R. Jaafar | |
---|---|
Kelahiran | Raja Jaafar bin Raja Aris 1932[1] |
Meninggal dunia | 14 September 1996(1996-09-14) (umur 63–64) Hospital Universiti, Petaling Jaya, Malaysia |
Sebab kematian | Serangan jantung dan penyakit paru-paru berair |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon |
Tahun aktif | 1969–1996 |
Pasangan | Aishah Abdullah |
Raja Jaafar bin Raja Aris atau lebih dikenali sebagi R. Jaafar (1932 – 14 September 1996) merupakan seorang pelawak yang terkenal era 1970-an dan 80-an. Raja Jaafar berasal dari Batu Pahat, Johor memulakan karier seninya sebagai pelakon bangsawan sebelum dikenali ramai memenangi Pertandingan Bakat TV 1975 anjuran RTM bersama rakan baiknya, A. R. Badul[2] di Ipoh, Perak.
Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, beliau berpengalaman menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH), malah pernah ditugaskan di Balai Polis Campbell (kini Balai Polis Dang Wangi) dan Balai Polis Simpang Lelong, Georgetown, selain mengikuti operasi di sempadan Malaysia - Thailand di Kedah.
Kemudian Allahyarham menyertai beberapa kumpulan bangsawan termasuk Dian Bangsawan, Sentosa Opera dan Bintang Timur, yang kemudian membuka laluannya dalam bidang lakonan televisyen dan filem.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1967 | Darma Kesuma | Filem pertama | |
1969 | Keranda Jingga | Kuncu Kedua | |
1971 | Jangan Tinggal Daku | Pembaca Berita | Pelakon tambahan |
1972 | Dang Lenggang | ||
1973 | Satria | Kuncu Kinta | |
1978 | Gila-Gila | Jaafar | |
1979 | Panglima Badol | Kokok | |
Si Badol | Drebar Teksi | ||
1980 | Anak Tunggal | ||
1981 | Sumpah Semerah Padi | Langat | |
Si Luncai | Si Luncai | ||
1983 | Aku Yang Berhormat | ||
Sayang Ibu | |||
1985 | Anak Niat | ||
Bujang Selamat | Pendekar Salim | ||
1986 | Pagar-Pagar Cinta | Mamat | |
1993 | Kekasih Awal Dan Akhir | Yahya | |
1995 | Penyu | Chal | |
1996 | Super Star | ||
Suami, Isteri dan .....? | Filem terakhir |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1989 | Lain Tunang "Eh" Kawin Lain | ||
1993 | Perang Mertua | Ayah Azmi |
R. Jaafar meninggal dunia di Hospital Universiti, Petaling Jaya pada 14 September 1996 akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isterinya, Aishah Abdullah, selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat demam dan batuk yang berpanjangan kira-kira dua bulan sebelum kematiannya.[3][4][5]
Jenazah R Jaafar kemudian dibawa pulang ke Surau Flet Seri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur.[6][7]