Mukim Api-Api, Selangor

(Dilencongkan dari Api-api, Kuala Selangor)

Mukim Api-Api ialah sebuah mukim di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.[2] Mukim ini mempunyai penduduk seramai 21,628 orang pada tahun 2010.[1]

Mukim Api-Api
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Selangor
Penubuhan1975
Keluasan
 • Jumlah67.45 km2 (26.04 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah21,628
 • Kepadatan320/km2 (830/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
45xxxx

Sejarah

Mukim Api-Api telah diwartakan pada tahun 1975.[2]

Nama

Mukim ini dinamakan sempena Kampung Api-Api, salah satu kampung yang di dalam pentadbiran mukim ini.

Geografi

Mukim Api-Api di Kuala Selangor.

Mukim Api-Api terletak barat Daerah Kuala Selangor berhadapan dengan Selat Melaka. Ia bersempadan dengan Mukim Kuala Selangor di utara, Mukim Pasangan di timur laut, Mukim Ijok di timur dan Mukim Jeram di selatan. Kebanyakan, tanah di sekitar Mukim Api-Api ialah tanah pamah dan sesuai untuk aktiviti ekonomi setempat.[3] Kawasan mukim ini mempunyai keluasan mencapai 67.45 kilometer persegi dan dibahagikan kepada beberapa buah kampung dan pekan.[3][4]

Demografi

Menurut bancian Malaysia 2010, Mukim Api-Api mempunyai jumlah penduduk seramai 21,628 orang, dengan 11,093 orang adalah lelaki dan 10,535 orang adalah perempuan. Mukim Api-Api mempunyai 5,396 isi rumah yang menduduki 6,769 kediaman. Jumlah penduduk yang berwarganegara Malaysia yang bertetnik Bumiputera ialah sebanyak 10,907 orang manakala jumlah penduduk yang beretnik Cina, India dan lain-lain, masing-masing ialah seramai 3,550 orang, 6,408 orang dan 56 orang. Selain itu, seramai 707 orang bukan berwarganegara Malaysia menetap di Mukim Api-Api.[1][4]

Pentabdiran

Mukim Api-Api dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Husain bin Idris.[5]

Petempatan

Kampung

Kampung-kampung di bawah Mukim Api-Api adalah seperti berikut:

No.JenisNama kampungPenduduk (2016)[6]Luas (hektar)[7]Poskod
1Kampung tradisiKampung Pasir Tuntung5,060415.5145700
2Kampung Assam Jawa31,0001335.0045700
3Kampung Api-Api1,500537.1945700
4Kampung baganKampung Bagan Sungai Buloh/Sasaran60010.9945700

Bandar dan pekan

Terdapat tiga pekan dan satu seksyen bandar di Mukim Api-Api iaitu,

No.JenisNamaKawasan[3]Poskod
1PekanAssam JawaTaman Serindit, Taman Assam Jawa, Kampung Assam Jawa, Taman Merpati, Taman Mulia, Taman Selesa, Taman Harapan, Taman Impian45700
2Bukit RotanSeksyen 2 dan sebahagian Seksyen 1 Bukit Rotan.45700
3Kuala Sungai BulohSebahagian Seksyen 1 dan 2 Pekan Kuala Sungai Buloh.45700
4BandarBandar Kuala SelangorSebahagian Seksyen 20 Kuala Selangor sahaja (Taman Rhu, Taman Mawar Putih, Taman Melawati Jaya, sebahagian Bandar Baru Kuala Selangor dan Taman Bendahara).45700

Lihat juga

Rujukan