Cristina Suzanne Stockstill

Pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Cristina Suzanne)

Cristina Suzanne Stockstill (juga dikenali sebagai Cristina atau Crissie; lahir 22 Januari 1985) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan kepada ibu Melayu dan bapa Jerman, Cristina Suzzanne memulakan kerjaya penerbangannya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia dan Qatar Airways, seterusnya memulakan kerjaya lakonannya pada 2006 menerusi filem My Indie Rock Darling. Beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi penglibatannya dalam filem KIL bersempena majlis Anugerah Skrin 2013. Selepas memenangi anugerah tersebut, beliau menyertai 19 delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-56 yang berlangsung di Makau dan The ASEAN International Film Festival And Awards (AIFFA) 2015 .Pada acara Festival Filem Malaysia ke-26, beliau mendapat pengiktirafan Pelakon Harapan Wanita Terbaik.

Cristina Suzanne
Cristina Suzanne sebagai Nina dalam filem CEO (2014).
Kelahiran
Cristina Suzanne Stockstill

(1985-01-22) 22 Januari 1985 (umur 39)
Warganegara
Nama lainKris Cempaka, Crissie
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2003–kini
PasanganM Faiz Zakaria (k. 2018)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 22 Januari 1985 di Johor Bahru, Johor dan merupakan berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Jerman (bapa). Di awal persekolahanya iaitu Convent Johor Bahru. Namun begitu, di penghujung alam persekolahan beliau berpindah, Methodist Girls' School Kuantan Pahang.

Kerjaya

Sejak berusia 18 tahun, beliau mengamalkan sikap berdikari dan hidup bersederhana dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bertugas sebagai penyambut tetamu hotel, pelayan restoran sebelum berkhidmat sebagai seorang pramugari.

Beliau terpilih untuk bekerja sebagai seorang pramugari untuk syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Kerjayanya dalam bidang penerbangan ini telah membuka mata dan fikirannya terhadap banyak perkara seperti menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat.

Babak dalam filem KIL.

Beliau memulakan kariernya sewaktu berlakon untuk telefilem Cermin Pada Bulan hasil arahan Erma Fatima. Sewaktu itu, beliau berumur 19 tahun. Beliau memegang watak sebagai Jay untuk telefilem tersebut. Beliau melibatkan diri dalam program Pilih Kasih 2 kerana didorong oleh ibunya sendiri. Beliau menggunakan nama Cristina Suzanne dalam program realiti tersebut. Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan oleh pengarah, Osman Ali untuk membintangi drama Bicara Hati. Drama ini adalah cetusan daripada novel hasil nukilan Damya Hanna. Untuk memahami watak Zahlia, beliau sendiri membaca novel tersebut untuk mendapatkan personaliti Zahlia.

Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Beto Kusyairy yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi. Beliau telah banyak belajar daripada penuntut jurusan lakonan untuk menambahkan keyakinan diri serta penghayatan ketika berlakon.

Cristina bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Johan As'ari, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Yasmin.[1]

Kehidupan peribadi

Crissie mempunyai banyak hobi, lebih gemar menghabiskan masa dirumah dan di Studio melukis miliknya. Sekiranya tidak terikat dengan pengambaran mahupun sesi fotografi. Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah mendengar lagu, bermain guitar, melukis, membaca dan bersenam.[2][3][4]

Beliau menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihannya, M Faiz Zakaria pada 31 Mac 2018. Cristina berkongsi berita perkahwinnya dengan memuat naik gambar hitam putih bersama suaminya, dengan keterangan gambar ringkas, '310318'. Perkahwinan beliau mengejutkan ramai pihak kerana Cristina tidak pernah berkongsi kisah peribadinya sejak putus tunang dengan seorang ahli perniagaan pada 2013.[5][6][7][8]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2007My Indie Rock DarlingHildaFilem pertama
2013KILZara
2014CEONina
Sejoli: Misi Cantas CintaPenampilan khas
2015JwanitaJulaika
2017Rempit Sampai LangitYati
2018Surf This Love: Gelora Juara[9]Mia
7ujuhYasmin
2020DaulatNadiya Hassan

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2011Dia Bukan MaryamAdik ShafikTV9
Kasih NajihahUmairah
2012Bicara HatiZahliaAstro Prima
Projek Pop The SeriesAlis8TV
Memberku HawaNoraTV3
2014Baby Ana Milik Siapa?Raihana
2015Puteri Bukan Nama SebenarLaila / Puteri
Cinta Nasi AmbengHaniTV1
Silir KasihBellaTV2
Oh My English! Class of 2015Miss NurulAstro TVIQ
Kifarah MistikTV3
2016Cinta 100kgSiti Syuhada
Suami Tanpa CintaAleesyaAstro Ria
2018NafasFazilahntv7
2021Dear CintaNabilaTV3
Budak InternHannaTV9
Mr. MillenniumMastora / Qistina
2023That Cover GirlMalikhaPrime Video

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2006Cermin Pada BulanJayTV3
2012Sentuhan IsabellaMunirahTV2
Kopi dan DiaLiyanaTV9
2014NostalgilaKidAstro First
Mr. IstikharahMasturaTV3
2015Pelangi KitaTV AlHijrah
Ally AkashahKamilaTV9
2016Choral SpeakingShimaTV3
ChalieChalieAstro Citra
2017Segalanya DiaNurainTV1

Teater

TahunTajukWatak
2012Ramlee FestasiIman Yusof

Filem web

TahunTajukWatak
2014KhalilahKhalilah
2015Road To RamleeDeanna
Finding SANDRASandra
SukuLaila

Diskografi

TahunTajuk LaguArtisKomposerOST
2014"Istiqarah Cinta"Cristina Suzanne dan Amyra RosliAidil AF3Mr. Istikharah
"Denganmu"Cristina Suzanne dan FaroukFarouk Roman dan AmyleaBaby Ana Milik Siapa

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahCatatanKeputusan
2011Pilih KasihTempat keempat
2013Best On-Screen Chemistry AwardBeliau telah menerima pencalonan ini bersama Redza Minhat hasil daripada peranan mereka berdua sebagai pelakon utama dalam filem KIL. Anugerah ini dicalonkan oleh pihak Shout! Awards 2013.[10]Tercalon
Hot Chick AwardAnugerah ini diterimanya buat pertama kali pada acara Shout! Awards 2013 tetapi tewas kepada lima pesaing yang lain.[10]Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik FilemBeliau berjaya mengalahkan empat pesaing yang lain dalam kategori yang sama. Beliau telah menerima penganugerahan ini melalui Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam.Menang
2014Pelakon Harapan Wanita TerbaikBeliau menerima anugerah ini melalui acara Festival Filem Malaysia ke-26 yang berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Seremban.[11]Menang
2016Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-28)JwanitaTercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) (Anugerah Skrin 2016)Tercalon

Catatan

Rujukan

Pautan luar