Daler Yusuf

Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad (Uzbek: Daler Yusuf Khamrokulov, Rusia: Далер Юсуф Хамрокулов; lahir 31 Disember 1992) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia berketurunan Uzbekistan.[1] Beliau terkenal dengan drama lakonan beliau termasuk Sebenarnya Omputih itu Isteri Aku, Encik Suami Mat Salih Celup, Tuan Anas Mikael dan Lip Lap Raya.[2][3]

Daler Yusuf
Rusia: далер хамрокулович юсупов
Uzbek: Daler Khamr 'okulovich Yusupov
Kelahiran
Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad

(1992-12-31) 31 Disember 1992 (umur 31)
Pusat pendidikanKolej Antarabangsa Westminster
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2015–kini
PasanganSakinah Burikul (k. 2013)
Anak-anak4

Kerjaya

Daler pertama kali berhijrah ke Malaysia pada 2010 bagi menyambung pelajarannya. Ketika mula berhijrah ke Malaysia, beliau tidak begitu fasih bahasa Melayu. Daler kemudian memotivasikan diri untuk belajar bahasa dan budaya tempatan kerana hubungan ibunya dengan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada usia 19 tahun dan telah menjayakan beberapa iklan termasuk Maxis, Samsung, dan Baskin-Robbins. Beliau dan adiknya Sherzod, yang merupakan model sambilan, mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada tahun 2015.[4][5]

Dalam drama Tuan Anas Mikael, Daler memegang watak sebagai Mika Channarong, seorang lelaki dari Thailand manakala beliau memegang watak Adam dalam Lip Lap Raya. Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Nelydia Senrose dalam Encik Suami Mat Salih Celup yang disiarkan di Slot Dahlia TV3.[6] Beliau berlakon dalam drama Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.

Kerjaya filem Daler bermula pada 2015, beliau berlakon dalam filem seram gabungan Malaysia-Indonesia, Kastil Tua arahan Chiska Doppert, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Andre.

Kehidupan peribadi

Daler lahir di Dushanbe, Tajikistan dari keluarga berdarah kacukan Uzbekistan kepada bapa berbangsa Uzbekistan. Beliau merupakan lulusan dalam Pengurusan Perniagaan di Kolej Antarabangsa Westminster.[7]

Bapanya meninggal dunia pada 4 September 2020 akibat COVID-19.[8]

Kontroversi

Daler juga pernah mengakui bahawa Sherzod Yusuf sebagai adik beliau dan gambar mereka bersama sering dimuatnaik di laman media sosial. Selepas kontroversi Sherzod liat membayar hutang dan melakukan penipuan wang terhadap rakan-rakannya, ramai warga maya yang meminta Daler memberikan komen beliau. Kontroversi timbul apabila Daler membuat pengakuan bahawa Sherzod bukanlah adik beliau tetapi sekadar saudara sesama islam dan senegara.[9] Mereka masih rapat.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2015Kastil TuaAndreChaska DoppertFilem Indonesia
2017Gasing TengkorakKevin KhoiroJose PoernomoFilem Indonesia
2020Mael Totey The MovieRaheemSyahmi SazliPelakon undangan
2021Seandainya Kau AdaDr. AndrewChad Rahman, Fadzil TehFilem Malaysia, pelakon pembantu
2022SeratusFeroz KaderPenampilan khas
Bintang HatikuTeddy Chin

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2015Tuan Anas MikaelMika ChannarongAstro Ria
2016Lip Lap RayaAdamHyppTV
2017Encik Suami Mat Salih CelupIan HadiffTV3
Meh Sandar LagiDr. Syeriff
Titian CintaRayyan Hakim
2018NafasUwaisNTV7
Amira RoseAmirTV3
Jangan Benci CintakuIrwan
Terima Aku SeadanyaPeterNTV7
20193 Gadis ManisQueAstro Gempak
Encik Iman EkspresEncik DamienAstro Ria
Bukan Cinta AkuAidilTV3
Nota Buat CempakaDr. Luqman HarithTV1
2020–2021PotongMat SallehAstro WarnaPenampilan khas
2021Marry Me SenoritaChef RizAstro Ria
The HotelRazul Ilyas
20234 Musim CintaMikaelTV Okey

Web Drama

TahunTajukWatakRangkaian
2022Villa KristalEthanWeTV

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2015Sebenarnya Omputih Itu Isteri AkuHyppTV
2017Selamat Tinggal AidilfitriAstro Prima
Menyusur Erti RinduTV9
2018DM Hati AwakDanialNTV7
2019Bungaku AyuKamilTV2
2022Hajat Buat LaguArik

Videografi

TahunTajukPenyanyi
2015"Jatuh"Daiyan Trisha
"Diam Saja"Bila AF 2015

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2017Perang BibirDirinya sendiriTV9

Rujukan

Pautan luar