Pertempuran Perimeter Pusan
Peralatan
Umum
Cetak/eksport
Dalam projek lain
Pertempuran Perimeter Pusan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Korea | |||||||
Askar dari Infantri Ke-27 A.S. menunggu serangan Korea Utara di seberang Sungai Naktong dari kedudukan di Perimeter Pusan, 4 September 1950. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Korea Selatan | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Douglas MacArthur Walton Walker Chung Il-Kwon Shin Sung-Mo George Stratemeyer Arthur Dewey Struble | Choi Yong-kun Kim Chaek Kim Ung Kim Mu Chong | ||||||
Unit terlibat | |||||||
Tentera Darat Kelapan U.S. Tentera Udara Kelima A.S. Armada Ketujuh A.S. Tentera Darat ROK Tentera Laut ROK (Main article) | Tentera Darat Rakyat | ||||||
Kekuatan | |||||||
141,808 askar (92,000 kombat)[1] | 98,000 (70,000 kombat)[2] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Korea Selatan: 40,000?+[3] Amerika Syarikat: 4,599 terbunuh 12,058 cedera 2,701 hilang 401 ditawan[4] 60 kereta kebal United Kingdom: 5 terbunuh, 17 cedera India: 1 terbunuh 2 wartawan perang 60,504 jumlah kasualti | 63,590 jumlah kasualti 3,380 ditawan[5] 239 kereta kebal T-34 74 meriam gerak sendiri SU-76 |
Pertempuran Perimeter Pusan adalah pertempuran berskala besar antara tentera Bangsa-Bangsa Bersatu dan Korea Utara yang berlangsung dari 4 Ogos hingga 18 September 1950. Ia merupakan salah satu pertembungan besar yang pertama dalam Perang Korea. Tentera darat PBB berjumlah 140,000 askar, yang berada di ambang kekalahan, telah dikumpulkan untuk membuat pertahanan terakhir menentang serangan tentera darat Korea Utara, dengan kekuatannya 98,000 anggota.
Angkatan PBB, yang berkali-kali dikalahkan oleh Korea Utara, telah dipaksa berundur ke "Perimeter Pusan", iaitu garis pertahanan sepanjang 140-batu (230 km) yang mengelilingi sebuah kawasan di tenggara hujung Semenanjung Korea termasuk pelabuhan Pusan. Askar PBB, yang kebanyakannya terdiri daripada pasukan-pasukan Republik Korea (ROK), Amerika Syarikat dan Komanwel British, melancarkan pertahanan terakhir disekeliling perimeter, menangkis serangan berkali-kali Korea Utara selama enam minggu sewaktu mereka bertempur di sekitar bandaraya Taegu, Masan, dan P'ohang, dan Sungai Naktong. Serangan besar-besaran Korea Utara gagal memaksa tentera PBB berundur jauh dari perimeter, walaupun terdapat dua penyerangan besar pada bulan Ogos dan September.
Tentera Korea Utara, dihalang oleh kekurangan bekalan dan kerugian yang besar, menyerang secara berterusan ke atas pasukan PBB dalam usaha untuk menembusi perimeter dan meruntuhkan garisan. Bagaimanapun, pihak PBB menggunakan pelabuhan itu untuk mengumpulkan kekuatan tentera, kelengkapan, dan logistik, dan tentera laut dan tentera udaranya kekal tidak dicabar oleh Korea Utara semasa pertempuran itu. Selepas enam minggu, pasukan Korea Utara tumbang dan berundur dengan kekalahan selepas pasukan PBB melancarkan satu serangan balas di Inchon pada 15 September. Pertempuran ini menjadi kemaraan paling jauh yang dapat dicapai oleh tentera Korea Utara dalam peperangan, manakala pertempuran seterusnya hanya mampu menghasilkan jalan buntu.
Sumber online
129°02′E / 35.10°N 129.04°E / 35.10; 129.04