Tom Cleverley

Tom Cleverley merupakan seorang pemain bola sepak untuk Watford. Beliau merupakan pemain lepasan akademi Manchester United[1].

Tom Cleverley
Maklumat peribadi
Nama penuhThomas William Cleverley
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Watford
Nombor8
Kerjaya remaja
1998–2000Bradford City
2000–2009Manchester United
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2008–2015Manchester United55(3)
2009Leicester City (pinjam)15(2)
2009–2010Watford (pinjam)33(11)
2010–2011Wigan Athletic (pinjam)25(4)
2014–2015Aston Villa (pinjam)31(3)
2015–2017Everton32(2)
2017Watford (pinjam)17(0)
2017–Watford46(3)
Pasukan kebangsaan
2009England B201(2)
2009–2011England B2116(0)
2012Great Britain5(0)
2012–2013England13(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 00:39, 26 Jun 2019 (UTC)

Karier

Tom Cleverley dilatih di akademi Manchester United dan menunjukkan peningkatan sehingga dipilih untuk calon pemain simpanan terbaik untuk musim 2007/2008. Beliau pertama kali dipanggil untuk skuad utama ke Afrika Selatan untuk kejohanan Vodacom Challenge pada 2008. Dalam kejohanan itu, dia berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan bukan kompetitif pertamanya. Beberapa minggu kemudian, dia diserapkan ke dalam skuad utama dan diberikan jersi nombor 37.

Kehidupan peribadi

Beliau menjalinkan hubungan dengan Georgina Dorsett, seorang selebriti bermula pada tahun 2012. Pada 7 Jun 2013, mereka dikurniakan cahaya mata dinamakan Nevaeh Rose.[2]

Rujukan