Pulau Wake

Pulau Wake (bahasa Inggeris: Wake Island) ialah sebuah terumbu karang dengan garis pantai sepanjang 19.3 km yang terletak di Lautan Pasifik bahagian utara. Letaknya 3,700 km di sebelah barat Hawaii dan 2,430 km di sebelah timur Guam. Pulau terbesarnya (juga disebut Pulau Wake) merupakan pusat aktiviti wilayah ini dan memiliki landasan kapal terbang sepanjang 3,000 m. Pulau ini dinamakan bersempena Kapten William Wake, kapten kapal Prince William Henry yang berkunjung pada tahun 1796[1]. Dengan demikian, sebutan pulau ini mengikuti sebutan bahasa Inggeris (wek), bukan wa ke.

Gambar satelit Pulau Wake

Sebagai bahagian Kepulauan Terpencil Minor, Pulau Wake termasuk wilayah yang tidak tergabung (unincorporated territory) yang dikelola oleh Pejabat Urusan Kepulauan, Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat. Garisan Tarikh Antarabangsa terletak di sebelah timur pulau ini, sehingga waktu lebih cepat satu hari dibanding waktu di tanah besar A.S. Pulau ini ditutup kepada umum dan diurus oleh Tentera Udara AS, Tentera Darat AS dan Chugach McKinley, Inc., sebuah perusahaan dalam bidang layanan pengelolaan dan pengoperasian pangkalan awam. Kepemilikan Pulau Wake disengketakan oleh Kepulauan Marshall.

Walaupun secara rasmi disebut sebuah pulau, Wake sebenarnya ialah sebuah terumbu karang yang terdiri daripada tiga pulau (Wake, Wilkes dan Peale) yang mengelilingi sebuah laguna. Penggunaan istilah 'pulau' bermula daripada hasrat Tentera Laut AS semasa Perang Dunia II untuk membezakan Wake daripada terumbu-terumbu lainnya yang telah dikuasai Jepun. Jepun pernah menguasai wilayah ini pada Disember 1941 hingga September 1945.

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno