Geografi Brunei

Brunei ialah sebuah negara di Asia Tenggara, bersempadan dengan Laut China Selatan dan Malaysia Timur . Koordinat geografinya ialah 4°30′N 114°40′E / 4.500°N 114.667°E / 4.500; 114.667. Negara ini adalah kecil, dengan jumlah saiz 5,765 km2 (2,226 bt2). Saiznya lebih besar daripada Trinidad dan Tobago. Ia berdekatan dengan laluan laut penting yang melalui Laut China Selatan selaku penghubung antara Lautan Hindi dengan Pasifik. Negara ini mempunyai dua bahagian yang dipisahkan secara fizikal oleh Malaysia, menjadikannya hampir sebuah enklaf dalam Malaysia.

Geografi Brunei
BenuaSoutheast Asia
RantauAsia
Koordinat4°30′N 114°40′E / 4.500°N 114.667°E / 4.500; 114.667
KeluasanKedudukan 163rd
 • Jumlah5,765 km2 (2,226 bt2)
 • Darat91.33%
 • Air8.67%
Garis Pantai266 km (165 bt)
SempadanMalaysia
Titik tertinggiBukit Pagon
1,850 meter (6,070 ka)
Titik terendahSouth China Sea
0 meter (0 ka)
Sungai terpanjangBelait River
32 km (20 bt)
Tasik terbesarTasek Merimbun
7,800 he (19,000 ekar)

Brunei berkongsi sempadan 266 km (165 bt) dengan Malaysia, dan mempunyai garis pantai dengan panjang 161 km (100 bt).

Geografi fizikal

Bentuk muka bumi adalah dataran pantai rata yang naik ke kawasan pergunungan di timur dan dataran rendah berbukit di barat. Walaupun gempa bumi agak jarang berlaku, Brunei terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik.

Iklim

Iklim di Brunei ialah khatulistiwa tropika dan subtropika lembap pada ketinggian yang lebih tinggi dengan hujan lebat. Bandaran Bandar Seri Begawan beriklim khatulistiwa tropika dengan dua musim. Musim kering sangat panas (24 hingga 36 °C atau 75.2 hingga 96.8 °F). Musim basah atau hujan biasanya hangat dan basah (20 hingga 28 °C atau 68.0 hingga 82.4 °F). Kebanyakan kawasan negara ialah dataran pantai yang rata dengan pergunungan di timur dan tanah rendah berbukit di barat. Titik terendah adalah di paras laut dan yang tertinggi ialah Bukit Pagon (1,850 m atau 6,070 ka). Brunei juga mengalami taufan dan banjir.

Kawasan iklim

  • Daerah Brunei-Muara dan Bandar Seri Begawan adalah tropika lembap di pantai dan ketinggian rendah di utara dan subtropika lembap di tengah Daerah Brunei-Muara. (20 hingga 36 °C atau 68 hingga 97 °F)
  • Daerah Tutong beriklim tropika, panas di utara dan panas di selatan. (22 hingga 32 °C atau 71.6 hingga 89.6 °F)
  • Daerah Belait beriklim tropika, panas di utara dan sedikit panas di selatan. (25 hingga 37 °C atau 77.0 hingga 98.6 °F)
  • Daerah Temburong adalah subtropika lembap di kawasan dataran tinggi selatan dan tropika lembap di pantai dan dataran rendah utara. (18 hingga 29 °C atau 64 hingga 84 °F)
Data iklim untuk Bandar Seri Begawan (Lapangan Terbang Brunei)
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F)34.1
(93.4)
35.3
(95.5)
38.3
(100.9)
37.6
(99.7)
36.4
(97.5)
36.2
(97.2)
36.2
(97.2)
37.6
(99.7)
36.0
(96.8)
35.3
(95.5)
34.9
(94.8)
36.2
(97.2)
38.3
(100.9)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)30.4
(86.7)
30.7
(87.3)
31.9
(89.4)
32.5
(90.5)
32.6
(90.7)
32.5
(90.5)
32.3
(90.1)
32.4
(90.3)
32.0
(89.6)
31.6
(88.9)
31.4
(88.5)
31.0
(87.8)
31.8
(89.2)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)23.3
(73.9)
23.3
(73.9)
23.5
(74.3)
23.7
(74.7)
23.7
(74.7)
23.4
(74.1)
23.0
(73.4)
23.1
(73.6)
23.1
(73.6)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
23.3
(73.9)
Rekod rendah suhu, °C (°F)18.4
(65.1)
18.9
(66.0)
19.4
(66.9)
20.5
(68.9)
20.3
(68.5)
19.2
(66.6)
19.1
(66.4)
19.4
(66.9)
19.6
(67.3)
20.5
(68.9)
18.8
(65.8)
19.5
(67.1)
18.4
(65.1)
Purata curahan hujan, mm (inci)292.6
(11.52)
158.9
(6.26)
118.7
(4.67)
189.4
(7.46)
234.9
(9.25)
210.1
(8.27)
225.9
(8.89)
226.6
(8.92)
264.4
(10.41)
312.3
(12.30)
339.9
(13.38)
339.6
(13.37)
2,913.3
(114.70)
Purata bilangan hari hujan161211161816161619212321205
Purata kelembapan relatif (%)86858484858484838485868685
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari1961912252392362102222181992062052112,558
Sumber 1: Pertubuhan Meteorologi Dunia,[1] Deutscher Wetterdienst (ekstrem 1971–2012; kelembapan 1972–1990)[2]
Sumber 2: NOAA (matahari, 1961–1990)[3]

Statistik

Keluasan:

  • Jumlah: 5,765 km2 (2,226 bt2)
  • Tanah: 5,265 km2 (2,033 bt2)
  • Air: 500 km2 (190 bt2)

Tuntutan maritim:
laut wilayah: 12 nmi (13.8 bt; 22.2 km)
zon ekonomi eksklusif : 10,090 km2 (3,900 bt2) dan 200 nmi (230.2 Batu|bt; 370.4 km) atau ke garisan median

Julat ketinggian:
titik terendah: Laut China Selatan, 0 m
titik tertinggi: Bukit Pagon, 1,850 m

Sumber asli: petroleum, gas asli, kayu

Penggunaan tanah:
tanah pertanian: 0.76%
tanaman kekal: 1.14%
lain-lain: 98.10% (2012)

Tanah pengairan: 10 km2 (3.9 bt2) (2003)

Jumlah sumber air boleh diperbaharui: 8.5 km3 (2.0 bt3)

Pemerolehan air tawar (domestik/perindustrian/pertanian)
jumlah: 0.09 km3/thn (97%/0%/3%)
per kapita: 301.6 m3/thn (2009)

Alam sekitar – isu semasa: asap/jerebu bermusim akibat kebakaran hutan di Indonesia

Alam Sekitar - perjanjian antarabangsa:pihak kepada: Biodiversiti, Perubahan Iklim, Spesies Terancam, Sisa Berbahaya, Undang-Undang Laut, Perlindungan Lapisan Ozon, Pencemaran Kapal

Rujukan

 Rencana ini menggabungkan bahan domain awam daripada CIA World Factbook laman web https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/index.html.