Gangguan Keruntuhan Koloni (CCD)

Gangguan keruntuhan koloni (colony collapse disorderCCD) ialah fenomena yang berlaku apabila majoriti lebah pekerja di koloni hilang atau sesat dan meninggalkan seekor ratu, banyak makanan dan hanya seberapa lebah pengasuh untuk menyuap lebah yang belum matang. Walaupun kehilangan sedemikian pernah berlaku dalam sejarah pemeliharaan lebah, dan dikenali dengan pelbagai nama (penyakit menghilang, kerosotan musim bunga, penyakit bulan Mei, kejatuhan musim luruh, dan penyakit pengurangan musim luruh),[1] sindrom ini dinama semula sebagai colony collapse diorder pada tahun 2006[2] bersempena dengan peningkatan besar dalam kehilangan lebah Eropah (Apis mellifera) di Amerika Utara.[3] Pemelihara lebah di Eropah menjumpai fenomena serupa di Belgium, Perancis, Belanda, Greece, Itali, Portugal, dan Sepanyol,[4] Switzerland dan Jerman, walaupun pada tahap yang lebih rendah,[5] dan Dewan Undangan Ireland Utara menerima laporan penurunan sebanyak lebih daripada 50%.[6]

Lebah madu di pintu masuk sarang: Satu sedang mendarat dan satu lagi mengipas sarang.

Gangguan keruntuhan koloni menyebabkan kerugian ekonomi yang besar kerana pelbagai jenis tanaman pertanian di seluruh dunia didebungakan oleh lebah madu Eropah. Menurut Jabatan Perlindungan Pertanian dan Pengguna oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, nilai tanaman global dengan pendebungaan lebah madu dianggarkan hampir $200 bilion pada tahun 2005.[7] Kekurangan lebah di AS telah meningkatkan kos kepada petani yang menyewa lebah untuk perkhidmatan pendebungaan sebanyak 20%.[8]

Dalam enam tahun menjelang 2013, lebih daripada 10 juta sarang lebah telah mati, akibat CCD, hampir dua kali ganda kadar kerugian biasa. Untuk memahami perspektif ini, menurut data PMP PBB, stok sarang lebah dunia meningkat dari ~50 juta pada tahun 1961 kepada ~83 juta pada tahun 2014, iaitu kira-kira 1.3% peningkaatan tahunan purata. Purata pertumbuhan tahunan telah meningkat kepada 1.9% sejak tahun 2009.

Beberapa penyebab CCD telah dicadangkan, tetapi tiada satu cadangan mendapat penerimaan meluas di kalangan komuniti saintifik. Sebab-sebab yang dicadangkan termasuklah: jangkitan dengan hama Varroa dan Acarapis; malnutrisi; pelbagai patogen; faktor genetik; imunodefisiensi; kemusnahan habitat; amalan pemeliharaan lebah yang berubah; atau apa-apa gabungan faktor-faktor.[9] Banyak spekulasi telah menyalahkan sejenis keluarga racun perosak yang digelar neonicotinoid kerana menyebabkan CCD.

Sejarah

Lebah madu pada bunga Camassia.

Hanya beberapa kejadian yang menyerupai CCD telah didokumenkan seawal tahun 1869[10][11] dan simptom ini telah, dalam beberapa dekad yang lalu, diberi banyak nama yang berbeza (penyakit menghilang, pengurangan musim semi, penyakit bulan Mei, kejatuhan musim luruh, dan penyakit berkurangan). Paling baru-baru ini, fenomena yang sama pada musim sejuk tahun 2004/2005 berlaku, dan dikaitkan kepada hama varroa, namun ini tidak pernah disahkan. Penyebab kemunculan sindrom ini tidak pernah ditentukan. Apabila sindrom ini diiktiraf tidak datang dengan musim, dan ia mungkin bukanlah "penyakit" dalam fahaman biasa—bahawa mungkin penyebab tertentu tidak hadir—sindrom ini dinamakan semula.

Rujukan