Man Kadir

pelakon veteran lelaki Malaysia

Abdul Kadir bin Abdul Manaf atau lebih dikenali sebagai Man Kadir (1949 – 7 September 2017) merupakan seorang pelakon dan pelawak lelaki Malaysia yang terkenal dalam siri-siri filem arahan Mamat Khalid.

Man Kadir
Kelahiran
Abdul Kadir bin Abdul Manaf

1949 (1949)
Meninggal dunia7 September 2017(2017-09-07) (umur 67–68)
Pusat Kesihatan Lanchang, Lanchang, Pahang, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Lanchang, Pahang, Malaysia
Nama lainPak Jabit
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1981–2017

Kematian

Pak Jabit meninggal dunia di Lanchang, Pahang kira-kira pukul 7.10 pagi Khamis. Berita kematian itu dimaklumkan oleh anaknya menerusi laman sosial Facebook. Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ngah Kadir dipercayai meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan di Lanchang. Pak Jabit mula terkenal dalam beberapa filem komedi kebanyakannya arahan Mamat Khalid iaitu Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem lain antara Aliff Dalam 7 Dimensi. Nama Pak Jabit itu adalah salah satu wataknya dalam Zombi Kampung Pisang yang ditayangkan di pawagam pada 2007. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Rantau Panjang, Lanchang selepas solat Zohor pada hari Khamis bertarikh 7 September 2017.[1]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1981Bintang PujaanWartawanFilem pertama
1982Langit PetangMat Ekor
2006Man LaksaChe Man MC
2007Zombi Kampung PisangPak Jabit
2010Hantu Kak Limah Balik Rumah
2013Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
2014Zombie Kilang BiskutAbang J
2015Usop Wilcha Meghonjang Makhluk MuziumPak Jabit
2016Aliff Dalam 7 DimensiPak Zain
2020Manap KaraokeTok ImamFilem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
1998Rombongan Che Kiah Ke Sukan Komanwelntv7
2001Mat Nor Kushairi & The Velvet BoysCik Mankadir
200415 PuasaYB
2014Rombongan Cik Kiah Ke Kelana JayaAstro First Eksklusif
201716 PuasaAJKKK Kampung

Rujukan

Pautan luar