Bendera Kristian

Bendera ekumenis dan agama digunakan untuk mewakili agama Kristian.

Bendera Kristian (bahasa Inggeris: Christian Flag) ialah sebuah bendera yang direka khas pada abad ke-20 untuk mewakili semua mazhab-mazhab gereja Kristian seterusnya mewakili agama dan umat Kristian secara keseluruhannya.[1] Bendera ini mula diterimapakai oleh para anggota persatuan gereja Federal Council of Churches di Amerika Syarikat tahun 1942; ia digunakan banyak mazhab-mazhab gereja[2][1] termasuk Anglikanisme,[3] Gereja Baptis,[4] Mennonit,[5] Methodis,[2][6] Moravia,[7] Lutheran,[8] Presbyterian,[8] Quaker,[9] dan gereja Reformed.[10] Ia terutamanya dapat dilihat di benua Afrika dan dua-dua benua Amerika.[11]

Bendera Kristian

Bendera ini terdiri daripada sebidang warna putih melambangkan kesucian diri Yesus Kristus,[12] kanton berwarna biru melambangkan air penyucian diri dan keimanan Yesus[13] dan salib merah melambangkan darah ditumpah Yesus semasa beliau dihukum salib di Golgotha.[14]

Lihat juga

Rujukan