Caterina Scorsone

Caterina Reminy Scorsone (lahir 16 Oktober 1981)[1] ialah seorang pelakon wanita Kanada. Scorsone terkenal dengan watak lakonan di televisyen. Beliau muncul sebagai pelakom utama dalam siri drama jenayah Lifetime Missing dari 2003 hingga 2006. Beliau muncul sebagai Amelia Shepherd dalam drama kedoktoran ABC Private Practice dan Grey's Anatomy. Scorsone juga tampil dalam beberapa filem televisyen, termasuk Alice (2009).

Caterina Scorsone
Scorsone di majlis tayangan perdana dunia Star Wars: The Force Awakens
Kelahiran
Caterina Reminy Scorsone

(1981-10-16) 16 Oktober 1981 (umur 42)
Toronto, Ontario, Kanada
Pusat pendidikanUniversiti Toronto
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1989–kini
PasanganRob Giles (k. 092020)
Anak-anak3

Kehidupan awal

Scorsone dilahirkan di Toronto, Ontario. Beliau ialah anak ketiga dalam keluarganya. Bapahya, Antonio Bruno Scorsone, ialah pekerja sosial, dan ibunya, Suzanne Rozell Scorsone, ialah ahli antropologi sosial. Beliau berketurunan separa Itali.[2] Empat beradiknya termasuk: kakak kembar sulung (l. 1977)[3] termasuk Francesca, yang berkhidmat sebagai Chaplain di Canadian Forces, menerima pangkat Mejar, dan adik perempuan dan lelaki.[4] Beliau menghadiri Cardinal Carter Academy for the Arts di Toronto di mana beliau berlakon dalam Oklahoma! dan beberapa penerbitan lain, serta sekolah alternatif lain Subway Academy II. Selain itu, beliau menghadiri Sekolah Trinity di Universiti Toronto, menerima ijazah Kajian Sastera dan Falsafah,[5] dan pada 2005, beliau menamatkan pengajian.

Rujukan

Pautan luar