Carole Baskin

Carole Baskin (née Stairs Jones; lahir 6 Jun 1961) ialah seorang aktivis Amerika Syarikat untuk menyokong hak haiwan kucing besar dan juga CEO Big Cat Rescue, pusat perlindungan haiwan bukan untung yang terletak berhampiran Tampa, Florida, Amerika Syarikat.[1][2]

Carole Baskin
Carole Baskin looks to her right side
Baskin pada 2019
Kelahiran
Carole Stairs Jones

(1961-06-06) 6 Jun 1961 (umur 62)
Bexar County, Texas, Amerika Syarikat
Nama lain
  • Carole Murdock
  • Carole Lewis
PekerjaanAktivis hak kebajikan hawian
Terkenal keranaTerlibat dalam siri Tiger King
Pasangan
  • Michael Murdock (k. 1979; c. 1990)
  • Don Lewis (k. 1991; legal d. 2002)
  • Howard Baskin (k. 2004)
Anak-anak1

Nama Baskin menarik perhatian umum ketika beliau muncul dalam siri dokumentari Netflix 2020 Tiger King mengenai pengendali zoo peribadi Oklahoma dengan Joe Exotic. Siri Netflix mengisahkan Baskin dan Joe Exotic, dalam penggambaran pengembaraab mereka secara langsung dengan haiwan eksotik di taman haiwan peribadi Baskin. Selepas siri ini dilancarkan, nama Baskin menjadi tajuk meme internet dan teori konspirasi yang berkaitan dengan kehilangan Don Lewis, suami keduanya.[3]

Kehidupan awal

Carole Stairs Jones dilahirkan pada 6 Jun 1961, di Bexar County, Texas, Amerika Syarikat.[4] Beliau menunjukkan minatnya untuk menjadi penyelamat kucing ketika berusia sembilan tahun, namun beliau tidak memutuskan untuk memulakan kerjaya dalam bidang kedoktoran hewan.[5]

Pada usia 14 tahun, Baskin melaporkan telah diperkosa oleh tiga lelaki yang tinggal di seberang jalan rumahnya, namun beliau mengatakan bahawa beliau tidak mendapat sokongan moral dari keluarganya.[6] Beliau kemudian keluar dari Sekolah Tinggi dan memilih untuk melarikan diri dari rumah dengan pekerja di sekitar rumahnya.[5][7] Baskin kemudian hidup terdampar dan berulang-alik antara Florida dan Bangor, Maine, dan tidur di bawah kereta yang diparkir.[7]

Kerjaya

Pada usia 17 tahun, Lewis bekerja di sebuah pusat beli-belah di Tampa. Untuk mendapatkan wang, membela kucing jalanan;[7] beliau juga mula menyelamatkan bobcat, dan menggunakan llama untuk bisnis perapian rumput.[5][7] Pada Januari 1981, beliau berkahwin dengan suami kedua, Don Lewis, dan terlibat dalam perniagaan hartanah suaminya.[5]

Pada tahun 1992, Carol dan suaminya Don menubuhkan Wildlife on Easy Street, sebuah pusat perlindungan haiwan berhampiran Tampa untuk kucing besar. Beliau menjadi ketua eksekutif, dan pusat itu kemudian dinamakan semula sebagai Big Cat Rescue, tidak lama setelah kehilangan Don Lewis pada tahun 1997.[8][9]

Kini, beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan "The Cat Chat" siniar untuk mempromosikan pelbagai aktivitinya di taman haiwan peribadinya.[10] The New York Times dan The Hollywood Reporter menyebutnya sebagai aktivis hak haiwan.[1][2]

Rujukan

Pautan luar