Suri Hati Mr. Pilot

Suri Hati Mr. Pilot ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan Hadith Omar. Dibintangi oleh Fattah Amin, dan Neelofa. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 10 Oktober 2016 menggantikan Abang Bomba I Love You. [1]

Suri Hati Mr. Pilot
GenreRomantik
Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna
Ditulis olehFairul Nizam Ablah
Mamu Vies
PengarahHadith Omar
Michael Ang
Pengarah kreatif
Andalusia
Dibintangi oleh
Fattah Amin
Neelofa
Ben Amir
Azar Azmi
Lagu pembukaan"Selamanya Cinta" nyanyian Alif Satar & Shila Amzah
Lagu penutup"Selamanya Cinta" nyanyian Alif Satar & Shila Amzah
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifRichard Lim
Pauline Chin
Michael Ang
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran42 Minit
Isnin - Khamis
(10 malam)
Syarikat penerbitan
Cube Film Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal10 Oktober 2016 – 3 November 2016
Kronologi
MengikutiAbang Bomba I Love You
Diikuti olehAwak Sangat Nakal
Rancangan berkaitan
Suri Hati Mr. Pilot Raya

Suri Hati Mr. Pilot bersambung dalam telefilem Suri Hati Mr. Pilot Raya.[2]

Sinopsis

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Pelakon Kanak - Kanak

Penampilan Khas / Cameo

Muzik dan Runut Bunyi

No.TajukPenyanyiMasa
1."Selamanya Cinta"Shila Amzah & Alif Satar
2."Pantun Budi"Tan Sri SM Salim
3."Wahai Kekasih"Katahati
4."Tak Akan Pernah Jauh"Katahati
5."Redha"Irfan Haris
6."Zhong Jinhua"Alvin Chong
7."Aku Cuma Punya Hati"Mytha Lestari
8."Dari Mata"Jaz
9."Selamat Pengantin Baru"Anita Sarawak
10."Bila"Alif Satar
11."Aku Yang Berdosa"Shahir
12."Patah"Stacy
13."Setia"Kilafairy
14."Hilang"Adira


Anugerah dan Pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerimaKeputusan
2017
Anugerah Throwbaek Drama
Drama ThrowbaekSuri Hati Mr. PilotMenang
Hero ThrowbaekFattah AminMenang
Heroin ThrowbaekNeelofaMenang
Pelakon Paling MembantuAlvin ChongTercalon
Kapel ThrowbaekFattah Amin & NeelofaMenang
OST ThrowbaekShila Amzah, Alif Satar (Selamanya Cinta)Menang
Anugerah MeleTOP Era ke-4
Drama TV MeleTOPSuri Hati Mr. PilotMenang
Pelakon TV MeleTOPFattah AminMenang
NeelofaTercalon
Artis Baru MeleTOPAlvin ChongTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Pelakon TV Lelaki PopularFattah AminMenang
Pelakon TV Wanita PopularNeelofaMenang
Gandingan SerasiFattah Amin & NeelofaMenang
Anugerah Telenovela
Telenovela PopularSuri Hati Mr. PilotMenang
Pelakon Lelaki PopularFattah AminMenang
Pelakon Wanita PopularNeelofaMenang

Rujukan

Pautan luar