Penang F.C.

Kelab bola sepak Malaysia

Kelab Bola Sepak Pulau Pinang (atau hanya dikenali sebagai Pulau Pinang F.C. dan Penang F.C) ialah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpangkalan di George Town, Pulau Pinang, yang bersaing dalam Liga Super Malaysia.

Pulau Pinang F.C
Nama penuhKelab BolaSepak Penang
GelaranHarimau Kumbang (The Panthers)
Diasaskan1920; 104 tahun yang lalu (1920)
StadiumStadium Bandaraya,
George Town, Pulau Pinang
(Kapasiti: 20,000)
PresidenPulau Pinang Dr. Amar Pritpal Abdullah
JurulatihThomas Trucha
LigaLiga Premier Malaysia
2020Juara
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Diasaskan secara tidak rasmi pada 1920, secara rasmi sebagai Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang pada 21 Oktober 1921, kelab ini mewakili negeri Pulau Pinang dalam kejohanan bola sepak. Pasukan ini secara tradisinya memakai kit rumah berwarna biru.

Mereka mempunyai persaingan yang lama dengan Kedah; kedua-dua pasukan dari wilayah utara Malaysia terlibat dalam apa yang secara kolektif dikenali sebagai "Derbi Utara".[1]

Sejarah

Sejarah Awal (1920 - 1950)

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang ( atau hanya dikenali sebagai Penang FA ) adalah sebuah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpangkalan di Georgetown yang bermain dalam Liga Super Malaysia 2016. Secara tidak rasmi Ditubuhkan pada tahun 1920, Secara rasminya Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1921 , kelab ini mewakili negeri Pulau Pinang Pulau Pinang dalam Liga Malaysia. Gelaran Penang FA adalah Harimau Kumbang (The Panthers). Pasukan ini secara tradisi memakai kit berwarna biru (Home) dan putih (Away).Saingan Penang FA adalah Kedah FA yang mana setiap pertemuan diantara kedua-dua pasukan dikenali sebagai Northern Derby. Homegrown Penang FA adlah di Stadium Bandaraya, Georgetown Pulau Pinang yang berkapasiti 20,000 orang.Penang FA mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa utama dalam bola sepak Malaysia di antara tahun 1950-an hingga 1970-an . Penang FA telah memenangi 14 Piala iaitu 3x Juara Divisyen 1/Liga Super, 4x Juara Piala HMS Malaya/Piala Malaysia, 5x Juara Liga FAM, 1x Juara Piala FA dan 1x Juara Piala Sumbangsih.

Pada 21 Oktober 1921 , kelab ini telah diasaskan. Hampir semua perlawanan besar dimainkan di Victoria Green, Kelab Rekreasi Cina. Pertama kali memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun 1934 , tetapi tewas kepada Singapura FA dengan 1-2.

Era Keemasan (1950 - 1970)

Era Keemasan Penang FA bermula pada tahun 1950-an hingga 70-an apabila Penang FA adalah antara pasukan terbaik dalam kancah bola sepak Malaysia.Tahun 1950-an menyaksikan Pulau Pinang menghasilkan pemain seperti Yeap Cheng Eng, Yeang Kah Chong, Tan Swee Hock, Wong Kam Poh , Yap Hin Hean, Liew Bayaran Yuen , Lee Ah Loke , saudara-saudara Pang dan banyak lagi. Sejak awal 1950-an , Aziz Ahmad merupakan penjaring gol terbanyak Penang FA pada tahun 1953 dan 1954. Dia menjaringkan gol kemenangan apabila Penang FA menewaskan Singapura 3-2 pada tahun 1953 yang berlangsung di Ipoh . Penang FA memenangi Piala Malaysia 4x (1953 , 1954, 1958 dan 1974 ) dan 4x Piala FAM (1952 , 1955 , 1956 dan 1957). Buat pertama kali , Penang FA juga menerima khidmat awang import warga Australia dari Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Mereka ialah John kulit , Clive Warren, Vic Probert dan Alan Peacock. Sekitar Lewat 60-an menyaksikan kemunculan anak saudara Aziz, Abdullah Bersaudara iaitu Namat dan Shaharuddin. Shaharuddin adalah pencetak gol prolifik terbanyak pada zaman itu.Penang FA berjaya ke Final Piala Malaysia pada tahun 1968 menentang Selangor namun tewas 8-1. Pada tahun 1974 , Penang FA menyingkirkan Singapura dalam separuh akhir Piala Malaysia untuk bertemu seteru utara Perak pada perlawanan akhir. Namat Abdullah membawa Penang FA dengan kemenangan 2-1 dalam Final Piala Malaysia 1974 dan itu merupakan kejayaan terakhir Penang FA menjulang Piala Malaysia. Penang FA melangkah ke Final Piala Malaysia pada tahun 1977 tetapi mereka tewas kepada Singapura.

Era Liga Semi-Pro (1980 - 1990)

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan Liga Divisyen Satu pada tahun 1982. Penang FA merupakan salah satu ahli pengasas liga. Edisi pertama Liga Divisyen Satu 1982 menyaksikan Penang FA berjaya menjadi Juara Liga Divisyen Satu. Menjadi Naib Juara Divisyen Satu pada tahun 1983. Selepas itu Penang FA gagal memenangi sebarang kejuaraan utama.

Era Kompetitif (Lewat 1990 - Awal 2000)

Zaman kegemilangan datang selepas pasukan itu menghadapi tempoh kemarau kejuaraan selama lebih daripada 15 tahun. Penang FA melangkah ke Final Piala FA buat kali pertama dalam sejarah pasukan pada tahun 1997 dan tewas kepada Selangor. Penang FA bangkit selepas kecewa di Final Piala FA 1997 dengan memenangi kejuara kedua Liga Divisyen Satu 1998. Penang FA gagal mempertahankan kejuaraan apabila mereka sekadar menjadi naib juara Liga Divisyen Satu pada tahun 1999 dan 2000. Penang FA juga tewas kepada Terengganu dalam penentuan penalti selepas terikat dalam Final Piala FA 2000. Selepas dua tahun berturut-turut menjadi naib juara Liga Divisyen Satu, Penang FA berjaya merampas kembali tahta Juara Liga Divisyen Satu pada tahun 2001. Penang FA menempa sejarah memenangi Piala FA buat kali pertama bagi mereka pada tahun 2002. Terima kasih kepada gol yang dijaringkan oleh Gustavo Romero pada minit ke-65 . Pada tahun 2003 Penang FA berjaya merangkul Piala Sumbangsih selepas menewaskan Selangor.

Era Kejatuhan (2003 - 2012)

Pada tahun 2004, Penang FA menduduki tempat kelima daripada 8 dalam liga dan tersingkir pada pusingan kedua Piala FA. Prestasi liga pada tahun 2006 adalah lebih buruk daripada 2005 dengan hanya menduduki tempat keenam. Penang FA memenangi pusingan pertama Piala FA, tetapi mereka gagal untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga. Mereka menjuarai kumpulan dalam Piala Malaysia untuk dua tahun berturut-turut tetapi terkandas di pusingan kedua. Pada tahun 2010, Zaman kejatuhan dalam sejarah Penang FA telah muncul. Skuad Reduan Abdullah hanya mengumpul 10 mata dan menghuni dasar liga. Penang FA telah tersingkir daripada liga utama selepas 18 tahun dalam liga utama bola sepak Malaysia. Penang FA terus merosot dan pada tahun 2011 Penang FA tersingkir ke Liga FAM selepas pasukan itu bergelut di Liga Premier dengan hanya mengumpul 4 ​​mata selepas 22 perlawanan. Janos Krecska telah dilantik sebagai jurulatih pada tahun 2012.

Era Kebangkitan (2013 - )

Legenda Penang FA, Merzagua Abderrazak mengambil alih sebagai Ketua Jurulatih Penang FA pada tahun 2013. Matlamat pasukan itu yang berhasrat untuk melangkah ke Liga Premier tercapai dengan menjuarai Liga FAM pada tahun 2013. Kejuaraan tersebut adalah yang pertama selepas penantian 11 tahun. Merzagua Abderrazzak terpaksa meninggalkan Penang FA kerana dia perlu mendapatkan lesen kejurulatihan A-level di negara asalnya kesinambungan kejurulatihannya.

Penang FA telah melantik K. Devan sebagai ketua jurulatih yang baru. Di bawah bimbingan beliau Penang FA menduduki tempat ketiga dalam Liga Premier dan layak bermain dalam Piala Malaysia selepas 4 tahun. Jacksen F. Tiago telah mengambil alih K. Devan sebagai ketua jurulatih Penang FA pada tahun 2015. Jacksen F. Tiago berjaya membawa Penang FA melangkah ke suku akhir Piala FA selepas 13 tahun tewas kepada Pahang dengan agregat 2-4.Penang FA berjaya menduduki tahta Naib Juara Liga Premier 2015 selepas mengharungi musim 2015 yang sungguh dramatik sehingga ke perlawanan terakhir Liga. Penang FA akan bersaing dalam kelompok elit Liga Super 2016.

Pada 2 Desember 2020, Penang FA diambil alih kepemilikan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh Rajawali Corpora syarikat asal Indonesia dan mengubah nama menjadi Penang FC.

Stadium

Stadium Bandaraya merupakan sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang. Ianya merupakan gelanggang tuan rumah Persatuan Bolasepak Pulau Pinang bagi perlawanan bola sepak, dengan kapasiti 20,000 orang. Antara bangunan stadium lama yang masih digunakan di Malaysia, mula dibina oleh British pada 1932.

Penajaan

TempohPengeluar KitPenaja
2000UmbroPensonic
2001–2003Toray Pen-Group[2]
2004–2005
2006–2007LottoE&O[3]
2008–2009SpecsTM
2010Joma
2011Eutag[4]
2012JomaAllianz University College of Medical Science
2013Media Hiburan[5]
2014–2015UmbroAspen Group[6]
2016Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA)[7]
2017LegeamyPenang[8]
2018PumaKerajaan Negeri Pulau Pinang
2019–2020Stallion

Pencapaian

Domestik

KejohananJuaraNaib Juara
PIALA AFC (ALIFF KATA MENANG)2025(1x)
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super1982, 1998, 2001 (3x)1983, 1999, 2000 (3x)
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Premier2020 (1x)1992, 2015 (2x)
Divisyen 3/Piala FAM1952, 1955, 1956, 1957, 2013 (5x)1961, 1962, 1968 (3x)
Piala Malaysia1953, 1954, 1958 , 1974 (4x)1934, 1941, 1950, 1952, 1962, 1963, 1968, 1969, 1977 (9x)
Piala FA Malaysia2002 (1x)1997, 2000 (2x)
Piala Sumbangsih2003 (1x)

Belia

KejohananJuaraNaib Juara
Piala Presiden20042015

Antarabangsa

KejohananJuaraNaib Juara
Piala Emas Aga Khan(Piala Juara-Juara Asia tidak rasmi)[9]1976

Rekod (1995-kini)

TahunPosisiLigaPiala FAPiala Malaysia
199514/15Liga PerdanaPusingan ke-2Peringkat Kumpulan
19966/15Liga PerdanaPusingan ke-2Peringkat Kumpulan
199711/15Liga PerdanaNaib JuaraTidak layak
1998JuaraPerdana 1Suku AkhirPeringkat Kumpulan
1999Naib JuaraPerdana 1Pusingan ke-2Peringkat Kumpulan
2000Naib JuaraPerdana 1Naib JuaraSuku Akhir
2001JuaraPerdana 1Suku AkhirSuku Akhir
20024/14Perdana 1JuaraSuku Akhir
20036/13Perdana 1Pusingan ke-2Peringkat Kumpulan
20045/8Liga SuperPusingan ke-2Peringkat Kumpulan
20056/8Liga SuperPusingan ke-2Suku Akhir
20066/8Liga SuperSuku AkhirSuku Akhir
200710/13Liga SuperPusingan AwalPeringkat Kumpulan
200812/13Liga SuperPusingan ke-2Peringkat Kumpulan
200912/14Liga SuperPusingan ke-2Peringkat Kumpulan
201014/14Liga SuperPusingan AwalTidak layak
201114/14Liga PremierPusingan AwalTidak layak
20126/9Liga FAMPusingan AwalTidak layak
2013JuaraLiga FAMPusingan ke-2Tidak layak
20143/12Liga PremierPusingan AwalPeringkat Kumpulan
2015Naib JuaraLiga PremierSuku AkhirPeringkat Kumpulan
201610/12Liga SuperPusingan ke-2Tidak layak
201712/12Liga SuperPusingan ke-3Tidak layak
201810/12Liga PremierPusingan ke-3Peringkat Kumpulan
20197/12Liga PremierPusingan ke-3Peringkat Kumpulan
2020Liga Premier

Senarai Pemain

Skuad Utama

Sehingga 11 Mei 2023

Note: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
17DF Rafael Vitor
18FW Marcus Mah
19FW Nurshamil Ghani
20MF Azrie Reza
21DF Ryu Yamaguchi
22GK Ramadhan Hamid
23DF Zharif Desa
25GK Hazrull Hafiz
28MF Ousmane Fane
30FW Nurfais Johari
33DF Azmi Muslim
44DF Ryuji Utomo
55MF Afif Azman
88DF M. Yoges
99FW Sheridden Boboev

Skuad Pembangunan

Skuad Piala Presiden (B21)

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
16MF Mohd Fareza Amar Khasim
17DF Tunku Noor Hidayat Tunku Ishak
18DF Muhd Muslim Kamaruddin
19FW J. Kaviarasan
20MF Mohd Ikhmal Ibrahim
21MF Lim Yong Sheng
22GK Mohammad Ikram Hamdan
23MF Muhammad Iqbal bin Muhammad
24MF Som Keat a/l Preseart
25GK Mohd Azrin Roslan
42FW Mohd Ramzee Othman
43MF V. Satheskumar
44FW Muhd Azrul Zulkifli
50GK Muhammad Rahimy Afiq Yaakob

Sumber:[10]

Skuad Piala Belia (B19)

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
14MF Muhammad Aizat Shaharuddin
15MF Muhammad Syahmi Syakir Salim
16MF Muhammad Azam Abdul Halim
17DF Vikneas a/l Ravichandran
18DF Magendran a/l Rajandran
19MF Muhammad Danish Afiq Mohd Desa
20FW Mohd Badrul Amin
21FW Muhammad Helmi Mat Razhi
22GK Muhamad Ariff Razali
23MF Muhammad Fitri Che Hassan
24FW Mohd Faisal Abdul Halim
25GK Muhammad Syafik Noricham

Sumber:[11]Sumber:[12]

Senarai Jurulatih

TahunNama
2001–2003 Irfan Bakti Abu Salim
2003–2004 Yunus Alif
2005 Norizan Bakar
2006–2007 Josef Herel
2008 Mohd Bakar
2008–2009 S. Veloo
2010 Reduan Abdullah
2011 Robert Scully
2011 Ahmad Yusof
2012 Jánós Krécská
2013 Merzagua Abderrazak
2014 K. Devan
2015–2016 Jacksen F. Tiago
2016 Nenad Baćina
2017 Ashley Westwood
2017–2018 Zainal Abidin Hassan
2018–2019 Ahmad Yusoff
2019– Manzoor Azwira Abdul Wahid

Pengurusan Pasukan

Lembaga Pengarah

JawatanNama
Presiden Dr. Amar Pritpal Abdullah
Timbalan Presiden Datuk Abdul Rashid Ismail
Naib Presiden Mohd Azizudin Mohd Shariff
Naib Presiden Lay Hock Peng
Setiausaha Kehormat Dastagir Mohd Yassin
Bendahari Kehormat Jabri Hasan

Barisan Pengurusan

JawatanNama
Pengurus Ong Eng Hua
Penolong Pengurus Saad Hassan
Pegawai Keselamatan Shamsudin Othman
Pegawai Media Tun Mohammad Fadzrul Redza
Pegawai Penyelaras Shamsul Mohd Nor

Barisan Kejurulatihan dan Teknikal

JawatanNama
Jurulatih Manzoor Azwira Abdul Wahid
Penolong Jurulatih 1 Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Penolong Jurulatih 2 Mat Saiful Mohamad
Jurulatih Penjaga Gol Mohd Hisham Jainudin
Jurulatih Kecergasan 1 Rozy Abdul Majid
Jurulatih Kecergasan 2 Faizal Halim
Doktor Pasukan Hardeep Singh Jaginder Singh
Fisioterapi Izzul Naim Jamil
Kitman Moey Kok Hong
Jurulatih B21 Wan Rohaimi Wan Ismail
Jurulatih B19 K. Mahendran

Bekas Pemain

Pemain Luar Negara

  • Carlos Rodriguez Villalba
  • Francisco Kiko Narvaez
  • Merzagua Abderrazak
  • MacPherlin Dudu Omagbemi
  • Michael Fuchker
  • Ito Dan
  • Boris Ovcin
  • Peter Bazic
  • Ján Šafranko
  • Jose Ramirez Barreto
  • Newton de Oliveira
  • Edson Arantes Do Nascimento
  • Mario Cesar da Silva
  • Alex Daniel Cabrera
  • Sasa Brenezac
  • Earl Cochrane
  • Marshall Soper[13]
  • Ballamodou Conde
  • Paul Gaban
  • Viatcheslav Melnikov
  • Geoff Dwyer
  • John Hunter
  • Gustavo Romero
  • Georg Entrovic


 

Pemain Tempatan

  • Abdul Rahim Hassan
  • Kamal Hafizi Abdul Wahab
  • Sabri Abdul Rani
  • R. Suresh Kumar
  • Zambri Ahmad
  • Amirulrahim Abdul Aziz
  • Manzoor Azwira Abdul Wahid
  • Mohd Azahar Abdullah
  • S. Subramaniam
  • Abdul Rahim Ismail
  • Mohd Adnan Yusoff
  • Kamarulzaman Hassan
  • Azlisham Ibrahim
  • Fuad Mat Noor
  • Mogan Ramaiah
  • Amiruldin Abdul Aziz
  • M. Nagaraja
  • Sabri Abdul Rani
  • Nishpal Singh Sandhu
  • Teoh Ter Fu
  • Domi Che Non
  • Wan Hossein Wan Abd Ghani
  • Azuan Othman
  • Asraruddin Putra Omar
 

Pemain Tempatan 1980an

Kelab gabungan

Rujukan

Pautan luar