Bahagian Limbang

bahagian pentadbiran Sarawak

Bahagian Limbang ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia memiliki keluasan sebanyak 7,788.5 kilometer persegi dan merupakan bahagian terbesar keempat di Sarawak. Secara rasmi, Bahagian Limbang dipecahkan kepada dua daerah, Lawas, dan Limbang dan tiga daerah kecil iaitu Daerah Kecil Nanga Medamit, Daerah Kecil Sundar, dan Daerah Kecil Trusan.[2][3]

Bahagian Limbang
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 4°10′00″N 115°20′00″E / 4.16667°N 115.33333°E / 4.16667; 115.33333 115°20′00″E / 4.16667°N 115.33333°E / 4.16667; 115.33333
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
DaerahLimbang, Lawas
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Limbang (MDLimbang)
Majlis Daerah Lawas (MDLawas)
 • ResidenIr. Ahmad Denney bin Haji Ahmad Fauzi
Keluasan
 • Jumlah7,788.5 km2 (3,007.2 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah84,192
 • Kepadatan11/km2 (28/batu persegi)
Demografi
 • EtnikMelayu (29%)
Lun Bawang (25%)
Iban (16%)
Cina (13%)
Bisaya (11%)
Bidayuh (1%)
Melanau (1%)
Lain-lain (1%)
Rakyat Asing (3)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Nombor plat kenderaanQL
Laman sesawanglimbang.sarawak.gov.my

Pentadbiran

Daerah-daerah dan daerah kecil di Bahagian Limbang keseluruhan terdapat lima. Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Jadual dibawah menunjukkan senarai daerah-daerah dan daerah kecil yang dibawah pentadbiran Bahagian Limbang.

Senarai Daerah dan Daerah Kecil di Bahagian Limbang.[3][4]
No.PetaKeluasan (km2)Daerah/Daerah KecilPihak Berkuasa TempatanPekan pentadbiranPenduduk (orang)
1
Daerah LimbangMajlis Daerah LimbangLimbang39,894
2Daerah Kecil Nanga MedamitPejabat Daerah Kecil Nanga MedamitNanga Medamit7,086
3
Daerah LawasMajlis Daerah LawasLawas26,783
4Daerah Kecil SundarPejabat Daerah Kecil SundarSundar6,261
5Daerah Kecil TrusanPejabat Daerah Kecil TrusanTrusan4,168

Geografi

Bahagian Limbang merupakan bahagian di timur laut negeri Sarawak. Ia juga bersempadan dengan negera jiran, Brunei Darussalam. Daerah Temburong juga berjiran dengan Daerah Limbang dan Daerah Kecil Nanga Medamit di barat dan Daerah Kecil Trusan dan Daerah Kecil Sundar di timur. Daerah Lawas terletak di timur sempedan negeri Sabah, Malaysia.

Politik

ParlimenAhliPartiDUN
P221 LimbangYB Datuk Hasbi HabibollahGPS (PBB)
P222 LawasYB Dato Henry Sum AgongGPS (PBB)

Galeri

Logo rasmi Majlis Daerah Limbang (MDL)

[5]

Rujukan

Pautan luar