Frigat kelas Sachsen

F124 kelas-Sachsen adalah sebuah kelas frigat pertahanan udara terkini dalam Tentera Laut Jerman. Rekabentuk frigat kelas-Sachsen adalah berdasarkan pada F123 Brandenburg dengan ciri-ciri halimunan termaju untuk mengelirukan radar dan penderia bunyi pihak musuh. Kelas ini menggabungkan radar pelbagai fungsi APAR dan jarak jauh SMART-L yang canggih yang diwar-warkan mampu untuk mengesan pesawat dan peluru berpandu halimunan.

Hamburg di Mediterranean pada Mac 2013
Ringkasan kelas
Pembina:
Pengguna:Bendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman
Didahului oleh: Pembinasa kelas-Lütjens
Dirancang:4
Disiapkan:3
Dibatalkan:1
Aktif:3
Ciri-ciri umum
Sesaran:5,800 tan
Panjang:143 m (469 ka)
Lunas:17.44 m (57.2 ka)
Draft:6 m (20 ka)
Jana kuasa:
Halaju:29 knot (54 km/j; 33 mph)
Jarak:4,000 nmi (7,400 km; 4,600 bt)+ pada 18 kn (33 km/j; 21 mph)
Anak kapal:230 anak kapal + 13 krew udara
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • 1x radar pengawasan permukaan dan udara jarak jauh Thales Nederland SMART-L (D band)
  • 1x Thales Nederland APAR air and surface search, tracking and guidance radar (I band)
  • 1x sistem penjejakan dan pengawasan Inframerah jarak jauh IRST Thales Nederland Sirius (dipasang tetapi tidak dilengkapi)
  • 2x radar multi-fungsi STN Atlas 9600-M I/J band ARPA
  • 1x sistem kawalan tembakan elektro-optikal STN Atlas MSP 500
  • 1x sonar haluan STN Atlas DSQS-24B
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • 1x sut ECM FL 1800 S II
  • 6x pelancar Sippican Hycor SRBOC
Persenjataan:
  • 1x meriam dual kegunaan OTO-Melara 76 mm
  • 2x meriam Mauser MLG 27 27 mm
  • 1x MK. 41 VLS Tactical dengan 32 sel untuk 24 buah peluru berpandu permukaan ke udara SM-2 Block IIIA dan 32 buah RIM-162 ESSM (empat buah setiap sel)
  • 2x pelancar RAM dengan 21 buah peluru berpandu permukaan ke udara/CIWS
  • 2x pelancar berkembar empat untuk peluru berpandu anti kapal Harpoon
  • 2x pelancar torpedo EuroTorp MU90 Impact berkembar tiga
Pesawat yang dibawa:2x helikopter Sea Lynx Mk.88A atau 2 buah NH90 yang dilengkapi dengan torpedo, peluru berpandu udara ke permukaan Sea Skua, dan/atau mesingan berat.

Meskipun dikelaskan sebagai sebuah frigat, kemampuannya adalah setara dengan kapal Pembinasa dari segi saiz dan keupayaan yang mana bertujuan untuk mengantikan kapal kelas Lütjens. Ia menyerupai kelas De Zeven Provinciën milik Belanda, di mana kedua-duanya direka berdasarkan sistem peperangan anti udara berdasarkan radar APAR dan SMART-L selain pertahanan kawasan SM-2 Block IIIA dan pertahanan titik dengan peluru berpandu permukaan ke udara Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM).

Kerajaan Jerman telah menganugerahkan kontrak untuk membina tiga buah kapal pada bulan Jun 1996 dengan pilihan kapal keempat yang diberi nama Thüringen, tetapi pilihan untuk kapal keempat ini tidak digunakan. Pada harga €2.1 bilion untuk tiga buah kapal, kelas ini menjadi salah satu program pembinaan kapal termahal untuk Tentera Laut Jerman.

Rekabentuk

Selepas penyatuan Jerman pada tahun 1990 ekoran tamatnya Perang Dingin, Tentera Laut Jerman meneruskan program pembinaan untuk bekas Bundesmarine (Tentera Laut Persekutuan), yang mana menjangkakan sebuah armada berpusatkan pada kapal frigat dan embinasa. Kelas Sachsen merupakan kumpulan frigat kedua yang akan dibina selepas era penyatuan, selepas frigat kelas-Brandenburg dibaringkan pada awal 1990-an. Tiga buah kapal kelas Sachsen telah dipesan untuk mengantikan pembinasa kelas-Lütjens yang telah berusia lebih daripada 30 tahun.[1]


Kapal-kapal dalam kelas

Nombor pennantNameNama panggilanPembinaDibaringkanDilancarkanDiserahkanDitauliahkanTakdir
F219SachsenDRAABlohm + Voss, Hamburg1 Februari 199920 January 200129 November 200231 Disember 2003Aktif
F220HamburgDRABHDW, Kiel1 September 200016 Ogos 2002September 200413 Disember 2004Aktif
F221HessenDRACNordseewerke, Emden14 September 200126 Julai 20037 December 200521 April 2006Aktif
(F222)ThüringenPilihan tidak digunakan

Eksport

Khabar angin timbul pada bulan Julai 2013 bahawa Israel telah bersetuju untuk membeli dua buah kapal pembinasa daripada Jerman pada harga €1 bilion. Ia dikhabarkan adalah kapal kelas-Sachsen.[2][3]

Nota kaki

Rujukan

  • Friedman, Norman (2006). The Naval Institute Guide to World Naval Weapon Systems. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 9781557502629.
  • Osborne, Eric W. (2005). Destroyers: An Illustrated History of Their Impact. Santa Barbara: ABC-CLIO. ISBN 9781851094790.
  • Wertheim, Eric (2007). The Naval Institute Guide to Combat Fleets of the World: Their Ships, Aircraft, and Systems. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 9781591149552.

Pautan luar