Chak De! India
Chak De! India (Hindi: चक दे इंडिया; Melayu: "Bersemangatlah, India!")[2] ialah sebuah filem sukan Bollywood 2007 yang mengisahkan tentang hoki padang di India. Filem ini diarahkan oleh Shimit Amin, diterbitkan oleh Yash Raj Films, dan dibintangi oleh Shah Rukh Khan sebagai Kabir Khan, bekas kapten pasukan India. Setelah kekalahan India atas pasukan hoki Pakistan, Khan disingkirkan dari pertandingan. Beliau dan ibunya terpaksa keluar dari rumah keluarga mereka kerana jiran tetangga yang mengamuk. Tujuh tahun kemudian ketika berusaha memperbaiki dirinya, Khan menjadi pelatih bagi pasukan hoki wanita dengan gol yang membawa enam belas pemainnya menjadi juara. Setelah itu, Khan memperbaiki reputasinya dan kembali pulang bersama ibunya ke rumah mereka, disambut oleh orang-orang yang telah mengusir mereka sebelumnya.
Chak De! India | |
---|---|
Pengarah | Shimit Amin |
Penulis | Jaideep Sahni |
Dihasilkan oleh | Aditya Chopra Yash Chopra |
Dibintangi | Shah Rukh Khan Vidya Malvade Sagarika Ghatge Chitrashi Rawat Shilpa Shukla Tanya Abrol |
Sinematografi | Sudeep Chatterjee |
Disunting oleh | Amitabh Shukla |
Muzik oleh | Salim Merchant Sulaiman Merchant |
Diedarkan oleh | Yash Raj Films |
Tarikh tayangan | 10 Ogos 2007 |
Masa tayangan | 153 minit |
Negara | India |
Bahasa | Hindi, Inggeris |
Bajet | 24 crore INR [1] |
Pecah panggung | Rs 91.97.00.000 $ 21.505.244[1] |