Pergi ke kandungan

Kementerian Perpaduan Negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Perpaduan Negara
كمنترين ڤرڤادوان نݢارا
Perpaduan
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1969
Agensi terdahulu
  • Jabatan Perdana Menteri
JenisKerajaan
Ibu pejabatPutrajaya
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha
Laman sesawang
www.perpaduan.gov.my

Kementerian Perpaduan Negara Malaysia merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk selepas portfolio perpaduan nasional dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Portfolio ini mula diperkenalkan pada 1 Julai 1969 dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini diketuai oleh seorang Menteri[1] dan seorang Timbalan Menteri[2].

Sejarahsunting sumber

Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara mula ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai tindak balas daripada peristiwa 13 Mei yang dialami Malaysia. Pada 1972, portfolio ini dinaik taraf menjadi sebuah kementerian penuh yang dinamakan Kementerian Perpaduan Negara.

Pada 1980, portfolio ini diserap semula di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1990. Selepas pilihan raya umum Malaysia 1990, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pula ditubuhkan sehingga 2004.

Pada 2004 hingga 2008, ini diserap semula dalam Jabatan Perdana Menteri. Kemudian, portfolio ini digabungkan dalam kementerian kebudayaan menjadi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Selepas pertukaran Perdana Menteri pada 2009- 2020, portfolio perpaduan diserap semula ke dalam Jabatan Perdana Menteri.

Selepas kemelut politik Malaysia mac 2020, portfolio ini sekali lagi dijadikan sebuah kementerian penuh, iaitu Kementerian Perpaduan Negara.

Agensi dan jabatansunting sumber

  • Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)
  • Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)

Rujukansunting sumber

Lihat jugasunting sumber

🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahPedofiliaLaman UtamaRacun RihannaErysha EmyraKhas:CariTakdir Itu Milik AkuMetilena biruPeribahasa MelayuRuhainiesNoniswaraMuhamad Akmal SalehUndang Luak RembauMK K-CliqueKhas:Perubahan terkiniSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMalang Si PuteriUndang (Negeri Sembilan)Puaka Cuti SemesterInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHari WesakYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarEkosistemFitopemulihanMandi wajibBumiputeraPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaShaza BaeMalaysiaSheriff: Narko IntegritiQistina KhaledPeristiwa 13 MeiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDarurat Tanah MelayuNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimUniversiti Teknologi MARA