Wikipedia:Tutorial (versi lama)

(Dilencongkan dari Wikipedia:Tutorial)
Laman Wikipedia ini adalah tidak aktif buat masa ini dan ditinggalkan untuk keminatan sejarah.
Sesebuah laman bersejarah biasanya merupakan sesebuah laman yang tidak lagi diuruskan atau tidak lagi relevan, ataupun sesebuah laman yang konsensusnya tidak jelas. Jika anda hendak memulihkan perbincangan mengenai laman ini, anda harus mencari input yang lebih luas melalui sesebuah forum seperti Kedai Kopi.



Pengenalan Menyunting Memformat Pautan Wikipedia Memetik sumber Laman perbincangan Peringatan Pendaftaran Tamat  

Selamat datang ke Tutorial Wikipedia Bahasa Melayu. Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia yang membenarkan anda untuk menyunting mana-mana rencana yang anda mampu dan mempunyai pengetahuan mengenainya. Siri tutorial ini akan memberi pengetahuan dan kemahiran yang anda perlukan dalam membantu kami membangunkan projek ini.

Setiap seksyen akan membincangkan fungsi berguna program wiki, gaya dan panduan kandungan, maklumat mengenai komuniti Wikipedia, atau polisi/dasar penting Wikipedia.

Walau bagaimanapun, kandungan tutorial hanyalah sekadar pengenalan kepada pengguna baru. Jika anda inginkan maklumat yang lebih lengkap, dalam tutorial ini ada disediakan pautan kepada laman yang mempunyai maklumat yang lebih terperinci mengenai topik-topik yang dibincangkan.

Selain itu, sesetengah seksyen ada menyediakan latihan bagi membolehkan anda mempraktikkan apa yang anda pelajari. Ambillah peluang ini untuk mencuba. Bak kata pepatah Inggeris, practice makes perfect.

Sudah bersedia? Mari kita mulakan!

Nota: Lokasi pautan yang diberi dalam tutorial ini menganggap anda menggunakan bentuk atau kulit laman yang asali (MonoBook). Jika anda sudah log masuk sebagai pengguna berdaftar dan telah menukar tatarajah asal anda, tutorial ini mungkin berada di lokasi yang lain.

Seterusnya: Mari belajar menyunting
🔥 Top keywords: Aliff AzizRuhainiesLaman UtamaBella AstillahProjek: High CouncilPrivate BodyguardMandi wajibKhas:CariKhunsa (siri TV)Diari Ramadhan RafiqueTakdir Itu Milik AkuHafizh Syahrin AbdullahRisteena MunimOktovia ManrosePeristiwa Memali 1985Ayah PinLoca BInna lillahi wa inna ilaihi raji'unPiala FA InggerisNadhir NasarDidi AstillahSenarai Surah Al-QuranPuasa (Islam)Rindu Kasih 2MalaysiaSandrinna MichellePeribahasa MelayuAisyah AzizTentang Hati DiaMierul AimanAmir AhnafJuzKK Super MartMedia sosialWadi (drama)Senarai peribahasa (A–M)Solat tarawihShahrol ShiroManchester United F.C.