Ruhainies

Pelakon wanita Malaysia

Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas (lahir 27 Julai 1992) atau lebih dikenali sebagai Ruhainies ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau mula dikenali ramai menerusi drama bersiri Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang dua watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain. Selain pelakon dan model, Ruhainies juga merupakan seorang pengacara, ahli perniagaan dan jurucakap produk. Beliau merupakan adik kepada pelakon Risteena Munim. Selain itu, wajahnya agak seiras dengan Nora Danish.[4][5]

Ruhainies
Kelahiran
Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas

(1992-07-27) 27 Julai 1992 (umur 31)
Nama lainRuhainies
PendidikanPelancongan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
  • pengacara
  • ahli perniagaan
Tahun aktif2015–kini
Ibu bapa
  • Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa)
  • Che Bunga Salleh (ibu)
Saudara
  • Rahimah Sadrina (kakak)
  • Risteena Munim (kakak)
  • Riesha Sharmin (adik)
  • Nul Aiman (adik)

Kehidupan awal

Ruhainies dilahirkan pada 27 Julai 1992 di Kepala Batas, Pulau Pinang dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Kakaknya, Nur Risteena Munim juga seorang pelakon yang mula mencipta nama menerusi siri drama Playboy Itu Suami Aku, bersama Fattah Amin.[6] Sama seperti kakaknya, Ruhainies juga menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pelancongan.[7]

Kerjaya

Televisyen dan filem

Meskipun baru setahun jagung menceburi dunia lakonan, Ruhainies sudah mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak utama dalam drama Hello, Mr. Perfect! di Slot Akasia TV3, beliau bergandingan bersama Fattah Amin. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Waniey Zakaria dengan tajuk sama.

Sebelum membintangi Hello Mr. Perfect, Ruhainies terlebih dahulu membintangi dalam beberapa telemovie, antaranya ialah Si Montel[8][9] dan Sopeah Jin.

Pada tahun 2016, Ruhainies telah muncul dalam drama Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Ruhainies yang memegang watak utama dalam drama tersebut digandingkan dengan Azrel Ismail sebagai watak utama.

Beliau juga membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip sebagai pelakon utama membawa watak Marlina dan turut sama menjayakan drama ini ialah Ben Amir, Aishah Azman serta barisan pelakon yang lain.

Pada tahun 2017, Ruhainies muncul dalam telefilem bertajuk Katakan Tidak Pada Cinta yang bersiaran di TV2 pada 7 Mac 2017. Ia juga dibintangi oleh Azrel Ismail, Syuk, Fatimah Az-Zahra dan pelakon lain.[10] Pada Jun 2017, beliau muncul dengan drama bertajuk Menantu Bilal yang mula bersiaran pada 2 Jun 2017 di TV3 menggantikkan drama Cucu Tauke Beras. Ia turut dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi, Talha Harith dan banyak lagi.

Di tahun yang sama juga, beliau diberi kepercayaan buat kali pertama untuk mengendalikan program travelog, Secawan Kopi (TV Okey) sebagai pengacara. Penggambaran program tersebut dilakukan hampir di seluruh pelusuk Indonesia.

Dalam tahun 2018, Ruhainies muncul dalam dua siri drama, Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Bella dan Cinta Lemon Madu sebagai Haida serta telefilem Matilahnak sebagai Hannah Delicious.

Beliau muncul dalam dua telefilem, Ustaz Rock dan Ara serta siri drama Bisikan Cinta Ramadan yang ditayangkan pada 2020.[11]

Ruhainies membuat penampilan sulungnya di layar filem pada tahun 2021 menerusi filem romantik keagamaan, Seandainya Kau Ada[12] arahan Chad Rahman dan Fadzil Teh yang diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Kamsiah Abu dengan skrip ditulis oleh Marr Mohamed. Filem ini turut dibintangi oleh Aidit Noh, Fendy Bakry dan Raysha Rizrose. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Rozita. Filem ini ditayangkan pada 29 April 2021 di Astro First. Seterusnya, filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! yang bergenre seram arahan Arjin Uppal turut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Aishah Ilias. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Farah.[13] Filem ini mula ditayangkan pada 7 Julai 2022.

Sebagai duta produk

Pada tahun 2018, Ruhainies telah mengikat kontrak selama setahun sebagai duta produk kecantikan popular Korea Selatan, Guerisson selepas aktor Lee Kwang-soo dan diangkat sebagai duta Guerisson di Malaysia. Beliau merupakan selebriti Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta produk kecantikan popular Korea Selatan.[14][15]

Perniagaan

Ruhainies turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan mengasaskan produk kecantikannya iaitu Ruhainies Rosysecret. Namun, beliau dikatakan sudah memperlahankan pengeluaran dan promosi produk kecantikannya itu.[16] Beliau juga turut mengusahakan produk makanan ringan Canchy yang diasaskannya pada Jun 2021 dan mendapat sambutan yang luar biasa dalam tempoh dua minggu selepas dilancarkan.[17]

Kontroversi

Perang mulut dengan Janna Nick

Pada April 2016, Ruhainies mengecam tindakan pelakon Janna Nick memuat naik video beserta kaspyen yang mencemuh dirinya di akaun Instagram pelakon itu dan menganggapnya sebagai kurang matang.[18] Beliau mengakui terkilan apabila Janna masih ingin memanjangkan isu pergaduhan mereka biarpun dirinya pernah membuat kenyataan secara terbuka kepada media sudah memaafkan kesalahan pelakon itu.[19][20]

"Saya tidak mahu ada lagi salah faham antara kami dan memilih untuk berdamai. Industri hiburan kecil dan tidak mustahil, kami akan disatukan dalam produksi lain nanti. Sedapat mungkin, saya enggan mencari musuh kerana saya di sini untuk bekerja.

"Cuma, saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna (Nick) apabila memuat naik video di akaun Instagramnya untuk memburukkan nama saya. Apa yang pasti, baik Michael Ang sebagai pengarah dan pelakon pengganti saya untuk filem itu mengetahui kebenarannya.

"Ketika ini, saya memilih untuk tidak membalas semula perbuatan Janna itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi. Namun, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan mesej yang dihantar Janna kepada saya apabila tiba masanya kelak,"[18][19]

— Ruhainies mengulas mengenai tindakan pelakon drama Kau Aku Kita semasa ditemuramah oleh Berita Harian.[18][19]

Perselisihan antara Ruhainies dan Janna mula menjadi bualan apabila Janna dikatakan menghasut Michael untuk menyingkirkannya sebagai salah seorang pelakon filem sulung arahannya, Kimchi Untuk Awak yang turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.[18] Salah faham itu bagaimanapun, terlerai apabila Ruhainies memilih untuk berdamai. Namun, tindakan Janna memuat naik video penjelasan Michael itu menghangatkan semula isu berkenaan. Mengukuhkan lagi andaian itu apabila Janna menulis kapsyen yang dianggap memalukannya.[18][19]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2021Seandainya Kau AdaRozitaFilem pertama
2022Roh 100 HariAmy
Musyrik - Api Neraka Menantimu!Farah

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2015Si MontelUnifi TV
Hello, Mr. Perfect!Alya Adriana/Nurul AinTV3
2016Kifarah MistikEpisod: "Panas"
Menantu Ting TongMarsha
Bagaikan Kelip-KelipMarlinaTV9
Jejak KarmilaNonieTV3
2017Menantu BilalNormala
Kisah Dari MekahAstro Oasis
Ketupat Rendang Brownies CoklatTV3Cameo
2018Tak Ada Cinta SepertimuBellaAstro Ria
Cinta Lemon MaduHaidaTV3
20193 Gadis ManisKirinAstro GempakMusim ketiga
Anugerah Cinta AisyahAisyahTV Okey
2020Maaf Tak IndahZilaTV3
Jangan Ambil Kerja TuhanMiaTV2Episod: "Mereka Reka Neraka"
Lelaki Lingkungan CintaDayanaTV3
2021Cukup Derita ItuEllani
Wifi Sebelah RumahMiraDisney+ Hotstar
KanvasKaraTV2
2022Sayang Tak DikenangAyu IzhaniTV3
Puteri ReunionRania
Sorry Naik LoriNadiaIQIYI
2023BintangIrisTV3
Hikayat Pak BelalangPuteriAstro Ceria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2015Sopeah JinAishahTV3
2016KarlisaKarmila
Hello, Mr. Perfect! RayaAlya Adriana/Nurul Ain
Pujaan MalayaLisaTV9
Ayah Tak Pernah Kalah
Bedah Motor
Luna ElviraLuna
Cikgu Dina Pakai PradaCikgu Dina
Menanti AwanTV2
Jatuh Cinta ButaMelissaAstro Ria
2017Katakan Tidak Pada CintaDiyanaTV2
Cik MisiDianaTV9
TopengTV1
Oops Terlajak NikahAstro Citra
2018Ratu Kebaya Masuk USaleha MarkonahTV2
Uniknya CintaTV3
MatilahnakHannah DeliciousAstro Citra
2019Salam ManisManisTV2
2020AraRaudhahTV3
Ustaz RockAmiraTV Okey
2021Diva Dari JakartaEjotAstro Citra
Rumah Di Hujung JalanArissaTV1
Legenda Puteri FeloraPuteri FeloraAstro Ceria

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2016Ketuk-Ketuk RamadanDirinya sendiriTV1Artis jemputan
2017Secawan KopiTV OkeyPengacara
Fan FanatikAstro RiaSebagai peserta; Episod 3
2019Curi-Curi RamadanTV OkeyPengacara
Senang TerhiburTV3Artis Jemputan; Episod 4
Sepahtu Reunion LiveDr. IzzatiAstro WarnaArtis Jemputan; Episod "Esok Belum Tentu Ada"
2020AnneArtis Jemputan; Episod "Bilik 808"
2021Tok KataDirinya sendiriAwesome TVArtis Jemputan; Episod 5
Sembang RawakArtis Jemputan; Episod 2
Senduk Kuali Kak Lina Pom PomTV1Artis Jemputan; Episod 4
Sepahtu Reunion LiveRuhilAstro WarnaArtis Jemputan; Episod "Curang"

Web drama

TahunTajukWatakSaluranCatatan
2017Chor & ChahSitiYouTube

Muzik video

TahunLaguArtis
2015"Sorry-Sorry Sayangku"Nomad
2016"Masih Cinta"Kim Dong Gyun
"Bukan Untukku"Hyper Act
2017"Lebih Sempurna"Syamel

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusanRuj.
2016Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016Antagonis PilihanHello, Mr. Perfect!Menang[21][22]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29Artis Baharu Wanita PopularTercalon
2021Anugerah Drama Sangat 2021Pelakon Antagonis TerbaikMaaf Tak IndahTercalon
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Aktres TV PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar