Ali Rahman

Ali Rahman (1926 – 2008) merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon filem hitam-putih Melayu.[1], [2]

Ali Rahman
Kelahiran
Mohd Ali Abd Rahman

1926
Meninggal dunia17 Mac 2008
Terkenal keranaSumpah Orang Minyak

Ali Rahman memulakan kerjaya di bidang perfileman dengan menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem dan kemudiannya muncul sebagai hero dalam filem Derita arahan L. Krishnan (sekarang bergelar Datuk).

Selepas mendapat kepercayaan pengarah filem ketika itu, Ali Rahman terus membintangi filem-filem keluaran Shaw Malay Film Productions atau Shaw Brothers antaranya filem Aladdin dan Rayuan Sukma.

Selepas penutupan studio Shaw Brothers pada tahun 1967, dia seperti kebanyakan pelakon filem lain dari Singapura telah menyambung semula perjuangan seni di Studio Merdeka, Hulu Klang, Selangor.

Antara filem yang dibintanginya di Studio Merdeka ialah filem Sitora Harimau Jadian, Damak dan Dajal Suchi.

Filemografi

Filem

Diskografi

Lagu

Kehidupan peribadi

Pada 2001, beliau telah menerima Anugerah Pelakon Veteran Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke-15 (FFM 15), yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada majlis yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.[4]

Pada akhir hayatnya Ali Rahman mengidap penyakit kencing manis dan sering masuk ke hospital. Ali Rahman meninggal pada 17 March 2008 pada 11.15 pm. Pengkebumiannya dihadiri oleh Jins Shamsudin.

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Aku Bukan UstazahPedofiliaLaman UtamaRacun RihannaErysha EmyraKhas:CariTakdir Itu Milik AkuMetilena biruPeribahasa MelayuRuhainiesNoniswaraMuhamad Akmal SalehUndang Luak RembauMK K-CliqueKhas:Perubahan terkiniSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMalang Si PuteriUndang (Negeri Sembilan)Puaka Cuti SemesterInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHari WesakYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarEkosistemFitopemulihanMandi wajibBumiputeraPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaShaza BaeMalaysiaSheriff: Narko IntegritiQistina KhaledPeristiwa 13 MeiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDarurat Tanah MelayuNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimUniversiti Teknologi MARA