Portal:Geografi

PORTAL GEOGRAFI

Portal Geografi

Bumi

Geografi ialah kajian tentang lokasi, taburan, kekerapan dan interaksi semua unsur penting manusia dan alam sekitar di permukaan Bumi dan apa yang ada di atasnya. Perkataan gegrafi berasal dari("Bumi") dan Dua bidang utama dalam geografi ialah yang menumpukan pada sains bumi, dan geografi manusia yang memfokuskan kepada sains sosial ataupun aspek bukan-fizikal. Moto geografi ialah 'Belajarlah geografi melalui tapak kaki anda'.

Rencana pilihan

Banjaran Alp

Banjaran Alp (Itali: Alpi; Perancis: Alpes; Occitan: Aups/Alps; Jerman: Alpen; Romansh: Alps; Slovene: Alpe) ialah adalah nama untuk satu daripada sistem banjaran gunung di Eropah, daripada Austria dan Slovenia di timur; melalui Itali, Switzerland, Liechtenstein dan Jerman; ke Perancis di barat. Gunung tertinggi dalam pergunungan Alp adalah Mont Blanc pada 4,808 meter (15,774 ka), pada sempadan Italian-French. Semua puncak utama pergunungan Alp boleh dijumpai di senarai pergunungan Alp dan senarai puncak pergunungan Alp mengikut kemasyhuran.

• (Baca lagi...)• Arkib

Gambar pilihan

Pokok-pokok di musim luruh berwarna kilaun oren dilimpahi cahaya matahari

• (Baca lagi ...)• Arkib

Biografi pilihan

Zhang Heng (Cina ringkas: 张衡Cina tradisional: 張衡pinyin: Zhāng HéngWade-Giles: Chang Hêng; 78–139 M) merupakan seorang ahli astronomi, ahli matematik, pencipta, ahli geografi, ahli kartografi, pelukis, pemuisi, bangsawan, dan cendekiawan sastera berbangsa Cina yang berasal dari Nanyang, Henan. Beliau hidup pada Dinasti Han Timur (25–220 M) di negara China. Beliau menerima pendidikan di ibu kota Luoyang dan Chang'an, lalu memulakan kerjaya sebagai kakitangan awam biasa di Nanyang. Lama-kelamaan, beliau menjadi Ketua Ahli Astronomi, Pengawas Ahli Pedati Rasmi, selepas itu Pengiring istana diraja. Pendirian beliau yang tanpa kompromi terhadap isu-isu sejarah dan ketakwiman menyebabkan Zhang dianggap sebagai tokoh penuh kontroversi lalu dihalang daripada menjadi ahli sejarah diraja rasmi. Perbalahan politik beliau dengan sida-sida istana sewaktu pemerintahan Maharaja Shun (p. 125–144) mendorong beliau untuk bersara dari istana utama untuk berkhidmat sebagai pentadbir di Hejian, Hebei. Beliau kembali ke Nanyang buat seketika, sebelum dipanggil semula untuk berkhidmat di ibu kota pada tahun 138. Setahun kemudian, iaitu pada tahun 139, beliau meninggal dunia.

Arkib • (Baca lagi ...)

Tahukah Anda...

  • "... bahawa Delta Danube merupakan delta Eropah terbesar dan paling terpelihara selepas Delta Volga?
  • "... bahawa Tasik Tanganyika merupakan tasik air tawar kedua terbesar dan kedua terdalam di dunia?"
  • "... bahawa empat mata angin utama ditentukan mengikut kutub dan arah putaran Bumi?"
  • "... bahawa Laut Mati merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, dan juga merupakan laut/tasik termasin di dunia?"

Perkara Yang Anda Boleh Bantu

Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan geografi. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan geografi sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.

Penyumbang

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan geografi, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.

Kategori

Wikimedia Berkaitan

Wikibuku Wikikamus Wikiberita Wikipetikan Wikisumber Wikiversity Wikimedia Commons Wikivoyage Wikidata 
BukuKamusBeritaPetikanTeksSumber pelajaranImej dan mediaPanduan kembaraPangkalan data

Portal-portal