Pétion-Ville
Pétion-Ville ialah sebuah komun dan kawasan suburban di Port-au-Prince, ibu negara Haiti, secara khususnya di kawasan bukit di timur yang terpisah daripada kota itu sendiri yang terletak di di kawasan bukit Massif de la Selle di utara. Ditubuhkan pada 1831 oleh presiden Jean-Pierre Boyer dan dinamakan sempena Alexandre Sabès Pétion (1770-1818), jeneral dan Presiden Haiti yang kemudainnya diangkat sebagai salah satu daripada empat orang pengasas negara. Daerah ini secara amnya merupakan kawasan perumahan dan pelancongan. Tempat ini mempunyai penduduk seramai 283,052 orang berdasarkan banci pada 2003, dan secara rasmi dianggarkan memiliki 376,834 orang pada 2015.[1] Banyak orang diplomat, peniaga asing dan warganegara kaya berniaga dan tinggal di Pétion-Ville.[2] Sungguhpun dengan jarak komun daripada ibu kota dan kemakmuran lazim di daerah ini, kekurangan penguatkuasaan pentadbiran telah menyebabkan terbentuknya kota-kota kecil di pinggir luar daerah tatkala penduduk miskin berpindah dan menetap di sana untuk mencari peluang pekerjaan.
Pétion-Ville | |
---|---|
Komun | |
Koordinat: 18°30′46″N 72°17′11″W / 18.51278°N 72.28639°W 72°17′11″W / 18.51278°N 72.28639°W | |
Negara | Haiti |
Departmen | Ouest |
Arondisemen | Port-au-Prince |
Keluasan | |
• Jumlah | 63.90 batu persegi (165.49 km2) |
Penduduk (Anggaran 2015)[1] | |
• Jumlah | 376,834 |
• Kepadatan | 5,900/batu persegi (2,277/km2) |
Rujukan
Pautan luar
- Panduan pelancongan Pétion-Ville dari Wikivoyage
- (Inggeris) Reuters, "Pétion-Ville atlas of building damage assessment", 2 Mac 2010