Adam Shah

Pelakon lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari Adam Shahz)

Nor Shah Azli Abdol Ghani atau lebih dikenali sebagai Adam Shah juga dikreditkan sebagai Adam Shahz (lahir 6 Febuari 1981) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Ayam dalam siri drama Juvana yang bersiaran di TV3.[1]

Adam Shah
Kelahiran
Nor Shah Azli bin Abdol Ghani

(1981-02-06) 6 Februari 1981 (umur 43)
Nama lainAdam Shahz
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–kini
PasanganFatin Afeefa (k. 2014; c. 2017)
Anak-anak1

Kerjaya lakonan

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2008 menerusi peranan kecil dalam Akademi Polis. Tiga tahun kemudian, beliau memegang watak pesalah juvana bernama Ayam dalam siri drama Juvana yang turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly.

Penampilan filem pertamanya ialah pada 2012 menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan Syafiq Yusof lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani, yang mana beliau melakonkan watak kecil sebagai lelaki misteri. Beliau mengulangi semula watak Ayam lakonannya dalam tiga siri filem Juvana yang ditayangkan pada 2013, 2015 dan 2016.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan pelakon Fatin Afeefa pada 2014 dan dikurniakan seorang anak, pasangan ini memfailkan perceraian pada 2017.[2]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2012SAM: Saya Amat MencintaimuLelaki MisteriFilem pertama, penampilan khas
2013JuvanaAyam
KolumpoGangster 4Penampilan khas
2014Hantu Nan SempitCekeng
Cerita Hantu MalaysiaMansur
2015Romeo KotaZackPenampilan khas
Juvana 2: Terperangkap Dalam KebebasanAyam
2016Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2017Dorm MelatiWanfi
Kanang anak Langkau: The Iban WarriorRenjer Kotap Bin Buang
2018Kalla: Hidup Atau MatiInspektor Rosdi
2019GeranAt
M.O.X: Misi Operasi XJefro
2020Town MallMalik
2021AntaramasaTauhid
2022Air Force The Movie: Selagi BernyawaMejar Hisham Aziz / Slyder TUDM
SeratusPenampilan khas
Zaara
2023Sumpahan SyaitanRay
2024Bisikan Setan
MasterpicisanAkidPos-produksi
TBAPerisikPos-produksi
Geran 2AtDalam perancangan

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008Akademi PolisSarjan ChongTV9Drama pertama
Akukah TanggangTV3
2009Keliwon
2011JuvanaAyamTV3
NilapuraWaris
Cinta ElysaSani
Kasih AliaFarid
2012Dendam SarakitRamdi
2013Rindu Ini Milik DiaWongTVi
AKUZarulTV3
Duri Di HatiRashid
2016Anak Ke-5Mansur
Warden StyloRemyTV2
Mr. Boss Miss StalkerEzhamTV3
Pergilah Air MataIskandarTV1
2017Pembancuh Kopi Mr. VampireSaifulUnifi TV
Cerita Ramadan HazimTV2
Anak Bertuah 2Lokman
Encik Suami Mat Salih CelupFirasTV3
Gerak Khas (Musim 17)TV2Episod: "Aplikasi"
2018Kisah Yang HilangHabibTV3
Legasi Vat 69Sarjan (B) Ahmad Bin SallehTV1
Ramadan dan HamdanJimanTV3
Mawar MurniEddy
Mencari QiblatJiman
Destinasi UkhuwahHasifTV1
2019Strike Back: RevolutionLelaki PolisCinemax1 episod, pelakon sampingan
Syahadat CintaBuyongTV2
Gerak Khas (Musim 19)Episod: "Rintangan"
Rumah Siti KhadijahZulTV3
2021Malaysian Ghost StoriesAzriAstro RiaEpisod: "Nenek Kebayan"
2022Setelah Terlafaznya Akad 2Mus
Cinta Buat DaraRoslanTV3
2023Isteri HalalEncik SyukriAstro Ria
Saya Tunggu AwakDarwishTV1

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2010Sebelum TerlupaIdrisTV3
2013MaruahHijrahTV2
2016Kaki KipasShahTV9
Siti Oh SitiAtanTV1
Calon MenantuKamil
Playboy KantoiBen DanialHyppTV
2017Biarkan Cinta Tersenyum LagiFirdausAstro Ria
Detik BerputarRahmanTV1
Roda CeketengTaibTV2
Cekelat Semanis HoneyShahrulAstro Citra
2018Tahyatul TerakhirTV1
Jodoh Tak Salah AlamatIjoyTV3
Vivi Si PerigiArmanNTV7
2019Kenduri Hari MerdekaAdamTV3
2020Mencari MuhammadTV1
2022Ke Hujung NyawaAliffTV AlHijrah
2023Selendang PutihKhairulTV2
Nak Salam Boleh?TV1
2024Tahyatul AkhirTV2

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2017Kembara 5Dirinya sendiriTVi

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2016Festival Filem Malaysia ke-28Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Juvana 2)Menang

Rujukan

Pautan luar