Ini adalah senarai buku rekaan yang pernah muncul di sepanjang siri Harry Potter. Buku-buku rekaan ini tidak boleh dikelirukan dengan siri novel ini. Penulis seperti J. K. Rowling, J.R.R. Tolkien dan Susanna Clarke telah menggunakan buku-buku rekaan ini untuk mengayakan lagi latar dunia rekaan mereka.
Di dalam siri Harry Potter , Harry Potter tinggal di dalam dunia sihir di mana sihir adalah perkara biasa. J. K. Rowling telah cuba untuk membuatkan cerita ini untuk lebih sesuai dan mudah untuk dipercayai dengan membekalkan sejarah dan mitologi yang membentuk konteks yang sesuai. Sejarah dan mitologi yang direka ini termasuklah buku dan biografi ahli sihir terkemuka, buku tentang cara menggunakan sihir, membuat posyen dan pelbagai lagi.
Secara umumnya banyak buku yang muncul sepanjang siri Harry Potter ini. Para pelajar di Sekolah Sihir Hogwarts biasanya dilihat sedang belajar, keselaluannya di Perpustakaan Hogwarts atau bilik umum mereka. Watak-watak utama siri Harry Potter ini seperti Harry Potter sendiri dan kawan-kawannya seperti Hermione Granger dan Ronald Weasley sering menggunakan buku-buku rekaan ini untuk membantu mereka menyelesaikan masalah sama ada berkaitan dengan peljaran mereka ataupun kegunaan sendiri; dan Perpusatakaan Hogwarts mempunyai bahagian larangan yang menyimpan sejumlah buku yang agak luarbiasa.
Sesetengah dari nama buku yang disenaraikan ini hanya disebutkan sahaja namun tidak pernah digunakan langsung. Namun, ada juga buku yang sering digunakan untuk pelajaran mereka dan ada juga yang memainkan peranan besar dalam perkembangan plot dan cerita sesetengah novel Harry Potter seperti diari Tom Riddle dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia. Perkara yang perlu diberi perhatian adala abuku ini adalah senarai buku dari novel Harry Potter yang telah diterjemahkan kepada bahasa Malaysia. Selain daripada itu, sesetengah buku itu mempunyai dua nama mungkin kerana kesalahan teknikal penterjemah itu sendiri.
J.K Rowling juga pernah menghasilkan dua buku rekaan ini untuk dijual secara komersial seperti Quidditch Through the Ages (Quidditch Merentas Zaman) dan Fantastic Beasts and Where to Find Them (Haiwan Mengagumkan dan Tempat Haiwan Ini Boleh Ditemui/Binatang Menakjubkan dan Tempat Ditemui/Haiwan Hebat dan Tempat Ditemui), di bawah nom de plume (nama pedengan) masing-masing Kennilworthy Whisp dan Newt Scamander.
Sebuah Biografi mengenai Harry Potter (Tajuk Tidak Diketahui) oleh Rita Skeeter. Satu perempat benar dan tiga perempat lagi mengarut, mengikut J. K. Rowling.
Di Mana Ada Tongkat Sakti, Di situ Ada Kemahuan Hati
Herbalogi/Herbologi
Ensaiklopedia Cendawan Payung
Buku Posyen Paling Mujarab
Ilmu Hitam
Kuasa Ajaib Paling Jahat
Rahsia Ilmu Paling Hitam
Posyen
Antibisa Orang Asia
Posyen Paling Mujarab
Penjagaan Kesihatan
Bantuan Penyembuh
Penyakit Ajaib Yang Biasa
Peramalan
"Alamat Kematian: Apa Yang Harus Dilakukan Apabila Anda Sedar Bahaya Mendatang"
"Bebola Kristal yang Pecah: Apabila Nasib Baik Bertukar Malang"
"Meramal Apa Yang Tidak Dapat Diramal: Melindungi Diri Daripada Kejutan"
Perkembangan Dunia Sihir
Kajian Terkini dalam Perkembangan Terkini Dunia Sihir
Penemuan Penting Sihir Moden
Penilaian Pendidikan Kuasa Ajaib di Eropah
Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam (Bukan buku teks untuk pelajar Hogwarts)
Ilmu Hitam Ditewaskan
Kebangkitan dan Kejatuhan Ilmu Hitam
Kuasa Ajaib Pertahanan Diri Praktikal dan Kegunaanya untuk Melawan Ilmu Hitam
Ringkasan Sumpahan Biasa dan Serangan Balasnya
Sihir Untuk Mempertahankan Diri
Sihir Untuk Orang Disihir
Sihir untuk Keseronokan dan Keuntungan
Helah Kurang Sopan Bagi yang Rumit
Sihir Gila-Gila untuk Ahli Sihir Gila
Sumpahan Asas Bagi Yang sibuk dan Sakit Hati
Sumpahan dan Sumpahan Balas: (Sihirkan Kawan dan Mabukkan Lawan dengan Balasan Dendam Terkini: Kehilangan Rambut, Lembik Kaki, Tersimpul Lidah dan Banyak Lagi) oleh Vindictus Viridan
Sihir Untuk Memasak dan Penjagaan Rumah
Jampi Keju Anda
Jamuan Seminit-Sungguh Ajaib!
Panduan tentang Serangga Perosak Rumah Tangga Gilderoy Lockhart oleh Gilderoy Lockhart
Sihir dalam Memasak
Teori Kuasa Ajaib
Teori Kuasa Ajaib oleh Adalbert Waffling
Tulisan Lambang dan Logogram Ajaib
Lain-Lain
Buku Ketidaklihatan yang Tidak Kelihatan
Kuasa Yang Anda Tahu Anda Miliki dan Apa Yang Harus Anda Lakukan Dengannya Setelah Anda Menyedarinya
Soneta Ahli Sihir (disumpah, mereka yang membacanya akan bercakap dengan menggunakan nada limerik buat sepanjang hayat mereka)
Ejaan Sukuan Spellman
Kisah Beedle Si Pujangga, sebuah buku dongeng yang diberikan kepada Hermione yang kemudiannya diketahui ia mengisahkan tentang objek-objek Azimat Maut. Dalam kehidupan yang sebenar, J.K. Rowling telah menulis tujuh salinan buku tersebut dengan tangan, di mana enam darinya telah diberikan kepada kawan-kawannya dan yang satu lagi telah dilelong untuk kebajikan. Pada anggaran awal, harga buku tersebut boleh mencapai harga sekitar 30,000 £ hingga 50,000 £ Paun Sterling. Namun pada akhirnya, buku itu telah dijual dengan harga $ 1.95 juta dollar Amerika Syarikat.
Diari Tom Riddle
Dua Belas Cara Penyelamat Kegagalan untuk Memikat Perempuan Sihir