Permainan berperanan

Rencana ini adalah mengenai permainan berperanan secara keseluruhan. Untuk genre RPG yang berkaitan dengan permainan video, sila lihat permainan video berperanan.

Sebuah permainan berperanan (bahasa Inggeris: role-playing game), seringkali disingkatkan sebagai RPG merupakan sebuah kategori permainan yang mana para pemain mengawal beberapa watak di dalam sebuah latar cereka. Para pemain bertanggungjawab atas peranan yang dimainkan mereka, selalunya di bawah suatu penceritaan yang ditetapkan, sama ada menerusi lakonan terus, membuat pilihan berstruktur ataupun menerusi sebuah pembangunan watak.[1] Tindakan yang dilakukan dalam sebuah permainan berperanan berjaya atau gagal bergantung kepada peraturan dan garis panduan sebuah sistem rasmi.[2]

Sebuah permainan berperanan pen dan kertas.

Bentuknya yang asal, kadang-kala digelar RPG pen dan kertas, dimainkan melalui ucapan, manakala para pemain permainan berperanan lakonan langsung secara fizikalnya melakukan tindakan untuk watak-watak mereka.[3] Dalam kedua-dua bentuk ini, seorang pengatur bergelar game master (GM) selalunya membuat keputusan dalam menyatakan peraturan dan latar yang akan digunakan dan berperanan sebagai seorang pengadil di samping para pemain yang lain memainkan peranan watak masing-masing.[4]

Gamemaster

Suatu ciri biasa dalam kebanyakan RPG ialah kewujudan seseorang yang bergelar gamemaster iaitu man komuniti(secara harfih dalam bahasa Melayu: tuan permainan). Dia merupakan seorang peserta yang memiliki tugas khas untuk memberi latar cereka, menimbang tara tindakan para pemain, dan mengawal pergerakan naratif.[5] Sama ada dalam RPG pen dan kertas mahupun lakonan langsung, GM melakukan tugasan-tugasan tersebut secara terus. Dalam RPG permainan video, kebanyakan fungsi seorang GM dilakukan menerusi enjin permainan video, namun sesetengah RPG permainan video berganda juga membenarkan para peserta untuk memainkan peranan sebagai seorang GM menerusi sebuah antaramuka bergelar GM toolkit, tetapi sesetengah keupayaan tertentu adalah terhad disebabkan teknologi yang sedia ada.[6][7]

Lihat juga

  • Istilah permainan berperanan
  • Konvensyen permainan
  • Garis masa permainan berperanan
  • Senarai artis permainan berperanan
  • Senarai pereka permainan berperanan
  • Senarai penerbit permainan berperanan
  • Senarai permainan berperanan mengikut nama
  • Senarai permainan berperanan mengikut genre
  • Senarai latar kempen
  • Permainan berperanan di Poland
  • Permainan berperanan di Jepun

Nota-nota

Rujukan

Pautan luar