Fahmy Reza

Sheikh Zulfahmy Reza Sheikh Abdul Ghani (lahir 9 Disember 1990) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon bermula dari tahun 2014. Nama beliau semakin dikenali selepas membintangi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu drama Biar Aku Jadi Penunggu dengan memegang watak sebagai Rafaal Haziq.[1]

Fahmy Reza
Kelahiran
Sheikh Zulfahmy Reza bin Sheikh Abdul Ghani

(1990-12-09) 9 Disember 1990 (umur 33)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2014–kini
Terkenal kerana
Ketinggian6 ft 1 in (1.85 m)

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya hiburan pada 2014 di bawah naungan Metrowealth International Group, ketika itu beliau berusia 24 tahun. Hanya pada tahun 2016, beliau menjadi perhatian umum setelah berlakon bersama Alif Satar dan Siti Nordiana dalam drama slot Megadrama Astro Ria Dia Semanis Honey yang mana beliau memegang watak sisi gelap sebagai Naqib.[2]

Nama beliau juga semakin melonjak naik pabila berlakon bersama Ashraf Muslim dan Janna Nick dalam Biar Aku Jadi Penunggu (2016) sebagai Rafaal Haziq di slot Akasia TV3.[3]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2015Banglo BerkunciAdamFilem pertama
Keranda Tok Wan TerbangManager Restoran

Drama

TahunTajukPerananSaluran TV
2016Dia Semanis HoneyNaqibAstro Ria
Si Kolot SuamikuBadrul
Hantu Punya BosAzhamTV3
2017Kerna Syurga Bukan PercumaAimanAstro Oasis
Mencintaimu Mr. PhotographerAkmalAstro Ria
Pembancuh Kopi Mr. VampireMegat BenjaminHypp Tv
Biar Aku Jadi PenungguRafaal HaziqTV3
2018Makmun Yang Paling Aku CintaMustafaHypp Tv
Split tv SeriesAkimAstro Citra
2019Kl MeroyanTinoRTM
2021Masih Ada RinduBadrulTV3
2022Suamiku Lelaki PendosaReza
Seribu NinaSadoViu
2023From Saga With LoveAbang Lan

Telefilem

TahunTajukPerananSaluran TV
2017ObsesHyppTV
Pony Shoes Merah JambuFaris Fitri
2016Abang Sadoku KekwatUstad Lufti
2015Sebenarnya Omputih Itu Isteri AkuMalik
2014Selamat Hari Raya Aidil Dan FitriMamat Gila

Muzik video

TahunTajuk Lagu
2015Ost Suamiku Jatuh Dari Langit
2015David Teo - Kawan Lama

Rujukan

Pautan luar