Wong Sau Ying

pengganas Malaya awal abad ke-20

Wong Sau Ying (juga Wong So-ying, Bahasa Cina: 黃素英pinyin: Huáng Sùyīng,[1] 1901-1925), Wong Sung atau Wong Shang ialah seorang anarkis kelahiran Tanah Melayu.

Beliau menjadi tumpuan kerana keterlibatannya dalam suatu kegiatan pengganasan mengebom Pejabat Pelindung Kaum Cina di Kuala Lumpur pada tahun 1925.[2]

Biografi

Wong ada mengiringi seorang rakan seperjuangannya ke Mak Peng Cho dalam hukuman buang negeri Mak ke tanah China tahun 1923, namun beliau segera kembali ke Tanah Melayu apabila Mak terbunuh dalam suatu serangan pada akhir tahun tersebut.[2]

Pengeboman di Kuala Lumpur

Pada 23 Januari 1925, beliau mengatur suatu rancangan bertujuan membunuh ketua Pelindung Kaum Cina (Chinese Protectorate) iaitu Daniel Richards di pejabatnya di Kuala Lumpur. Beliau menghasilkan sebutir bom buatan sendiri menggunakan bekas oat besi dijanakan bateri yang kemudiannya diletupkan suatu suis dari jauh.[3] Kejadian ini mencederakan diri sendiri, Richards serta seorang kerani Cina.[4][2][3] Beliau berjaya ditangkap tidak lama kemudian, beliau dibicarakan di mahkamah pada 29 Januari masih beranduh di tangannya.[3][5]

Beliau dihukum penjara di Penjara Pudu; namun beliau membunuh diri tidak lama selepas ditahan di sana.[1][6]

Rujukan

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji