Lutheranisme

Lut[h]eranisme ialah sebuah mazhab atau cabang gereja utama dalam Agama Kristian yang berkait kepada ajaran Martin Luther, seorang agamawan abad ke-16 yang memulakan suatu pergerakan pembaharuan agama sangat berpengaruh melalui penulisan 95 Dalilnya sehingga menyebabkan suatu perpecahan doktrin dalam dunia Kristian.[1]

Gereja ini banyak ditemui dengan jutaan penganut (diberi nama Luteran) di serata dunia.[2] Persekutuan Luteran Sedunia menganggarkan sebanyak leibh 74 juta orang yang berada dalam gereja ini,[3] namun ia tidak mengira gereja-gereja bermazhab ini yang tidak memasuki persekutuan ini secara rasmi mahupun tidak mengiktiraf diri sebagai gereja Luteran.[4] Mazhab gereja ini merupakan agama rasmi di beberapa negara Nordik tertentu iaitu Iceland, Norway, Denmark, Greenland dan Kepulauan Faroe.

Latar belakang

Doktrin

Secara tradisinya, para penganut gereja ini mengiktiraf kitab-kitab Perjanjian Lama dan Baru sahaja sebagai suatu penurunan wahyu yang sebenar serta norma yang diterima dalam ajaran yang disebarkan oleh Yesus Kristus.[5] Kepercayaan para penganut ini didasarkan secara formalnya kepada fahaman bahawa kitab suci sahaja yang dipakai sebagai pedoman untuk amalan dan peraturan (Sola scriptura) - maka ia juga diiktiraf sebagai suatu rujukan utama berkaitan keimanan dan moral penganut kerana ciri inspirasi, kuasa, kejelasan, kecekapan dan kecukupan kandungan yang tertulis dalam kitab-kitab tersebut.[6]

Tritunggal

Para penganut mazhab ini berkepercayaan kepada konsep Tritunggal. Mereka menolak tanggapan bahawa Tuhan Bapa dan Tuhan Anak merupakan "wajah" kepada Tuhan yang sama kerana mereka berdasarkan kepada kitab-kitab Perjanjian Lama dan Baru yang membezakan dua entiti ini secara khusus dan terperinci.[7] Penganut Luteranisme juga percaya bahawa Roh Kudus berasal daripada kedua-dua Tuhan Bapa dan Tuhan Anak.[8]

Pembaptisan

Para Luteran percaya bahawa amalan pembaptisan ialah suatu amalan yang dilihat menyelamatkan (saving work of God)[9] di mana ia dipercayai termaktub dan di oleh Yesus sendiri.[10]

Perjamuan Suci

Orang Luteran percaya bahawa jasad dan darah Yesus itu ada "dalam, bersama dan melalui bentuk" bahan roti dan wain yang diperjamukan kepada sesiapa sahaja yang menjamah kedua-dua bahan ini.[11]

Amalan

Rujukan

Pautan luar