Presiden Haiti

Presiden Haiti (Perancis: Président d'Haïti, Kreol Haiti: Prezidan peyi Ayiti) atau gelaran rasminyavPresiden Republik Haiti (Perancis: Président de la République d'Haïti, Kreol Haiti: Prezidan peyi Repiblik Ayiti) merupakan ketua negara Haiti. Kuasa eksekutif di Haiti dibahagikan antara Presiden serta pemerintah yang diketuai oleh Perdana Menteri Haiti.[A133] Presiden Haiti semasa pada 20 Julai 2021 ialah Ariel Henry. Pendahulunya ialah Claude Joseph, yang memegang jawatan pemangku presiden selepas pembunuhan Jovenel Moïse pada 7 Julai, sehingga 20 Julai, apabila dia meletak jawatan.[3]

Presiden Republik Haiti
Président de la
République d'Haïti
Prezidan peyi Repiblik Ayiti
Panji Presiden (Bendera Haiti)
Penyandang
Ariel Henry (pemangku)
sejak 20 Julai 2021
GelaranTuan Yang Terutama[1]
StatusKetua negara
Bidang kuasaHaiti Edit the value on Wikidata
KediamanPalais National
PusatPort-au-Prince, Haiti
Tempoh jawatanLima tahun
Boleh diperbaharui sekali lagi secara tak berturut-turut
Penjawat sulungAlexandre Pétion
Dibentuk17 Februari 1807 (1807-02-17)
PenggantianPerdana Menteri
Gaji250,000 Gourdes sebulan[2]
Tapak webLa Présidence
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Syarat

Kelayakan jawatan Presiden adalah tertakluk pada Bab III Bahagian A (Fasal 134 dan 135) dalam Perlembagaan Haiti 1987.

Presiden dipilih bagi penggal lima tahun melalui pilihan raya. Presiden tidak boleh dipilih dua kali berturut-turut: beliau boleh menjalani penggal kedua hanya setelah selang lima tahun, dan tidak boleh mencalonkan diri bagi penggal ketiga.[A134]

Untuk dipilih sebagai Presiden, calon mesti merupakan:[A135]

  • warganegara Haiti asli dan tidak pernah melepaskan kewarganegaraan itu;
  • telah mencapai usia 35 tahun pada hari pilihan raya;
  • memiliki hak sivil dan politik dan belum dijatuhi hukuman mati;
  • menjadi pemilik hartanah nyata dan mempunyai kediaman di negara ini;
  • menetap di negara ini sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum hari pilihan raya;
  • telah dilepaskan tanggungjawabnya sekiranya sebelumnya ada mengendalikan dana awam.

Rujukan

Lampiran