Xbox 360

Xbox 360 merupakan konsol permainan video kedua yang dihasilkan oleh Microsoft, dan dimajukan dengan kerjasama dengan IBM, ATI dan SiS. Xbox 360 merupakan pengganti Xbox, dan bersaing dengan PlayStation 3 dan Wii sebagai sebahagian dari generasi ketujuh konsol permainan video.

Microsoft Xbox 360
Versi awal Xbox 360 ketika pelancaran
PembangunMicrosoft
PengilangFlextronics, Wistron, Celestica, Foxconn[1][2]
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketujuh
Ketersediaan runcit
22 November 2005[5]
  • Versi asal
    Amerika Syarikat 22 November 2005
    Kesatuan Eropah 2 Disember 2005
    Jepun 10 Disember 2005
    ColombiaMexico 2 Febuari 2006
    Korea Selatan 24 Februari 2006
    Hong KongSingapuraTaiwan 16 Mac 2006
    Australia 23 Mac 2006
    Chile 7 Julai 2006
    India 25 September 2006
    Afrika Selatan 29 September 2006
    Republik CzechPoland 3 November 2006
    Brazil 1 December 2006
    Rusia 11 Februari 2007
    Peru 25 Februari 2008
    Emiriah Arab Bersatu 28 Oktober 2008
    NigeriaTurki 2009
    Seychelles Musim bunga 2010
  • Versi SAmerika Syarikat 18 Jun 2010
    Australia 1 Julai 2010
    New Zealand 8 Julai 2010
    Kesatuan Eropah 16 Julai 2010
  • Versi E
    Amerika Syarikat 10 Jun 2013[3]
    Kesatuan Eropah 20 Jun 2013[4]
MediaHD DVD, CD, Edaran Internet
CPUPowerPC Tri-Core Xenon berkelajuan 3.2 GHz
Ingatan512 MB GDDR3
Laman sesawanghttp://xbox.com/Xbox360/

Perkhidmatan dalam talian bersepadu Xbox Live yang ditawarkan untuk konsol merupakan perkhidmatan yang ditingkatkan berbanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan untuk konsol Xbox. Ia membolehkan pemain bermain dalam talian dan memuat turut kandungan seperti permainan arked, demo permainan, treler, rancangan TV dan filem. Perkhidmatan ini juga memboleh pengguna menerima kemaskini rasmi yang dikeluarkan oleh Microsoft untuk konsol ini.

Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan menyokong konsol Xbox 360 sehingga tahun 2016[6].


Sejarah

Konsol ini digelar sebagai Xbox Next, Xenon, Xbox 2, Xbox FS atau NextBox semasa dalam proses pembangunan[7], dan dihasilkan pada awal tahun 2003[8]. Pada bulan Februari 2003, projek pembangunan platform perisian untuk konsol Xbox 360 telah dimulakan, dengan Naib Presiden Microsoft iaitu J Allard mengetuai projek ini. Dalam bulan tersebut, Microsoft mengadakan acara khas untuk merekrut 400 orang pembangun bertempat di Bellevue, Washington untuk membangunkan sistem perisian tersebut. Pada 12 Ogos 2003, syarikat elektronik ATI memetrai perjanjian untuk membangunkan cip mikropemproses grafik bagi konsol ini[9]. Cip mikropemproses untuk konsol ini menggunakan cip dari IBM, Xenon, di mana teras bagi cip ini merupakan versi yang telah diubahsuai dari cip mikropemproses yang digunakan dalam konsol PlayStation 3 iaitu Cell[10].

Sebelum pelancaran rasmi konsol ini, Microsoft telah beberapa kali mengeluarkan iklan untuk mempromosi konsol terbaru dari mereka. Laman web OrigenXbox.com telah dilepaskan di Internet, membolehkan pengunjung berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah dari Microsoft[11][12]. Antaranya ialah pengunjung perlu menjawab tiga soalan trivia berkaitan dengan konsol Xbox 360 dan berpeluang untuk memenangi tempahan ke acara pra-pelancaran Xbox 360[13]. Peraduan lain yang ditawarkan dalam laman web ini ialah menjawab soalan berkaitan dengan permainan video Halo 2 dan peraduan mereka cipta ikon avatar Gamertile[12].

Konsol Xbox 360 telah dilancarkan pada 22 November 2005 di Amerika Syarikat dan Kanada; 2 Disember 2005 di Eropah dan 10 Disember 2005 di Jepun. Selepas itu, ia telah dilancarkan di beberapa negara lain seperti Mexico, Brazil, Chile, Colombia, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, India dan Rusia. Konsol ini mencatat sejarah tersendiri apabila ianya merupakan konsol yang paling banyak dilancarkan di beberapa negara dalam masa setahun[14].


Spesifikasi

Perkakasan

Pembangunan cip mikropemproses bermula seawal tahun 2003 apabila syarikat Microsoft dan IBM memetrai perjanjian yang menyaksikan pihak IBM membangunkan cip mikropemproses khas untuk konsol Xbox 360 yang diberi kod nama Waternoose[15]. Cip ini dibangunkan berdasarkan kepada binaan IBM PowerPC. Ketiga-tiga teras yang terdapat dalam cip ini merupakan versi yang telah diubaisuai daripada cip mikropemproses Cell yang digunakan dalam konsol PlayStation 3[16]. Cip ini mampu menjalankan sebanyak 9.6 billion Dot product.

Syarikat elektronik ATI pula membangunkan cip mikropemproses grafik untuk konsol ini. ATI Xenos dibangunkan dengan kod nama "C1", walaupun ramai yang mengaitkan cip Xenos dengan nama R500[17] dan memakan masa hampir 2 tahun untuk disiapkan. Cip ini memakan lengah masa sebanyak 25GB/s dari cip mikropemproses utama[18].

Pada awal pelancaran konsol Xbox 360, ianya dilengkapi dengan pemacu cakera DVD berkelajuan 12x, yang mampu membaca data sebanyak 15.85 MB/s[19]. Pemacu cakera DVD ini pula dibuat oleh syarikat LG dan Toshiba. Bermula pada bulan November 2006, konsol ini dilengkapi dengan pemacu cakera DVD yang dibuat oleh BenQ, yang dipercayai mampu membaca data yang lebih pantas serta kurang bunyi dikeluarkan[20].

Sistem teras
Cip mikropemprosesUtama: PowerPC Tri-Core Xenon berkelajuan 3.2 GHz

Grafik: ATI Xenos berkelajuan 500 MHz

RAM512 MB GDDR3
RAM video512 MB GDDR3 (berkongsi dengan RAM utama)[21]
Grafik dan suara
Palet warna32-bit
Resolusi skrin480i, 480p, 720p, 1080i, 1080p (HD)
Saluran audioDolby Digital 5.1 Surround Sound

Perisian

Xbox 360 Dashboard merupakan nama bagi antaramuka grafik yang digunakan dalam konsol Xbox 360. Ianya terkandung dalam sistem data sebanyak 16MB dan menggunakan memori utama tidak lebih dari 32MB[22]. Kemaskini antaramuka ini boleh didapati dan dimuat turun dari perkhidmatan atas talian Xbox Live dan ianya akan dikemas kini secara automatik ke dalam konsol. Kemaskini Xbox 360 Dashboard juga boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Xbox ke komputer peribadi dan kemudian memindahkan data tersebut ke pemacu mudah alih yang akan dibaca konsol sebelum memulakan proses kemaskini. Antaramuka grafik ini boleh dilancarkan secara automatik apabila konsol ini dihidupkan tanpa memasukkan cakera atau apabila pemacu cakera dibuka dan pengguna boleh memilih sama ada ingin melancarkan secara automatik atau tidak. Versi ringkas antaramuka ini boleh diakses bila-bila masa dengan menekan butang Xbox Guide pada alat pengawal. Versi ringkas ini akan memaparkan ikon avatar pengguna (Gamercard), mesej dari Xbox Live dan senarai rakan.

Dalam acara E3 2008, semsa persembahan dari Microsoft, mereka mengumumkan antaramuka grafik terbaru untuk konsol Xbox 360 yang diberi nama New Xbox Experience (NXE)[23]. Kemaskini antaramuka grafik ini dilakukan bagi memudahkan pengguna bernavigasi dengan menu-menu yang terdapat pada antaramuka grafik konsol ini[23]. Teras bagi NXE ini menggunakan Twist UI yang sebelum ini digunakan pada Windows Media Center dan Zune[24]. Manakala versi ringkas pula mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada antaramuka grafik Dashboard[24]. Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada NXE ialah pengguna boleh menonton filem-filem dan rancangan television berformat 720p yang distrim dari Netflix menerusi Xbox 360. Ciri ini hanya terdapat di kawasan Amerika Syarikat dan Kanada dan pengguna memerlukan langganan Xbox Live Gold serta Netflix Unlimited[25].

Alat pengawal

Butang Xbox Guide serta Back di bahagian kiri dan Start di bahagian kanan.

Alat pengawal Xbox 360 merupakan alat pengawal utama yang digunakan untuk konsol Xbox 360 dan telah diperkenalkan semasa acara E3 tahun 2005. Alat pengawal ini dikeluarkan dalam versi berwayar dan tanpa wayar. Kedua-dua versi alat pengawal ini juga boleh digunakan untuk komputer peribadi yang menjalankan sistem operasi Windows seperti Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8. Alat pengawal versi tanpa wayar dikuasakan oleh sama ada menggunakan bateri kering jenis AA atau pek bateri boleh cas semula. Manakala versi berwayar pula boleh disambungkan ke input USB yang terdapat pada badan konsol.

Alat pengawal standard mempunyai 11 butang digital, dua pengawal kayu ria analog, sebuah pad arah (D-pad) dan 2 butang picu analog. Butang Xbox Guide yang dilabel dengan logo Xbox, Start dan Back terletak di tengah-tengah alat pengawal ini. Butang Xbox Guide digunakan untuk menghidupkan konsol dan alat pengawal serta mengakses menu pada antaramuka grafik pada konsol ini dan ianya dikelilingi dengan lampu cincin yang akan berkelip apabila alat pengawal dalam proses untuk menyambung ke konsol serta memberi notifikasi kepada pengguna.

Pautan luar

Rujukan