Masjid jamik

(Dilencongkan dari Masjid jamek)

Masjid jamik atau masjid jamek (Arab: مَسْجِد جَامِع, masjid jāmi‘, or simply: جَامِع, jāmi‘; Turki: Cami), atau kadang kala disebut masjid besar (Arab: جامع كبير, jāmi‘ kabir; Turki: Ulu Cami), secara umumnya ialah masjid yang mengendalikan sembahyang tengah hari pada hari Jumaat yang dipanggil solat Jumaat.[1] Ia juga boleh mengendalikan solat hari raya dalam keadaan jika tiada dewan solat lain yang boleh mengendalikan solat tersebut. Pada sejarah awal Islam, bilangan masjid dalam satu-satu bandar sangat dihadkan. Seiring dengan perkembangan bandar dan penduduk, sudah menjadi kebiasaan terdapat banyak masjid mengendalikan solat di kawasan yang sama.[2][3]

Sebuah masjid jamek di Johor, Malaysia.

Masjid jamik di Malaysia

Di Malaysia, masjid jamek kebiasaannya ialah nama bagi masjid daerah masing-masing. Terdapat sebuah masjid yang terkenal di ibu negara Kuala Lumpur, Masjid Jamek. Pihak berkuasa negeri-negeri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam negeri-negeri juga memperkenalkan dewan solat khas yang boleh didirikan solat Jumaat, dengan nama Surau Solat Jumaat.[4]

Lihat juga

Rujukan


🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji