Dengkil

Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, salah satu mukim dalam daerah Sepang, Selangor yang terletak antara Cyberjaya ke utara dan Salak Tinggi ke selatan. Aktiviti ekonomi di Dengkil semakin berkembang disebabkan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak berdekatan.

Pekan Dengkil
Geografi
StatusMukim
Asal namaDingkil
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Sepang
MukimPekan Dengkil
Keluasan309.5
Dengkil

Pendidikan

Terdapat beberapa buah pusat pendidikan tinggi di Dengkil termasuk sebuah pusat asasi iaitu Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dengkil.[1]

Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang[2] turut berada di Taman Warisan Putra, Dengkil dan menyediakan Sijil Perkhidmatan Logistik.

Kolej Universiti Penerbangan Malaysia yang terletak di Jalan Kajang-Dengkil, Jenderam Hilir menyediakan pendidikan bermula peringkat asasi sehingga ke PhD.

Kemudahan Awam

Terdapat pelbagai kemudahan awam di Dengkil termasuk balai polis[3], pejabat pos, Klinik Kesihatan Dengkil[4], pasar awam dan pusat ibadat.

Kemudahan Sukan

Bukit Unggul Country Club[5] yang terletak di sebelah Kampung Sungai Buah, Dengkil merupakan kelab golf 18 lubang yang turut dilengkapi oleh lapang sasar, restoran, kolam renang, dan spa untuk kemudahan pelawat.

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji