkan quest.[10] Perlawanan antara watak pemain (PC) dan mob dipanggil pemain lawan sekitaran (PvE).[11] PC juga boleh menyerang mob kerana mereka menyerang PC dengan sangat agresif.[2] Perlawanan raksasa lawan raksasa (MvM) juga boleh mengambil tempat dalam sesetengah permainan.[12]

Sebuah permainan mungkin mengandungi ratusan mob yang berbeza, namun jika pemain telah menghabiskan sejumlah masa bermainnya, mereka mungkin boleh agak perwatakan yang ada pada setiap jenis mob yang berbeza dan bahaya yang ada pada mob tersebut. Pengetahuan ini boleh menyebabkan pengalaman bermain untuk berkurang pada suatu tahap.[13]

Asal-usul perkataan

Perkataan "mob" ialah singkatan kepada "mobile,"[1][2][3][4] yang digunakan oleh Richard Bartle untuk objek yang bergerak sendiri dalam MUD1.[1] Perkataan tersebut yang wujud dalam MMORPG datang daripada kegunaannya dalam MUD.[5][1] (Kod sumber dalam DikuMUD menggunakan "mob" untuk merujuk NPC biasa; DikuMUD sangat dipengaruhi oleh EverQuest.)[14][15] Perkataan tersebut sememangnya singkatan dan bukannya akronim,[2][1] namun backronym untuk "MOB" seperti "mobile object," "monster or beast," "mere ordinary beast" dan "mean old bastard" juga telah dicipta.

Rujukan

Templat:MUDs