PlayStation 4

Playstation 4 (atau lebih dikenali sebagai PS4) ialah konsol permainan video yang keempat yang dihasilkan oleh Sony Computer Entertainment, sebuah anak syarikat milik penuh Sony. Playstation 4 telah diumumkan oleh Sony di sidang akhbar pada 20 Februari 2013, dan dilancarkan pada 15 November 2013 di bahagian Amerika Utara dan pada 29 November 2013 di bahagian Eropah dan Australia. PS4 adalah konsol permainan video pada generasi kelapan dan bersaing dengan konsol Nintendo Wii U dan Microsoft Xbox One.

Sony Playstation 4
PembangunSony Computer Entertainment
PengilangSony,[1] Foxconn[2]
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kelapan
Ketersediaan runcit
  • Amerika Syarikat 15 November 2013[3]
  • Kesatuan Eropah 29 November 2013[3]
  • Jepun 22 Februari 2014[4]
MediaCakera BluRay, DVD
Sistem pengendalianSistem perisian Playstation 4, FreeBSD 9.2
CPU
  • 8-teras AMD x86-64 Jaguar
  • Cip kedua untuk tugasan disebalik tabir
Muatan storanCakera keras tetap 500GB/1TB (menyokong storan SSD)
Ingatan8GB GDDR5, 256 MB DDR3 RAM (untuk tugas disebalik tabir)
Ketersambungan
  • Wi-Fi 802.11 b/g/n
  • Bluetooth 2.1
  • USB 3.0
  • Ethernet 10/100/1000
PendahuluPlayStation 3
Laman sesawanghttp://playstation.com/ps4/

Konsol ini adalah permainan video khas untuk golongan elit dan kelas atasan. PS4 membolehkan komunikasi interaktif bersama dengan servis dan peranti lain melalui perkhidmatan PlayStation App, direka untuk meningkatkan pengalaman bermain permainan video PS4 menggunakan peranti yang dijana oleh iOS dan Android; PlayStation Now merupakan perkhidmatan storan awan yang menawarkan servis penstriman kandungan permainan video dan Remote Play yang membolehkan pengguna mengaktifkan Playstation 4 dari jarak jauh, dan memainkan menggunakan skrin lain seperti PlayStation Vita atau peranti Sony yang lain.

Sejarah

PlayStation 4 semasa acara E3 2013

Menurut ketua arkitek sistem, Mark Cenry, pembangunan PlayStation 4 telah bermula sejak awal 2008 lagi[5]. Kurang dari dua tahun sebelum itu, PlayStation 3 secara rasminya telah dilancarkan, lebih lewat dari rancangan asal akibat beberapa isu berkaitan pengeluaran unit[6]. Kelewatan itu menyebabkan Sony setahun di belakang Microsoft Xbox 360 yang sudah menghampiri jualan sebanyak 10 juta unit pada masa PlayStation 3 dilancarkan[6]. Ketua Pegawai Eksekutif PlayStation Eropah, Jim Ryan berkata Sony tidak mahu mengulangi kesilapan mereka dengan konsol yang akan datang[7].

Dalam pembangunan rekabentuk sistem pula, Sony bekerjasama dengan pengeluar perisian Bungie, yang menawarkan idea kepada alat pengawal serta bagaimana untuk membolehkan ianya bekerja dengan lebih baik untuk permainan yang berasaskan kepada tembak menembak[8]. Dalam tahun 2012, Sony memulakan penghantaran kit pembangun kepada pembangun permainan video; kit itu terdiri daripada komputer yang diubahsuai yang dijana dengan cip Accelerated Processing Unit dari AMD[9]. Kit pembangun ini dikenali sebagai Orbis[10].

Pada awal tahun 2013, Sony mengumumkan acara yang dikenali sebagai PlayStation Meeting 2013 akan diadakan di bandar New York, Amerika Syarikat pada 20 Februari 2013, yang akan menyentuh mengenai masa depan konsol PlayStation[11][12]. Dalam acara itu juga, Sony secara rasminya telah mengumumkan konsol PlayStation 4[13][14], selain mendedahkan secara terperinci akan spesifikasi konsol ini serta ciri-ciri yang ditawarkan kepada pengguna[13][15]. Sony juga mendedahkan klip video mengenai pembangunan permainan video terbaru serta demonstrasi teknikal[16][17]. Manakala, rekabentuk rasmi konsol PlayStation 4 telah ditayangkan secara rasmi pada bulan Jun 2013 dalam acara Electronic Entertainment Expo (E3 2013). Harga permulaan yang dicadangkan adalah sebanyak $399 di kawasan Amerika Utara, €399 di kawasan Eropah dan £349 di kawasan United Kingdom[18][19].


Komponen

Spesifikasi perkakasan

PlayStation 4 menggunakan pemproses yang dibangunkan oleh AMD dengan kerjasama Sony[20]. Pemproses ini menggabungkan cip mikropemproses dan cip mikropemproses untuk grafik serta beberapa komponen lain seperti memori pengawal dan penyahkod video. Cip mikropemproses mempunyai dua empat-teras modul Jaguar, menjadikan ianya berjumlah 8 x86-64 teras[20][21]. Cip mikropemproses untuk grafik pula mempunyai 18 unit pengkomputeran yang mampu menjana sebanyak 1.84 TFLOP dalam penggunaan maksimum[22]. Memori yang menggunakan GDDR5 pula mampu berjalan pada frekuensi 2.75 GHz iaitu nilai maksimum dan mempunyai jalur lebar memori sebanyak 176 GB/s[22][23][24]. Konsol ini juga mempunyai cip mikropemproses kedua yang mengendalikan tugasan seperti muatturun dan muatnaik serta permainan sosial.

Playstation 4 mempunyai sambungan Wi-Fi dan Ethernet terbina serta dua port USB 3.0. Sambungan untuk PlayStation Camera juga disediakan[22]. Sambungan output termasuklah sambungan HDMI serta sambungan audio S/PDIF[22], namun begitu PS4 tidak mempunyai sambungan output grafik analog[25].

Sistem teras
Cip mikropemproses8-teras AMD x86-64 Jaguar 1.60GHz (utama)

1.84 TFLOPS, AMD Radeon™ (grafik)

RAM8GB GDDR5
RAM video256 MB DDR3 RAM (untuk tugas disebalik tabir)
Grafik dan suara
Palet warna32-bit warna
Resolusi skrin480p, 720p, 1080i, 1080p, 2160P
Saluran audioAMD TrueAudio


Alat pengawal

Alat pengawal DualShock 4

DualShock 4 merupakan alat pengawal yang digunakan untuk konsol PlayStation 4[19]. Alat pengawal ini disambungkan ke konsol menggunakan sambungan Bluetooth[26]. Walaupun alat pengawal DualShock 3 yang digunakan untuk konsol PlayStation 3 menggunakan sambungan Bluetooth, ianya tidak boleh digunakan untuk konsol ini[27]. Alat pengawal DualShock 4 memiliki beberapa ciri-ciri baru seperti pad sesentuh di permukaan alat pengawal serta butang Share. Alat pengawal ini juga menyokong pengesanan pergerakan melalui giroskop dan akselerometer serta kualiti gegaran alat pengawal yang lebih baik[26]. DualShock 4 merupakan alat pengawal rasmi PlayStation pertama yang menyokong penggunaan untuk platform Windows[28].

Alat pengawal ini mempunyai beberapa sambungan output. Sambungan audio stereo menyokong sambungan kepada fon telinga biasa yang membolehkan pengguna mendengar dan bercakap menerusinya[26]. Sambungan mikro-USB, dan audio mono juga disediakan. Alat pengawal boleh dicas menggunakan sambungan mikro-USB, peranti pengecasan khas atau melalui konsol itu sendiri[29].

DualShock 4 mempunyai bar cahaya yang memaparkan warna yang berbeza. Paparan warna menerusi bar cahaya ini mampu membantu pemain memaklumkan mengenai status di dalam permainan seperti apabila nyawa karakter di dalam permainan rendah[29]. Bar warna ini juga boleh berinteraksi dengan kamera yang disambungkan ke konsol untuk menambahbaik pengesanan kamera terhadap pergerakan pemain. Ciri-ciri ini adalah berdasarkan kepada teknologi yang digunakan dalam PlayStation Move. Alat pengawal PlayStation Move yang sedia ada juga boleh digunakan untuk konsol PlayStation 4[26][30].

PlayStation VR

Fail:Playstation VR Headset und Controller (28430730093).jpg
PlayStation VR dan kamera

Pada bulan Mac 2014, Sony mengumumkan PlayStation VR, peranti realiti maya untuk konsol PlayStation 4 yang menawarkan paparan OLED yang dipasang di muka, memiliki resolusi berdefinisi tinggi penuh 1080p serta pemandangan sekeliling sehingga 100 darjah. Peranti ini dijadualkan untuk dipasarkan pada 13 Oktober 2016[31] dengan harga jualan sebanyak £349, lebih rendah daripada peranti realiti maya Oculus Rift dan HTC Vive[32].

Peranti ini memiliki 9 buah lampu LED yang bertindak sebagai penjejak di bahagian depan, yang kemudiannya dikawal oleh PlayStation Camera. Beberapa buah permainan video yang membolehkan pengguna menggunakan peranti ini telah dilancarkan seperti permainan Resident Evil 7[33].


Perisian

Sistem

Sistem operasi yang digunakan dalam konsol PlayStation 4 diberi nama Orbis OS, sistem operasi yang berasaskan kepada FreeBSD 9.0[34][35][36]

Konsol ini secara umumnya tidak memerlukan sambungan Internet untuk bermain, walaupun fungsi tambahan boleh digunakan apabila PlayStation 4 disambung ke Internet[37]. Konsol PlayStation 4 merupakan konsol permainan video pertama yang memiliki pelayar web berteraskan WebKit yang banyak digunakan oleh pelayar web masa kini seperti Google Chrome atau Safari, yang menawarkan fungsi penggunaan HTML5[38].

Konsol ini menggunakan antaramuka grafik yang diberi nama PlayStation Dynamic Menu, yang menampilkan pelbagai skema warna[39]. Konsol ini akan memaparkan identiti pemain, aktiviti terkini serta butiran lain yang perlu dan juga kebolehan untuk mendapatkan trofi dalam PlayStation Network[40]. Untuk log masuk, konsol ini menerima beberapa log masuk yang berlainan serta profil Facebook pemain juga boleh disambungkan kepada akaun PlayStation Network untuk menambah rakan di dalam servis PlayStation 4[41]. PlayStation 4 juga berupaya untuk melakukan tugasan tambahan semasa bermain permainan video seperti membuka pelayar web atau bersembang dengan cara melakukan dwi-sentuh butang PS untuk beralih kepada sesuatu perisian[22].

Multimedia

Sistem PlayStation 4 menyokong penggunaan media Blu-ray dan DVD serta mampu membaca dan memainkan fungsi 3D. Walau bagaimanapun, konsol ini tidak menyokong penggunaan CD[42]. Manakala, terdapat aplikasi terbina dalam konsol ini yang diberi nama Media Player yang boleh digunakan untuk memainkan lagu atau video dari pemacu USB.


Rujukan


Pautan luar