Takdir Itu Milik Aku
Takdir Itu Milik Aku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Feroz Kader dibintangi oleh Emma Maembong, dan Shaheizy Sam. Siri drama ini memulakan tayangan di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 26 Februari 2024 menggantikan Layang Layang Perkahwinan.[1]
Takdir Itu Milik Aku | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah Semail |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Takdir Itu Milik Aku" - Liza Hanim (Episod 1-19) "Dugaan Takdir Cinta" - Afif Tirmizie & Nikki Palikat (Episod 20-40) |
Lagu penutup | "Takdir Itu Milik Aku" - Liza Hanim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 40 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 Minit |
Syarikat penerbitan | SR One Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 26 Februari 2024 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Layang Layang Perkahwinan |
Laman sesawang |
Sinopsis
Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji. Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.
Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga. Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri ?
Pelakon
Pelakon utama
- Shaheizy Sam sebagai Zarif Adha
- Emma Maembong sebagai Dian Zara
Pelakon pembantu
- Sharifah Husna sebagai Azura
- Liza Abdullah sebagai Datin Munirah
- Mahmud Ali Bashah sebagai Dato Salleh
- Jasmin Hamid sebagai Kamsiah
- Datuk Hajah Fauziah Nawi sebagai Nek Tuk Hasnah
- Ku Faridah sebagai Nek Wan Hamimah
- Mustaqim Bahadon sebagai Arman
- Nasz Sally sebagai Maryam
- Riz Amin sebagai Rahman
- Afzan A. Rahman sebagai Zulkifli
- Shakilla Khoriri sebagai Adira
- Duerra Mitilda sebagai Ellina
- Manan Sulaiman sebagai Dato Halil
- Radhi Khalid sebagai Dollah Kutty
- Lan Zailan sebagai Pak Abbas
- Irfan Zaini sebagai Alando
- Dilla Ahmad sebagai Shima
- Norlie Tamam Idris sebagai Puan Idayu
- Faye Kusairi sebagai Sakinah
- Ainin Batrisya sebagai Laila
Pelakon Kanak-Kanak
- Rayyan Mikail sebagai Mohd Adif