Anjing penuding besar Münster

baka anjing dari Jerman

Anjing penuding besar Münster,[a] anjing besar Münster, atau münsterländer besar[b] ialah satu baka gundog yang pada asalnya dari rantau Münster di Jerman.[1][2]

Anjing penuding besar Münster
Anjing penuding besar Münster di Jerman
Nama lainAnjing besar Münster
Münsterländer besar
Negara asalJerman
Anjing (Canis lupus familiaris)

Kelab baka pertama diasaskan di Jerman pada tahun 1919 dan baka ini diiktiraf oleh The Kennel Club (United Kingdom) pada tahun 1971.[3]

Baka ini merupakan cabang bagi anjing penuding berbulu panjang Jerman dan diiktiraf secara rasmi sebagai baka terpisah apabila kelab anjing penuding berbulu panjang Jerman memilih untuk menafikan pendaftaran kepada variasi warna hitam dan putih.[2]

Penampilan

Seekor anak anjing penuding besar Münster berusia 10 minggu

Münsterländer besar patut atletik, cerdas, mengagumkan, dan anggun dari segi penampilan. Tubuhnya patut sama panjang dengan ketinggiannya pada paras kelasa. Anjing ini patut berotot tanpa menjadi besar. Gaya jalannya patut gemalai dan anjal.

Saiz

Münsterländer besar patut berukuran setinggi 60–65 cm (24–26 in) pada paras kelasa untuk jantan dan 58–63 cm (23–25 in) untuk betina. Ia patut berukuran seberat hampir-hampir 30 kg (66 lb).

Bulu dan warna

Lapis bulunya berwarna hitam dan putih dengan bulu sederhana panjang. Oleh sebab sifat gen piebald, jumlah hitam dalam corak lapis bulu setiap anjing sangat berbeza-beza, daripada kebanyakannya putih hingga kebanyakannya hitam. Tanda-tanda hadir sebagai tompok hitam padu, dengan bintik hitam atau hitam kemerah-merahan yang mengisi bulu putih dengan takat kepekatan berbeza-beza. Biasanya, kepalanya kebanyakannya hitam dan hujung ekornya berwarna putih, tanpa mengira taburan hitam dan putih dan kemerah-merahan dan bintik pada selebih tubuh.

Münsterländer besar disertakan dalam sebuah kajian penyelidikan genetik dan kesemuanya adalah homozigot untuk alel sp dalam gen MITF yang menyebabkan tompok piebald.[4] Ia juga disertakan dalam beberapa kajian warna lapis bulu lain dan datanya diringkaskan di halaman web bertajuk "Large Munsterlander Coat Color Genetics" ("Genetik Warna Lapis Bulu Münsterländer Besar").[5]

Lapis bulunya padat namun patut kukuh dan licin berkilat.

Sejarah

Potret seekor anjing penuding besar Münster

Münsterländer besar ialah salah satu daripada beberapa baka anjing pemburu serba guna benua. Ia juga merupakan gundog HPR (hunt, point, and retrieve, "buru, tuding, dan kutip"). Walaupun baka ini ialah salah satu baka Jerman terakhir yang mendapat perwakilan rasmi oleh kelab baka berasingan, münsterländer besar diiktiraf sebagai varian warna bagi anjing penuding berbulu panjang Jerman sebelum masa itu. Baka ini pertama kali mendapat pengiktirafan rasmi di Münsterland di Jerman barat laut pada awal tahun 1900-an. Walau bagaimanapun, pelopor münsterländer besar moden dapat dikecam dalam perwakilan seniman tentang adegan perburuan sejak Zaman Pertengahan.[6]

Münsterländer besar diperkenalkan ke Amerika Utara oleh Kurt von Kleist pada tahun 1966. Large Munsterlander Club of North America® diasaskan pada tahun 1977.[7]

Kebolehan di padang

Anjing padang ini mempunyai ciri-ciri ketenangan dan kelembutan dengan kanak-kanak dan menyesuaikan diri dengan baik untuk tinggal di kediaman tuannya. Ciri-ciri serba guna baka ini menyediakan pendamping yang boleh dipercayai untuk semua aspek perburuan.

Perbandingan terkini bagi skor 82 ekor münsterländer besar dengan 104 baka serba guna lain yang dimasukkan dalam ujian-ujian North American Versatile Hunting Dog Association (NAVHDA) menunjukkan bahawa münsterländer besar ialah anjing serba guna dengan perbezaan.[8]

Pada purata, münsterländer besar bekerja dengan lebih rapat dan lebih responsif terhadap pengendali berbanding dengan baka lain, namun naluri penudingan münsterländer besar mematang dengan lebih lewat. Baka ini memaparkan kerjasama lebih besar berbanding dengan baka lain dan tumpuan cemerlang dalam penjejakan dan pengutipan burung buruan lumpuh. Semasa mencari buruan, kebanyakan anjing menempuh jarak 50–150 ela (46–137 m), bergantung pada semak.[9]

Lapis bulu panjang dan tebalnya melindunginya daripada kesejukan dan membolehkannya mencari melalui semak tebal dengan teliti, tetapi akibatnya menjadikannya lebih rentan terhadap gerigis.[1]

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Pautan luar