Bahagian Kuching

bahagian pentadbiran Sarawak

Bahagian Kuching ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia memiliki keluasan sebanyak 4,559.5 kilometer persegi.[1] Ia juga disebut sebagai "Bahagian Pertama" kerana sebagai pusat dan titik permulaan negeri Sarawak moden. Secara rasmi, Bahagian Kuching dipecahkan kepada tiga daerah, Kuching, Bau dan Daerah Lundu dan dua daerah kecil iaitu Daerah Kecil Sematan dan Daerah Kecil Padawan.[2][3]

Bahagian Kuching
Bahagian
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°25′00″N 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°E / 1.41667; 110.08333 110°05′00″E / 1.41667°N 110.08333°E / 1.41667; 110.08333
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
DaerahKuching, Bau, Lundu
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanDewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)
Majlis Perbandaran Padawan (MPP)
Majlis Daerah Bau (MDB)
Majlis Daerah Lundu (MDL)
Pejabat Daerah Kecil Padawan
Pejabat Daerah Kecil Sematan
Keluasan
 • Jumlah4,559.5 km2 (1,760.4 batu persegi)
Aras
40 m (130 ft)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah648,415
 • Kepadatan140/km2 (370/batu persegi)
Demografi
 • EtnikCina (34.2%)
Melayu (29.1%)
Iban (24.5%)
Bidayuh (8.3%)
Lain-lain kaum (3.6%)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Nombor plat kenderaanQK, QA
Laman sesawangkuching.sarawak.gov.my

Pentadbiran

Daerah-daerah dan daerah kecil di Bahagian Kuching keseluruhan terdapat lima. Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Sebelum ini, Daerah Kecil Siburan terletak di bawah Bahagian Kuching tetapi kini ia terletak di bawah seliaan sepenuhnya Daerah Serian. Pada 1 Oktober 2015, merupakan hari bersejarah bagi Daerah Kecil Siburan kerana daerah kecil ini dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Kuching.[4] Tiga daerah serta dua daerah kecil masih kekal di Bahagian Kuching.[3]

Senarai Daerah dan Daerah Kecil di Bahagian Kuching.[5][6]
No.PetaKeluasan (km2)Daerah/Daerah KecilPihak Berkuasa TempatanBandar/Pekan pentadbiranPenduduk (orang)
1
1,812.3Daerah LunduMajlis Daerah LunduLundu23,076
2
884.4Daerah BauMajlis Daerah BauBau83,725
3
1,868.83Daerah KuchingDewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching SelatanKuching518,904
4526.19Daerah Kecil PadawanMajlis Perbandaran Padawan, Pejabat Daerah Kecil PadawanTeng Bukap14,802
5442.5Daerah Kecil SematanPejabat Daerah Kecil SematanSematan7,908

Rujukan

Pautan luar