Aizat Amdan

penyanyi Malaysia
(Dilencongkan dari Aizat (Akademi Fantasia))

Aizat Amdan (lahir 21 Januari 1989) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima bersama Dafi, Mila Jirin dan Heliza Helmi. Beliau suka mencipta lagu dan lirik. Beliau juga pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. Lagu beliau yang paling popular ialah "Kau Aku" yang menjadi tema untuk drama Merah Putih. Pada tahun 2010 beliau telah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 serta bergelar pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-16 menerusi lagu "Lagu Kita". Beliau merupakan pemenang termuda untuk kedua-dua anugerah itu setakat ini.[1]

Aizat
Aizat ketika Jerayawara Borneo tahun 2011
Kelahiran
Muhammad Aizat bin Amdan

(1989-01-21) 21 Januari 1989 (umur 35)
Nama lainAizat AF (semasa bersama Akademi Fantasia), Aizat, Aizat Amdan, Ai.Z
PekerjaanPenyanyi, pencipta lagu, pelakon
PasanganElyssa Alka Ilias (k. 2022)
Kerjaya muzik
Instrumenvokal, gitar
Tahun aktif2007–kini
Pengkarya berkait
Go Gerila
Laman sesawang
www.aizatamdan.com

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 21 Januari 1989 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima daripada enam beradik, lima lelaki dan seorang perempuan kepada pasangan Amdan Mat Din (1957 – 9 Januari 2019), seorang pesara hakim dan Fina Norhizah Baharu Zaman. Ibu bapanya bercerai ketika Aizat masih kecil.[2]Beliau bersekolah di St.John Institution

Kerjaya

Beliau telah menulis lagu dan menyanyi sejak berusia 12 tahun ketika mula belajar bermain gitar bersama abangnya, Anas. Aizat beraksi di persembahan sekolah dan tampil di pertandingan peringkat sekolah. Beliau menulis lagu "Lagu Kita" ketika menuntut Tingkatan 3, yang kemudiannya dimuatkan dalam album pertama Aizat, Percubaan Pertama.[3]

Setelah tamat pengajian dari sekolah menengah, Aizat menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kelima dan diterima sebagai seorang daripada 12 orang peserta akhir. Beliau menyanyikan lagu "Perpisahan" nyanyian Anuar Zain dan persembahannya dianggap sebagai salah satu persembahan terbaik. Aizat mendapat tempat ke-7.[4]

Pada 7 Julai 2007, beliau dan keluarganya menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE). Dari situ, beliau melancarkan tiga buah album melalui label ini dan telah menganjurkan beberapa konsert di seluruh Semenanjung Malaysia dan Borneo.[5]

Pada 14 September 2011, Aizat bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof telah terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh Muda Negara 2011 yang disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato' Sri Najib Tun Razak bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54.[6] Aizat membuat penampilan khas sebagai Ijoi dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly pada tahun 2012.

Beliau melancarkan EP pertamanya, Legasi pada 27 Mei 2014 dalam format piring hitam. Bagi menyiapkan album ini, beliau terbang ke Jerman untuk mencetak piring hitam ini kerana Malaysia tidak mempunyai kemudiahan mencetak kulit hitam. Legasi memuatkan sebanyak lima buah lagu dengan kolaborasi bersama Yuna Zarai, Zee Avi, Noh Salleh dan Azlan & The Typewriter.[7][8] Bagaimanapun, album ini hanya boleh didapati melalui bidaan dan tidak dijual di pasaran terbuka.[9]

Keluarga

Pada 9 Januari 2019 pukul 1.09 pagi, bapa beliau Datuk Amdan Mat Din yang ketika itu berumur 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur selepas menderita serangan angin ahmar sejak Disember 2017.[10][11][12]

Diskografi

Album studio

EP

Runut bunyi

Single

TahunTajuk LaguAlbum
2008"Sahabat" Percubaan Pertama
"Hanya Kau Yang Mampu"
"Lagu Kita"
2009"Fikirlah"
"Pergi / I Go"OST Talentime
"Kau Aku"OST Merah Putih
2010"Susun Silangkata" Urusan Aizat Amdan
"Erti Hari Ini"
"Sungai Lui"
2011"Di Mana Kan Ku Cari Ganti"
bersama Dayang Nurfaizah,Vince Chong,
Atilia Haron,Stacy, Bunkface, Ning Baizura,
KRU, Shahir Zawawi,Azlan & The Typewriter, Ella
& Jaclyn Victor
Astro Tribute to P. Ramlee
"Perpisahan Ini"
duet bersama kumpulan 1st Edition
1st Edition
"Years From Now" Urusan Aizat Amdan
"Mana Oh Mana"
2012"Jerrypah"Non-album single
"In My Heart"
"Hadiah"
sebagai Go Gerila!
2018"Sampai Ke Hari Tua"
"Harapan Jadi Nyata"
"Hari-Hariku"
duet bersama Intan Serah dan Annabel Michael
OST Gol & Gincu Vol. 2
2019"Angin Lalu"
"Waktu"
2020"Dup Dup" (duet Bunga)
"Ku Mau" (duet bersama Hanin Dhiya)
"Tekad"
2021"Nogga (duet bersama Monoloque)
"The Last Thing"Sebagai Ai.Z.
"Use Me"
2022"Hanya Kita Dua"

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2012Istanbul Aku Datang!IjoiFilem pertama
2013Bola Kampung The MovieMat (suara)

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
TahunKategoriKarya TercalonAlbum / MaterialKeputusan
2009 (AIM16)Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)Lagu KitaPercubaan PertamaMenang
Lagu Pop TerbaikTercalon
Album Pop TerbaikTercalon
2010 (AIM17)Lagu Pop TerbaikPergiOST TalentimeTercalon
2011 (AIM18)Kulit Album TerbaikUrusan Aizat AmdanMenang
Rakaman Album TerbaikTercalon
Lagu Inggeris Tempatan TerbaikYears From NowTercalon
Lagu Pop TerbaikSungai LuiTercalon
Video Muzik TerbaikSusun Silang KataMenang
Album TerbaikTercalon
2013 (AIM20)Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam LaguIn Love With You (bersama Noh Salleh)Tercalon
Video Muzik TerbaikDwihati (bersama Yuna)Tercalon

Anugerah Juara Lagu

Anugerah Juara Lagu (AJL)
TahunLaguAlbumPencipta LaguPenulis LirikKategoriKeputusan
2008 (AJL 23)Lagu KitaPercubaan PertamaAizatAizatBaladaTercalon
2009 (AJL 24)Kau AkuAizatAizatTerbukaTercalon
AizatAizatPersembahan TerbaikMenang
PergiOST TalentimePete TeoAmran OmarTerbukaMenang
Juara Lagu
2011 (AJL 26)Sungai LuiUrusan Aizat AmdanAizat & AnasAizat & AnasTerbukaTercalon

Anugerah Planet Muzik

Anugerah Planet Muzik
TahunKategoriKarya TercalonAlbumKeputusan
2009Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu bagi Artis Baru LelakiHanya Kau Yang MampuPercubaan PertamaMenang
Lagu Malaysia Paling PopularMenang
Artis Lelaki TerbaikTercalon
Album TerbaikTercalon
Artis Malaysia Paling PopularTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
TahunKategoriKeputusan
2008Penyanyi Lelaki PopularTercalon
2009Penyanyi Lelaki PopularMenang
2010Penyanyi Lelaki PopularTercalon
2011Penyanyi Lelaki PopularTercalon
2015Penyanyi Lelaki PopularMenang
2018Penyanyi Lelaki PopularTercalon

Lain-lain

  1. Tempat ke-3 Lagu Terbaik Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009 menerusi lagu "Lagu Kita"
  2. Anugerah Khas Juri sebagai penghibur terbaik Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009

Rujukan

Pautan luar